Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia

Wabak Polio Di Malaysia Diisytihar Tamat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 21,771 kes (1,700,733 kes kumulatif, 86.7%);

• Kes baharu : 19,550 kes (1,960,500 kes kumulatif);

• Kes import : 7 kes (5 warganegara; 2 bukan warganegara);

• Kes tempatan : 19,543 kes [17,153 warganegara (87.8%); 2,390 bukan warganegara (12.2%)];

• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,247 kes (936 kes COVID-19; 311 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);

• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 667 kes (453 kes COVID-19; 214 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);

• Jumlah kluster : 5,087 kluster;

• Jumlah kluster baharu : 28 kluster;

• Jumlah kluster yang telah tamat : 3,641 kluster; dan

• Jumlah kluster aktif : 1,446 kluster.

Daripada 19,550 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

• 265 kes (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

• 19,285 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Data kematian, data kes aktif, dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

https://kpkesihatan.com/2021/09/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-september-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 11 hb September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.99. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Susulan pengumuman Pulau Langkawi sebagai lokasi projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula 16 September 2021, KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sedang meningkatkan kesiapsiagaan dan kapasiti untuk respon Hospital Sultanah Maliha (HSM) bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes COVID-19 yang memerlukan kemasukan ke hospital dan ICU.

HSM merupakan sebuah hospital “hybrid” yang merawat pesakit COVID-19 (79 katil) dan bukan COVID-19 (142 katil). Melalui penubuhan i-PKRC LISRAM pada 4 Ogos 2021 yang lalu, sebanyak 60 katil tambahan telah berjaya diwujudkan bagi merawat pesakit COVID-19 kategori 1,2 dan 3 (berisiko rendah). Manakala bagi ICU, sebanyak 8 buah katil tambahan telah diwujudkan sebelum ini (repurposed) menjadikan kapasiti katil meningkat kepada 13 buah. Daripada jumlah ini, 9 buah katil adalah dikhususkan bagi merawat kes COVID-19.

Selain itu, jabatan-jabatan lain HSM di antaranya seperti Jabatan Kecemasan & Trauma, Jabatan Patologi & Transfusi Perubatan, Jabatan Pediatrik, Jabatan Forensik serta Unit Hemodialisis turut merancang pelan kesiapsagaan masing-masing bagi merawat kes COVID-19 yang mungkin akan bertambah.

Melalui perbincangan yang diadakan bersama pihak HSM dan JKN Kedah, beberapa cadangan penambahbaikan telah diberikan termasuk penetapan nilai ambang kadar kemasukan pesakit harian sebagai petanda amaran agar tindakan-tindakan proaktif tertentu diambil. Ini termasuk keperluan menambah bilangan katil bukan ICU dan ICU untuk kes COVID-19, mobilisasi petugas kesihatan dan aset dari daerah atau negeri lain, evakuasi pesakit melalui pengangkutan udara ke hospital rujukan lain serta penubuhan PKRC yang dikendalikan oleh pihak swasta.

KKM ingin mengingatkan kepada semua bakal pengunjung ke Pulau Langkawi di bawah projek rintis gelembung pelancongan domestik agar sentiasa mengamalkan norma baharu dan kekal mematuhi SOP. Tatkala kita cuba mengimbangi di antara nyawa dengan kelangsungan hidup dan ekonomi, marilah kita bersama-sama memastikan tiada peningkatan jangkitan virus COVID-19 di pulau percutian ini.

Kerjasama anda semua adalah sangat diperlukan.

Kita jaga kita.

- KPK KKM -
Jangan lakukan aktiviti secara berkumpulan.

Sekiranya tidak dapat dielakkan, amalkan perkara berikut :

👉🏻 Pastikan ruang mempunyai pengudaraan yang baik
👉🏻 Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
👉🏻 Pakai pelitup muka dengan betul
👉🏻 Jaga jarak dan elak sembang dekat

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kempen Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) mengajak anda untuk membudayakan hidup sihat bagi mengukuhkan sistem daya ketahanan mencegah penyakit.

Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan sempena sambutan Kemerdekaan yang ke-64.

Menangi hadiah yang ditawarkan dengan jumlah keseluruhan RM58,000!

Jom sertai beramai-ramai. Jangan lepaskan peluang ini!

Boleh juga rujuk https://www.facebook.com/people/Anms-Challenges/100071866336912 untuk cabaran ini.

#SihatSepanjangHayat
#ANMS2021
Sehingga 12 September 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,198 kes (1,979,698 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 2,347 (641,633)
WPKL - 376 (180,068)
Sabah - 1,717 (173,863)
Johor - 2,110 (164,221)
Sarawak - 5,291 (156,798)
Kedah - 1,256 (117,927)
Pulau Pinang - 1,309 (108,262)
Negeri Sembilan - 283 (94,467)
Kelantan - 1,435 (93,734)
Perak - 1,118 (82,655)
Melaka - 340 (53,243)
Pahang - 584 (51,627)
Terengganu - 930 (42,801)
WP Labuan - 3 (9,876)
WP Putrajaya - 32 (5,732)
Perlis - 67 (2,791)

- KPK KKM -
Status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 12 September 2021:

1) Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19 (Sehingga 11 September 2021, 5pm)
• Penggunaan katil Bukan ICU 75%
• Penggunaan katil ICU 78%

2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin COVID-19 (Sehingga 11 September 2021, 11:59pm)
• % Populasi Keseluruhan - 1 dos 65.2%
• % Populasi Keseluruhan - lengkap 52.1%
• % Populasi Dewasa - 1 dos 90.9%
• % Populasi Dewasa - lengkap 72.7%

3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 12 September 2021, 12:00 Tengah Hari)
• Bilangan kes baharu 19,198 kes
• Bilangan kes kumulatif 1,979,698 kes

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 12 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 20,980 kes (1,721,713 kes kumulatif, 87.0%);
Kes baharu : 19,198 kes (1,979,698 kes kumulatif);
Kes import : 5 kes (2 warganegara; 3 bukan warganegara);
Kes tempatan : 19,193 kes [17,428 warganegara (90.8%); 1,765 bukan warganegara (9.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,298 kes (960 kes disahkan COVID-19 ; 338 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 744 kes ( 444 kes disahkan COVID-19 ; 300 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,121 kluster;
Jumlah kluster baharu : 34 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 3,681 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 1,440 kluster.
Daripada 19,198 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

253 kes (1.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
18,945 kes (98.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian, kes aktif, dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

https://kpkesihatan.com/2021/09/12/kenyataan-akhbar-kpk-12-september-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 12 hb September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.98. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -