Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Let's TALK Minda Sihat.

Working together to prevent suicide.

End Stigma, saves lives.

#walkthetalk
Kenyataan Akhbar KPK 10 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

• Kes sembuh : 21,476 kes (1,678,962 kes kumulatif, 86.5%);
• Kes baharu : 21,176 kes (1,940,950 kes kumulatif);
• Kes import : 4 kes (1 warganegara; 3 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 21,172 kes [18,608 warganegara (87.9%); 2,564 bukan warganegara (12.1%)];
• Kes aktif : 242,161 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,310 kes (935 kes COVID-19; 375 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 773 kes (455 kes COVID-19; 318 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
• Kes kematian : 341 kes [19,827 kes kumulatif, 1.0%; 300 warganegara, 41 bukan warganegara; 102 kes BID (82 warganegara; 20 bukan warganegara)];
• Jumlah kluster : 5,059 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 37 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 3,604 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 1,455 kluster.
Daripada 21,176 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,
• 338 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 20,838 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pemakluman situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia juga boleh disemak melalui laman web COVIDNOW di www.covidnow.moh.gov.my.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/09/10/kenyataan-akhbar-kpk-10-september-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
PENGGUNAAN PULSE OXIMETER BAGI PEMANTAUAN KENDIRI DI RUMAH

Jika anda merupakan pesakit COVID-19 yang sesuai menjalani kuarantin di rumah, pemantauan kendiri dengan menggunakan pulse oximeter merupakan antara langkah yang sangat penting. Alat ini boleh membantu pesakit untuk memantau kadar oksigen di dalam darah. Dapatkan bantuan kesihatan dengan segera jika memerlukan.

Setiap pesakit digalakkan mempunyai pulse oximeter yang memenuhi standard perubatan di rumah.

Bagaimana melakukan pemantauan kendiri di rumah?

Layari video ini untuk dijadikan panduan bagi pesakit COVID-19 yang menjalani pemantauan kendiri di rumah.

#kitajagakita

CPRC PERKHIDMATAN HOSPITAL
10.9.2021
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
HAVE YOU BEEN DIAGNOSED AS COVID-19 PATIENT?

If you are eligible to be quarantined at home, watch this video to guide you on how to use the pulse oximeter.

You can use pulse oximeter to monitor your oxygen level.

Promptly seek for medical attention if needed.

CPRC HOSPITAL SERVICES
10.9.2021
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 10 hb September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.99. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Chair Exercise

Sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Alor Setar esok pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Akram dan Coach Anis.

#kekalaktif
#sihatmilikku
Adakah Denyutan Jantung Anda Normal?

Dengarkan di sinarfm esok pada pukul 2.30 petang bersama Dr. Iskandar Mirza Amran, Felo Cardiologi & Pakar Perubatan Dalaman dari Institut Jantung Negara.

#sihatmilikku
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) telah mengenalpasti sebanyak 44 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) telah mengenalpasti sebanyak 59 kes yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,324 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 1,304 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 1,081 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, 4 kes varian Kappa, dan 3 kes varian Eta.

Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti dilampirkan.

- KPK KKM -
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, memandangkan dh lama kita dok dekat qumah, Jom sama-sama kita melakukan senaman "Chair Exercise". Senaman ni mudah sahaja, semua orang bole buat aihh!! Jangan dok bagi alasan sangat...Pulas Telinga stg kot!!

https://www.facebook.com/PromosiKesihatanPKDKS/videos/184194330410978/

Sumber: Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar