Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Persediaan remaja yang telah mendapat tarikh vaksinasi sebelum ke pusat pemberian vaksin.

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 19,702 kes (1,917,088 kes kumulatif, 89.5%);
Kes baharu : 14,990 kes (2,142,924 kes kumulatif);
Kes import : 5 kes (2 warganegara; 3 bukan warganegara);
Kes tempatan : 14,985 kes [13,763 warganegara (91.8%); 1,222 bukan warganegara (8.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,115 kes (882 kes COVID-19; 233 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 618 kes (393 kes COVID-19; 225 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,354 kluster;
Jumlah kluster baharu : 26 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 4,048 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 1,306 kluster.

Daripada 14,990 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,
338 kes (2.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
14,652 kes (97.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

https://kpkesihatan.com/2021/09/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-september-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Vaksinasi COVID-19 bagi Remaja berumur 12-17 tahun.

Ketahui siapa yang layak dan tidak layak mendapat vaksinasi COVID-19.

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19 dalam kalangan remaja.

Semakin ramai remaja mendapat vaksinasi, semakin ramai remaja yang akan mendapat perlindungan daripada kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk.

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Vaksin COVID-19 : Vaksin Anak-Ku

Dengarkan di zayanfm esok pada pukul 7.30 pagi bersama Dr. Muhammad Aminul Syahmi, Pegawai Perubatan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku
Vaksin COVID-19 : Imunisasi COVID-19 Remaja

Saksikan di TV1 dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 8.30 pagi bersama Dr. Rozita Ab Rahman, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku
Vaksin COVID-19 : PICK Remaja

Dengarkan di sinarfm pada pukul 11.00 pagi bersama Dr. Sarah Awang Dahlan, Ketua Penolong Pengarah dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
KEPENTINGAN SISTEM PENGUDARAAN DAN KUALITI UDARA DALAMAN YANG BAIK BAGI MEMBENDUNG PENULARAN COVID-19

Sejajar dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN), Kerajaan akan melaksanakan inisiatif pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dari semasa ke semasa mengikut fasa yang ditetapkan. Ini adalah petanda yang positif namun pada masa yang sama, Kerajaan sememangnya sentiasa menekankan agar pembukaan ini dijalankan secara terancang bagi membendung penularan COVID-19.

Sehubungan itu, aspek pengudaraan di semua jenis bangunan seperti tempat kerja, premis perniagaan, institusi pengajian, rumah ibadah, termasuk juga kediaman merupakan antara perkara penting yang perlu dilihat sebagai salah satu strategi bagi mencapai hasrat Kerajaan ini.

Secara umumnya, terdapat tiga (3) jenis pengudaraan yang terdapat di bangunan-bangunan termasuk premis perniagaan dan ruangan tempat kerja, iaitu;

i. Pengudaraan secara semula jadi;
ii. Sistem penyaman udara tanpa pengudaraan mekanikal (sistem penyaman udara tidak berpusat); dan
iii. Sistem penyaman udara dengan pengudaraan mekanikal (sistem penyaman udara berpusat).

(a) Pengudaraan Secara Semula jadi

Bangunan yang mempunyai pengudaraan secara semula jadi mempunyai risiko yang rendah dalam penularan penyakit COVID-19 dan lain-lain penyakit bawaan udara. Ianya kerana ketumpatan virus yang berlegar di dalam udara membolehkan kesan jangkitan dapat dikurangkan melalui udara secara dilution.

Walau bagaimanapun, perkara-perkara berikut perlu dilakukan sekiranya ruangan tersebut menggunakan sistem pengudaraan secara semula jadi;

i. Buka lebih daripada satu tingkap atau pintu pada bahagian/dinding yang sama (single sided ventilation) sekiranya boleh, kecuali kualiti udara luar tidak baik seperti jerebu dan pencemaran udara yang lain, ataupun keadaan cuaca di luar tidak mengizinkan;

ii. Tingkatkan pengudaraan silang (cross ventilation) dengan membuka tingkap atau pintu bahagian bertentangan dan pastikan pintu di dalam ruangan sentiasa terbuka;

iii. Buka semua tingkap di dalam ruangan untuk meningkatkan pengudaraan dan pertukaran udara bersih yang lebih kerap; dan
iv. Guna kipas untuk membantu meningkatkan peredaran udara dalaman.

(b) Sistem Penyaman Udara Tanpa Pengudaraan Mekanikal (sistem penyaman udara tidak berpusat)

Bagi premis atau ruangan dengan sistem penyaman udara tanpa pengudaraan mekanikal (sistem penyaman udara tidak berpusat), adalah disarankan agar premis dan ruangan tersebut;

i. Meningkatkan pengudaraan dalaman dengan membuka tingkap untuk membolehkan pertukaran udara bersih dengan lebih kerap ke dalam bangunan atau premis. Pastikan tingkap dibuka kecil sekiranya penghawa dingin digunakan;
ii. Pasang kipas untuk menambah baik pergerakan udara;
iii. Pasang kipas ekzos untuk meningkatkan pengudaraan dan pertukaran udara; dan
iv. Amat digalakkan untuk menetapkan suhu antara 23C hingga 26C.

(c) Sistem Penyaman Udara Dengan Pengudaraan Mekanikal (sistem penyaman udara berpusat)

Perkara yang perlu diambil perhatian khususnya oleh majikan, pemilik premis dan individu-individu bertanggungjawab bagi menjamin kualiti udara yang baik di dalam bangunan bersistem penyaman udara dengan pengudaraan mekanikal adalah;

i. Semua komponen dan kawalan sistem penyaman udara berpusat, Mechanical Ventilation and Air Conditioning (MVAC) ini hendaklah diselenggara dan berfungsi mengikut reka bentuknya. Seals penapis udara hendaklah dipantau bagi memastikan tiada udara melepasi penapis sedia ada dan penukaran penapis udara hendaklah mengikut frekuensi yang ditetapkan;

ii. Meningkatkan pengudaraan udara bersih dari luar melalui bukaan outdoor air damper. Disable Demand Control Ventilation (DSV) di dalam sistem MVAC sekiranya ada;

iii. Digalakkan supaya sistem MVAC beroperasi dengan pengambilan udara luar yang maksimum selama dua (2) jam sebelum dan selepas dihuni untuk mengeluarkan udara sedia ada (air flushing) di dalam premis tersebut;

iv. Disarankan untuk menaiktaraf penggunaan penapis udara di Unit Pengendali Udara (Air Handling Unit) sedia ada kepada sekurang-kurangnya MERV-14;
v. Penggunaan alat pembersih udara dengan teknologi penapis udara jenis HEPA sebagai langkah tambahan di dalam sistem MVAC tersebut; dan

vi. Sebarang pengubahsuaian dan pembaikan sistem MVAC sedia ada hendaklah mengambil kira keupayaan sistem sedia ada dan perlu dirujuk kepada MVAC Professional yang berkaitan.

Selain itu, langkah-langkah pencegahan lain perlu dititik beratkan juga seperti menghadkan bilangan anggota dalam ruangan sempit, memastikan pematuhan pemakaian pelitup muka, dan menjaga penjarakan fizikal bagi mengurangkan jangkitan COVID-19.

Panduan lanjut berkenaan pengudaraan semasa pandemik COVID-19 boleh didapati daripada sumber-sumber berikut;

• WHO Roadmap to Improve And Ensure Good Indoor Ventilation in The Context of COVID-19, Mac 2021 (https://www.who.int/publications/i/item/9789240021280); dan

• Panduan Pengudaraan Dan Kualiti Udara Dalaman Bagi Tetapan Kediaman / Bukan Kediaman / Kawasan Awam Semasa Pandemik COVID-19; (Guidance Note On Ventilation And Indoor Air Quality (IAQ) For Residential / Non-Residential / Public Area Setting During COVID-19 Pandemic) oleh Kementerian Sumber Manusia dan KKM. (https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/)

- KPK KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 22 hb September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.92. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Sebanyak 156 buah Pusat Pemberian Vaksin akan
beroperasi untuk menjalankan PICK Remaja bermula 23 September. Vaksinasi akan dibuat melalui tiga kaedah. Kenal pasti kategori dan kaedah bagi anak remaja anda untuk proses vaksinasi yang lancar.

156 Vaccination Centers (PPV) will be operating to vaccinate teenagers from 23 September. It will be implemented through three methods. Please make sure you go through the right method for your children.
Ivermectin ialah sejenis ubat antiparasit spektrum luas yang digunakan untuk merawat jangkitan parasit tropikal.

Sehingga kini, rawatan yang spesifik dan efektif bagi jangkitan COVID-19 masih belum dikenal pasti.

Walau bagaimanapun, KKM telah memberi kelulusan khas penggunaan ivermectin secara off-label untuk digunakan dalam kajian klinikal bagi merawat pesakit COVID-19 untuk menentukan keberkesanan dan keselamatan ubat tersebut.

Jangan terpedaya dengan individu yang menjual ivermectin sebagai rawatan atau pencegahan COVID-19.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2021. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/4695437437174417

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

COVID-19 dan Ibu Hamil : Ketahui risiko dan langkah pencegahan.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2021. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/4695437437174417

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku
Bilangan kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 semakin meningkat dari hari ke hari.

Latih dan pastikan anak-anak anda untuk

Pakai pelitup muka dengan betul
Cuci tangan dengan betul
Elak ke tempat sesak dan sempit

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moh.gov.my/anms

#anms
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)