Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pastikan rumah anda mempunyai sistem pengudaraaan yang baik.

Sentiasa buka tingkap bagi mengekang penularan COVID-19 di dalam rumah.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Jantung dan COVID-19.

Saksikan TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3 hingga 5 petang bersama Dr. Asri Ranga Abdullah Ramaiah dan Dr. Rosnah Ramly.

#KitaJagaKita
#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Berikut merupakan panduan bagi pengudaraan dan kualiti udara dalaman di tetapan kawasan awam semasa pandemik COVID-19.

Bersama putuskan rantaian COVID-19.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil berat isu yang dibangkitkan berkaitan keselamatan dan keberkesanan penggunaan nano mist spray sebagai alat disinfeksi.

Nano mist spray adalah alat penyembur yang boleh menghasilkan titisan halus bersaiz nano. Alat ini dihasilkan untuk pelbagai tujuan termasuk kosmetik, wangian dan pelbagai kegunaan domestik serta industri, bergantung kepada spesifikasi alat dan jenis cecair yang digunakan. Alat ini terdapat dalam pelbagai bentuk dari saiz kecil untuk penggunaan persendirian seperti spray gun, handheld spray sehingga saiz yang lebih besar untuk kegunaan industri.

Mutakhir ini, nano mist spray mula mendapat perhatian umum untuk digunakan sebagai alat disinfeksi bagi mengekang penularan COVID-19. Ramai beranggapan penggunaan alat ini berupaya menghapuskan virus di udara (airborne) dan juga di permukaan. Walau bagaimanapun, keberkesanan penggunaan nano mist spray untuk disinfeksi bergantung kepada keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi yang digunakan, serta tempoh masa pendedahan.

Secara umumnya pada masa ini, beberapa larutan disinfeksi sedia ada seperti larutan yang mengandungi alkohol 70%-90%, hydrogen peroxide, thymol, quarternary ammonia, dan juga larutan berasaskan klorin berkesan bagi membunuh virus SARS-CoV-2 di permukaan. Senarai larutan disinfeksi yang berkesan untuk SARS-CoV-2 boleh diperolehi di laman sesawang US Environmental Protection Agency https://www.epa.gov/coronavirus/about-list-n-disinfectants-coronavirus-covid-19-0 yang menjadi rujukan seluruh dunia.

Ingin dijelaskan, larutan disinfeksi yang dinyatakan ini adalah bertujuan untuk nyahkuman di permukaan persekitaran dan tidak sesuai digunakan secara langsung ke atas manusia. Ini adalah kerana, sesetengah larutan disinfeksi ini boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan juga sistem pencernaan.

KKM ingin menegaskan, penyemburan disinfeksi melalui nano mist tidak menggantikan keperluan disinfeksi permukaan secara manual.

Untuk makluman, pada masa ini pihak KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan garis panduan untuk pendaftaran disinfektan permukaan yang boleh dicapai melalui https://www.npra.gov.my/images/Guidelines_Central/surface_disinfectant/Revision_1_Guideline_for_Registration_of_Surface_Disinfectant.pdf. Garispanduan ini turut menerangkan keperluan pelabelan disinfektan.

Selain daripada itu, laporan penilaian ke atas pelbagai kaedah disinfeksi untuk mencegah penularan COVID-19 boleh dicapai melalui https://covid-19.moh.gov.my/kajian-dan-penyelidikan/mahtas-covid-19-rapid-evidence-updates.

https://kpkesihatan.com/2021/09/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-september-2021-isu-keselamatan-dan-keberkesanan-nano-mist-spray-sebagai-alat-disinfeksi/
Saya telah disahkan positif COVID-19 dan hendak lapor keputusan makmal.

Apa yang perlu dilakukan?

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pastikan rumah anda mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

Sentiasa buka tingkap bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 di dalam rumah.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Sehingga 21 September 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 15,759 kes (2,127,934 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 1,934 (661,608)
Sabah - 1,291 (188,123)
Sarawak - 3,732 (187,131)
WPKL - 359 (183,530)
Johor - 1,959 (182,338)
Kedah - 786 (127,544)
Pulau Pinang - 1,417 (121,373)
Kelantan - 1,338 (104,757)
Negeri Sembilan - 127 (95,883)
Perak - 1,184 (93,354)
Pahang - 707 (58,403)
Melaka - 264 (55,420)
Terengganu - 592 (49,336)
WP Labuan - 12 (9,934)
WP Putrajaya - 34 (5,926)
Perlis - 23 (3,274)

- KPK KKM -
Titisan halus atau aerosol yang mengandungi virus COVID-19 boleh berlegar di ruang udara sehingga 16 jam.

Sekiranya individu yang dijangkiti COVID-19 memasuki ruang tertutup dan peredaran udara kurang baik boleh meninggalkan virus COVID-19 yang berlegar dan kekal lama di ruangan tersebut. Anda boleh dijangkiti jika berada di ruangan tersebut.

Buka tingkap rumah jika menerima pengunjung untuk peredaran udara yang baik.

Sekiranya anda memandu bersama orang lain, sentiasa pakai pelitup muka dan buka tingkap kereta walaupun sedikit.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 21 September 2021:

1) Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19 (Sehingga 20 September 2021, 5pm)
• Penggunaan katil Bukan ICU 68%
• Penggunaan katil ICU 76%

2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin COVID-19 (Sehingga 20 September 2021, 11:59pm)
• % Populasi Keseluruhan - 1 dos 67.7%
• % Populasi Keseluruhan - lengkap 57.1%
• % Populasi Dewasa - 1 dos 93.1%
• % Populasi Dewasa - lengkap 79.6%

3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 21 September 2021, 12:00 Tengah Hari)
• Bilangan kes baharu 15,759 kes
• Bilangan kes kumulatif 2,127,934 kes

- KPK KKM -
Berikut merupakan Panduan mengenai Pengudaraan dan Kualiti Udara Dalaman untuk Semua Jenis Rumah Kediaman semasa Pandemik COVID-19.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 16,650 kes (1,897,386 kes kumulatif, 89.2%);
Kes baharu : 15,759 kes (2,127,934 kes kumulatif);
Kes import :27 kes (11 warganegara; 16 bukan warganegara);
Kes tempatan : 15,732 kes [14,279 warganegara (90.8%); 1,453 bukan warganegara (9.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,117 kes (844 kes COVID-19; 273 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 635 kes (377 kes COVID-19; 258 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,328 kluster;
Jumlah kluster baharu : 23 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 4,013 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 1,315 kluster.

Daripada 15,759 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,
288 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
15,471 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

https://kpkesihatan.com/2021/09/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-september-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Vaksinasi untuk Remaja

Dengarkan di aifm esok pada pukul 9.15 pagi bersama Dr. Koe Hooi Ming, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku