Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Trend kes positif dan kes sembuh baharu, 31 Mei-13 Jun 2021.

Sejak PKP yang diperketatkan dilaksanakan, nilai R-naught telah berjaya diturunkan kepada kurang daripada 1 manakala kes sembuh telah mencatatkan angka melebihi kes positif selama 7 hari berturut-turut. Namun, ini tidak bermakna kita boleh berasa selesa dengan keadaan sekarang kerana kes positif harian dan kes aktif yang masih tinggi.

Ayuh rakyat Malaysia, bersatu kita untuk landaikan keluk jangkitan! Daftar vaksinasi segera untuk lindungi diri dan keluarga.
Sehingga 14 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,949 kes (662,457 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 1,523 (216,481)
WPKL - 503 (67,719)
Sabah - 273 (66,316)
Johor - 430 (65,069)
Sarawak - 744 (56,187)
Negeri Sembilan - 323 (34,105)
Pulau Pinang - 214 (32,324)
Kelantan - 214 (32,267)
Perak - 136 (23,782)
Kedah - 199 (22,070)
Melaka - 119 (14,969)
Pahang - 61 (11,675)
Terengganu - 86 (10,653)
WP Labuan - 113 (6,155)
WP Putrajaya - 10 (2,126)
Perlis - 1 (559)

- KPK KKM -
Pada 13 Jun 2021 (Ahad), Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat telah mengadakan sesi hebahan di sekitar Bandar Tasik Kesuma, Mukim Beranang Selangor. Aktiviti dilaksanakan di kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar dan taman-taman awam. Ia adalah sebahagian daripada inisiatif untuk membantu masyarakat mendapat maklumat yang tepat berkenaan Pembudayaan Norma Baharu dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#HECCKKM
Kes positif mengikut negeri (setakat 14/06/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 14/06/2021, 12 pm)

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 14th. June 2021, 12 pm

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 14 Jun 2021.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kenyataan Akhbar KPK 14 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 6,588 kes (586,864 kes kumulatif, 88.6%);
• Kes baharu : 4,949 kes (662,457 kes kumulatif);
• Kes import : 6 kes (2 warganegara; 4 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 4,943 kes [4,019 warganegara (81.3%); 924 bukan warganegara (18.7%)];
• Kes aktif : 71,625 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 921 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 459 kes;
• Kes kematian : 60 kes (3,968 kes kumulatif, 0.60%; 58 warganegara, 2 bukan warganegara);
• Jumlah kluster : 2,494 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,720 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 774 kluster.

Sebanyak 60 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 18 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Johor, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh (7) kes di Negeri Sembilan, enam (6) kes di Sarawak, empat (4) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing dua (2) kes di Pulau Pinang dan Kelantan, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah,Terengganu, Perak, dan Melaka.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/06/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-jun-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Ringkasan Kes Kematian Baharu #COVID19, 14 Jun 2021.

60 kes kematian termasuk 3 brought in bed.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Virus COVID-19 akan menyebabkan jangkitan berlaku di dalam tisu paru-paru seterusnya menyebabkan kerosakan yang serius di dalam paru-paru.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Maklumat Kad Pengenalan/Pasport anda dalam aplikasi MySejahtera boleh dikemas kini dengan 8 langkah.

Bagi mengelak isu pengenalan diri berlaku di PPV, sila pastikan maklumat peribadi tepat.

Daftar untuk vaksinasi: https://vaksincovid.gov.my/panduan

Your NRIC/Passport details on MySejahtera can be updated in 8 simple steps.

To avoid potential identification issues at any PPV, please ensure all personal information is accurate.

Register for vaccination: https://vaksincovid.gov.my/en/guide

#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV
Bahayakah Tibi?

Dengarkan di sinarfm pada pukul 2.15 petang esok bersama En. Radzi Md Daud, Penolong Pegawai Perubatan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#sihatmilikku
Pejabat Kesihatan Daerah Cheras dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM dan Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan telah melaksanakan aktviti promosi kesihatan seperti berikut:

Aktiviti: Sesi Hebahan Awam, Edaran Poster, Pematuhan SOP dan Tunjuk Cara Pendaftaran Vaksin COVID-19 di lokasi hotspot di sekitar Bandar Tun Razak / Cheras.

Tarikh: 14 Jun 2021 (Isnin)
Lokasi: Perumahan Taman Ikan Emas dan PPR Taman Mulia, Daerah Cheras
Agensi terlibat: PK Cheras, HECC & IPTK

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#HECCKKM