Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Brought-in-Dead (BID) bermaksud kes kematian yang berlaku di luar fasiliti kesihatan dan dibawa ke Jabatan Forensik.

Golongan terlibat dalam BID COVID-19?

⚠️ Kematian di luar hospital, kes yang telah disahkan positif COVID-19 sebelum meninggal
⚠️ Kematian di luar hospital, kes yang disahkan positif COVID-19 melalui ujian makmal RT PCR ke atas jenazah atau mayat (setelah meninggal)

Tonton video ini untuk mengetahui bagaimana BID COVID-19 boleh dielakkan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Sehingga 15 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,420 kes (2,377,033 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Perbezaan antara dos tambahan dan dos penggalak.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 11,413 kes (2,251,758 kes kumulatif, 94.7%);
Kes baharu : 7,420 kes (2,377,033 kes kumulatif);
Kes import : 17 kes (12 warganegara; 5 bukan warganegara);
Kes tempatan : 7,403 kes [6,842 warganegara (92.4%); 561 bukan warganegara (7.6%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 700 kes (635 kes COVID-19; 65 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 364 kes (282 kes COVID-19; 82 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,654 kluster;
Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 4,933 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 721 kluster.

Daripada 7,420 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
108 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
7,312 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

https://kpkesihatan.com/2021/10/15/kenyataan-akhbar-kpk-15-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Berita gembira! Didi & Friends akan berkolaborasi dengan Hepili Network 🎉

HePiLI (Health Promotion in Learning Institutions) merupakan satu program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Nantikan lagu terbaru Didi & Friends bersama HePiLI. Tak sabarnya! 😍

Hora Horey!

#didiandfriends
#HePiLI
#DidixHePiLI
Fun Aero X

Sertai sesi FB Live esok pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Mus.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#kekalaktif
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 15 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.87. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada remaja sedang dijalankan diseluruh negara dengan mensasarkan 3.2 juta populasi remaja dalam kategori umur 12 - 17 tahun.

Program ini bertujuan untuk melindungi golongan remaja daripada jangkitan teruk dan kematian akibat COVID-19 dan melindungi golongan remaja yang tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan.

Lindung Diri, Lindung Remaja, Lindung Semua.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
15 OKTOBER 2021 - AMBOI MERIAHNYA SUASANA DI KAMPUNG SG PENCHALA. PETALING JAYA NI. ADA JUGA KAMPUNG DI TENGAH BANDAR PJ NI KAN.

Suka untuk kami ingatkan, kebebasan yang telah diberi bukan alasan untuk anda abaikan SOP yang telah ditetapkan. Sebelum pulang berjumpa dengan keluarga tersayang, anda amat disarankan untuk melakukan ujian saringan COVID-19.

Selepas tu, baru lah makin yakin dan seronok nak menyanyi sambil memandu pulang ke kampung kan? Ohoo balik kampung. Ooo balik kampung, hati girang!

Lindung Diri. Lindung Semua.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Minggu lepas, Kerajaan telah mengumumkan kebenaran rentas negeri.

Makcik Kiah minta supaya bersama-sama sampaikan pesan kepada saudara mara yang hendak pulang ke kampung supaya tetap patuh SOP dan amalkan norma baharu.

Jangan bawa virus COVID-19 pulang ke kampung.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun.

Ingat hari jadi, ingat doktor gigi!

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moh.gov.my/anms

#anms
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
Kawan-kawan, jom kita Take 5 untuk hidup lebih sihat & ceria!

1. Kekal berhubung
2. Aktifkan diri
3. Syukur
4. Meneroka minat
5. Memberi

Jom buat lima perkara ini untuk kesejahteraan mental dan fizikal kita. Hora Horey!

#didiandfriends
#HePiLI
#DidixHePiLI
Sehingga 16 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,509 kes (2,384,542 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
ORANG ramai disarankan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagai norma baharu di samping mendapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan,

- KPK KKM -