Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pandemik COVID-19 telah memberikan kesan besar kepada kesejahteraan kehidupan dan kesihatan mental kita semua. Tekanan perasaan bukanlah perkara yang boleh diambil ringan dan perlu diberikan perhatian segera.

Bersempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia hari ini, marilah kita bersama-sama mengambil tahu dan peka dengan keadaan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga dan kenalan kita. Sentiasa bertanya khabar dan luangkan masa sekiranya mereka memerlukan tempat untuk berkongsi cerita mereka.

We must CARE about challenges faced by our own kin, our friends, our neighbours. Suicide can be prevented but it’s important for everyone to play a role. Look out for each other because through action we can create hope. Help is always available. Ask, listen and stop the stigma. We can save a life if we just pay attention to the people around us.

Kami di Kementerian Kesihatan Malaysia juga sentiasa bersama anda. Menerusi kempen Let's Talk Minda Sihat, KKM telah bekerjasama dengan 20 NGO untuk menyediakan perkhidmatan bantuan psikologikal kepada sesiapa yang memerlukan. Jangan simpan atau pendam bersendirian, kami sedia membantu.

https://www.facebook.com/146120775404532/posts/5030683406948220/

- YB Menteri Kesihatan -
WEBICARA DERMA ORGAN 💻

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=574965503639472&id=198935443464197

🔹Topik: Derma Organ : Mitos & Fakta Pendermaan Sel Stem Darah🔹
📆Tarikh: 10 September 2021 (Jumaat)
Masa: 03.00 petang

🔹Panelis: Dr. Masita Arip,
Pakar Perunding Patologi (Mikrobiologi & Imunologi)
Ketua Pusat Penyelidikan Alergi dan Imunologi,
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)

🔹Bersiaran Langsung menerusi :-
Facebook page: Derma Organ & Youtube : Derma Organ
🔹Derma Organ : Milik Bersama

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
Status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 10 September 2021:

1) Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19 (Sehingga 9 September 2021, 5pm)
• Penggunaan katil Bukan ICU (kes disahkan COVID19) 77%
• Penggunaan katil ICU (kes disahkan COVID19) 82%

2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin COVID-19 (Sehingga 9 September 2021, 11:59pm)
• % Populasi Keseluruhan - 1 dos 64.5%
• % Populasi Keseluruhan - lengkap 51.1%
• % Populasi Dewasa - 1 dos 90.0%
• % Populasi Dewasa - lengkap 71.3%

3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 10 September 2021, 12:00 Tengah Hari)
• Bilangan kes baharu 21,176 kes
• Bilangan kes kumulatif 1,940,950 kes

- KPK KKM -
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ucapan YB Khairy Jamaludin, Menteri Kesihatan sempena Sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2021.

#letstalkmindasihat
#sihatmilikku
Berikut adalah soalan-soalan yang kerap ditanya mengenai aplikasi MySejahtera.
Let's TALK Minda Sihat.

Working together to prevent suicide.

End Stigma, saves lives.

#walkthetalk
Kenyataan Akhbar KPK 10 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

• Kes sembuh : 21,476 kes (1,678,962 kes kumulatif, 86.5%);
• Kes baharu : 21,176 kes (1,940,950 kes kumulatif);
• Kes import : 4 kes (1 warganegara; 3 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 21,172 kes [18,608 warganegara (87.9%); 2,564 bukan warganegara (12.1%)];
• Kes aktif : 242,161 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,310 kes (935 kes COVID-19; 375 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 773 kes (455 kes COVID-19; 318 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
• Kes kematian : 341 kes [19,827 kes kumulatif, 1.0%; 300 warganegara, 41 bukan warganegara; 102 kes BID (82 warganegara; 20 bukan warganegara)];
• Jumlah kluster : 5,059 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 37 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 3,604 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 1,455 kluster.
Daripada 21,176 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,
• 338 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 20,838 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pemakluman situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia juga boleh disemak melalui laman web COVIDNOW di www.covidnow.moh.gov.my.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/09/10/kenyataan-akhbar-kpk-10-september-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
PENGGUNAAN PULSE OXIMETER BAGI PEMANTAUAN KENDIRI DI RUMAH

Jika anda merupakan pesakit COVID-19 yang sesuai menjalani kuarantin di rumah, pemantauan kendiri dengan menggunakan pulse oximeter merupakan antara langkah yang sangat penting. Alat ini boleh membantu pesakit untuk memantau kadar oksigen di dalam darah. Dapatkan bantuan kesihatan dengan segera jika memerlukan.

Setiap pesakit digalakkan mempunyai pulse oximeter yang memenuhi standard perubatan di rumah.

Bagaimana melakukan pemantauan kendiri di rumah?

Layari video ini untuk dijadikan panduan bagi pesakit COVID-19 yang menjalani pemantauan kendiri di rumah.

#kitajagakita

CPRC PERKHIDMATAN HOSPITAL
10.9.2021
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
HAVE YOU BEEN DIAGNOSED AS COVID-19 PATIENT?

If you are eligible to be quarantined at home, watch this video to guide you on how to use the pulse oximeter.

You can use pulse oximeter to monitor your oxygen level.

Promptly seek for medical attention if needed.

CPRC HOSPITAL SERVICES
10.9.2021
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 10 hb September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.99. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -