Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 16 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.88. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Sehingga 17 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,145 kes (2,390,687 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 9,231 kes (2,270,520 kes kumulatif, 95.0%);
Kes baharu : 6,145 kes (2,390,687 kes kumulatif);
Kes import : 12 kes (8 warganegara; 4 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,133 kes [5,755 warganegara (93.8%); 378 bukan warganegara (6.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 682 kes (640 kes disahkan COVID-19 ; 42 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 350 kes (281 kes disahkan COVID-19 ; 69 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,672 kluster;
Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 4,996 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 676 kluster.

Daripada 6,145 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

142 kes (2.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
6,003 kes (97.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

https://kpkesihatan.com/2021/10/17/kenyataan-akhbar-kpk-17-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 17 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.88. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Sehingga 18 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5434 kes (2.396,121 kes)

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Ingat ya, kita kena sentiasa menjaga kesejahteraan mental & fizikal kita 😉

Salah satu caranya dengan kekal berhubung. Luangkan masa bersama-sama keluarga & kawan-kawan 😍

Aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan adalah bercerita, makan bersama-sama, membuat panggilan telefon, bermain sama-sama dan lain-lain lagi 🎉

Jom utamakan kesejahteraan mental & fizikal kita!

Hora Horey!

#didiandfriends
#HePiLI
#DidixHePiLI
Pelitup muka lindungi kita daripada COVID-19.

Terima kasih kerana menegur dan menyuruh saya memakai pelitup muka dengan betul.

Bersama putuskan rantaian COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
KEMASKINI: Nombor untuk dihubungi bagi sebarang isu berkenaan vaksinasi AstraZeneca di Lembah Klang.

UPDATES: Contact information for any inquiries relating to AstraZeneca vaccination in Klang Valley.

#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JKJAV
Kadar positif jangkitan COVID-19 negara yg dilaporkan hari ini adalah 6.25% (5,434 kes) & menunjukkan trend penurunan. Kesedaran orang ramai amat penting untuk dapatkan suntikan vaksin, patuh kpd SOP & jalankan ujian RTK-Ag berkala untuk lindung diri & lindung keluarga tersayang.

- KPK KKM -
Konsep 5B semasa mengambil ubat. Pastikan

1️⃣ Pengguna ubat yang BETUL
2️⃣ Ubat yang BETUL
3️⃣ Dos yang BETUL
4️⃣ Cara pengambilan yang BETUL
5️⃣ Masa yang BETUL

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moh.gov.my/anms

#anms
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 18 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.88. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -