Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, memandangkan dh lama kita dok dekat qumah, Jom sama-sama kita melakukan senaman "Chair Exercise". Senaman ni mudah sahaja, semua orang bole buat aihh!! Jangan dok bagi alasan sangat...Pulas Telinga stg kot!!

https://www.facebook.com/PromosiKesihatanPKDKS/videos/184194330410978/

Sumber: Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar
SELEPAS SRI SERDANG, KAMI BERGERAK PULA KE APARTMENT VISTA PINGGIRAN DAN KAWASAN SEKITAR DI SERI KEMBANGAN

Bermula hari ini, Selangor, Kuala Lumpur dah Putrajaya telah bergerak ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. Mesti ramai yang dah rancang untuk ke sana sini kan? Peringatan mesra, ke mana pun destinasi anda, jangan lupa terus patuh pada SOP walaupun anda sudah lengkap divaksinasi.

Nak dengar Pesanan Makcik Kiah tentang Dine In di Premis Makanan? Klik link https://www.infosihat.gov.my/multimedia/video/item/pesanan-makcik-kiah-dine-in-di-premis-makanan-dalam-fasa-ppn.html

Lindung diri. Lindung semua.
Sehingga 11 September 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,550 kes (1,960,500 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 2,416 (639,286)
WPKL - 555 (179,692)
Sabah - 2,163 (172,146)
Johor - 2,282 (162,111)
Sarawak - 3,743 (151,507)
Kedah - 1,390 (116,671)
Pulau Pinang - 1,865 (106,953)
Negeri Sembilan - 198 (94,184)
Kelantan - 1,320 (92,299)
Perak - 1,354 (81,537)
Melaka - 490 (52,903)
Pahang - 722 (51,043)
Terengganu - 953 (41,871)
WP Labuan - 2 (9,873)
WP Putrajaya - 24 (5,700)
Perlis - 73 (2,724)

- KPK KKM -
Status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 11 September 2021:

1) Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19 (Sehingga 10 September 2021, 5pm)
• Penggunaan katil Bukan ICU 76%
• Penggunaan katil ICU 82%

2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin COVID-19 (Sehingga 10 September 2021, 11:59pm)
• % Populasi Keseluruhan - 1 dos 64.9%
• % Populasi Keseluruhan - lengkap 51.6%
• % Populasi Dewasa - 1 dos 90.5%
• % Populasi Dewasa - lengkap 72.0%

3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 11 September 2021, 12:00 Tengah Hari)
• Bilangan kes baharu 19,550 kes
• Bilangan kes kumulatif 1,960,500 kes

- KPK KKM -
Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia

Wabak Polio Di Malaysia Diisytihar Tamat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 21,771 kes (1,700,733 kes kumulatif, 86.7%);

• Kes baharu : 19,550 kes (1,960,500 kes kumulatif);

• Kes import : 7 kes (5 warganegara; 2 bukan warganegara);

• Kes tempatan : 19,543 kes [17,153 warganegara (87.8%); 2,390 bukan warganegara (12.2%)];

• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,247 kes (936 kes COVID-19; 311 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);

• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 667 kes (453 kes COVID-19; 214 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);

• Jumlah kluster : 5,087 kluster;

• Jumlah kluster baharu : 28 kluster;

• Jumlah kluster yang telah tamat : 3,641 kluster; dan

• Jumlah kluster aktif : 1,446 kluster.

Daripada 19,550 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

• 265 kes (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

• 19,285 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Data kematian, data kes aktif, dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

https://kpkesihatan.com/2021/09/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-september-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 11 hb September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.99. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -