Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
"Di Kawasan Perumahan Awam Desa Rejang ada hebahan Wellness Truck daripada KKM juga tau!"

Kali ini kami gerakkan team Wellness Truck Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM ke sekitar kawasan PKPD Perumahan Awam Desa Rejang, Taman Setapak Jaya Kuala Lumpur.

Dengan adanya Wellness Truck ini, Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM mengambil langkah mempromosikan Pembudayaan Norma Baharu dan Vaksin COVID-19 agar masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan sahih.

Jangan lupa klik "like" dan "share" pada rakan-rakan anda tanda sokongan.

#MenangBersamaMharungiCOVID19
Titisan halus atau aerosol yang mengandungi virus COVID-19 boleh berlegar di ruang udara sehingga 16 jam.

Sekiranya individu yang dijangkiti COVID-19 memasuki ruang tertutup dan peredaran udara kurang baik boleh meninggalkan virus COVID-19 yang berlegar dan kekal lama di ruangan tersebut. Anda boleh dijangkiti jika berada di ruangan tersebut.

Buka tingkap rumah jika menerima pengunjung untuk peredaran udara yang baik.

Sekiranya anda memandu bersama orang lain, sentiasa pakai pelitup muka dan buka tingkap kereta walaupun sedikit.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Jom vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Bergerak di Pusat Tarbiah Islam Agama Johor, Kampung Orang Asli Tanah Abang, Mersing, Johor bermula jam 9.00 pagi pada 2 Julai 2021.

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
7 HARI LAGI!
“Ingat Hari Jadi, Ingat Doktor Gigi"

Tarikh pelancaran : 8hb Julai 2021 ( secara maya)
Pelaksanaan kempen : Julai 2021 sehingga Disember 2021

Nantikan juga pengumuman pemenang pertandingan Poster Infografik, IGTV dan Virtual Run Smile For Miles 2021...
Save the date!
#periksagigi #ingatdoktorgigi #mpkp2021
Sehingga 1 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,988 kes (758,967 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 2,885 (251,636)
WPKL - 988 (78,666)
Johor - 270 (71,094)
Sabah - 232 (69,677)
Sarawak - 544 (65,395)
Negeri Sembilan - 692 (45,572)
Kelantan - 108 (34,919)
Pulau Pinang - 174 (34,669)
Perak - 149 (26,777)
Kedah - 250 (25,519)
Melaka - 311 (18,726)
Pahang - 195 (13,861)
Terengganu - 50 (11,251)
WP Labuan - 129 (8,298)
WP Putrajaya - 10 (2,312)
Perlis - 1 (595)

- KPK KKM -
Call for Papers

Scope : Health Promotion, Health Behaviour, Health Education & Health Communication

Dateline : 30th September 2021
Kes positif mengikut negeri (setakat 01/07/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 01/07/2021, 12 pm)

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 01st. July 2021, 12 pm

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 01 Julai 2021.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 5,580 kes (688,260 kes kumulatif, 90.7%);
• Kes baharu : 6,988 kes (758,967 kes kumulatif);
• Kes import : 5 kes (2 warganegara, 3 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 6,983 kes [5,271 warganegara (75.5%); 1,712 bukan warganegara (24.5%)];
• Kes aktif : 65,453 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 917 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 445 kes;
• Kes kematian : 84 kes (5,254 kes kumulatif, 0.69%; 77 warganegara, 7 bukan warganegara);
• Jumlah kluster : 2,865 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 21 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 1,978 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 887 kluster.

Sebanyak 84 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 46 kes di Selangor, masing-masing enam (6) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan Johor, lima (5) kes di Sabah, masing-masing empat (4) kes di Sarawak dan Melaka, tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, dua (2) kes di Pahang, serta masing-masing satu (1) kes di Terengganu dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

baca lanjut di https://kpkesihatan.com/2021/07/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-julai-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa, di antara 23 Jun 2021 dan 30 Jun 2021, sebanyak 28 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 telah dilaporkan. Sebanyak 25 kes adalah Variant of Concern (VOC) manakala tiga (3) kes lagi adalah Variant of Interest (VOI) iaitu;

18 kes varian Delta (B.1.617.2);
Lima (5) kes varian Beta (B.1.351);
Tiga (3) kes varian Kappa (B.1.617.1); dan
Dua (2) kes varian Alpha (B.1.1.7).
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 217 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 198 kes adalah VOC manakala 19 kes adalah VOI.

Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

- KPK KKM -