Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin memaklumkan, 30 trak bergerak vaksinasi akan diaktifkan di ibu negara bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin COVID-19.

Hari ini, di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 Dewan Tunku Putera, Padang Terap, Unit Bergerak Vaksinasi COVID-19 Padang Terap dilancarkan dalam memudahkan proses pemberian vaksin terutama ke kawasan kampung dan pedalaman di daerah itu.

Sumber: Astro Awani
Kes positif mengikut negeri (setakat 01/06/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 01/06/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 01st. June 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kenyataan Akhbar KPK 1 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 6,083 kes (496,121 kes kumulatif, 85.6%);
• Kes baharu : 7,105 kes (579,462 kes kumulatif);
• Kes import : 2 kes (2 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 7,103 kes [6,550 warganegara (92.2%); 553 bukan warganegara (7.8%)];
• Kes aktif : 80,474 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 872 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 419 kes;
• Kes kematian : 71 kes (2,867 kes kumulatif, 0.49%; 69 warganegara, 2 bukan warganegara);
• Jumlah kluster : 2,215 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 27 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,547 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 668 kluster.

Sebanyak 71 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 28 kes di Selangor, lapan (8) kes di Johor, tujuh (7) kes di Sarawak, enam (6) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima (5) kes di Kelantan, empat (4) kes di Melaka, tiga (3) kes di Kedah, masing-masing dua (2) kes di Negeri Sembilan, Terengganu, dan Perak, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Pulau Pinang.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/06/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-jun-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
71 kes kematian termasuk 2 bukan warganegara akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia; 2,867.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
https://www.facebook.com/170501559668050/posts/4404435266274637/?d=n

Situasi wabak COVID-19 di Malaysia semakin membimbangkan dengan peningkatan kes positif dan kematian yang mengakibatkan Total Lockdown di seluruh negara bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

Jom sama-sama kita hayati maklumat yang terdapat di dalam e-Majalah MyHEALTH keluaran Jun 2021.


Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 01 Jun 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Minggu Tanpa Tembakau.

Dengarkan di minnalfm pada pukul 9.30 pagi esok bersama Puan Vanitha Rangasamy, Pegawai Pendidikan Kesihatan dari Hospital Serdang.

#sihatmilikku
COVID-19 : Lindung Diri Lindung Semua

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi esok bersama Dr. Vickneshwaran Muthu, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
FUNGSI Pusat Penilaian COVID-19 (CAC - COVID-19 Assessment Centre)

CAC akan mengklasifikasi tahap pesakit COVID-19 untuk menentukan pengurusan pesakit yang seterusnya, termasuk kelulusan rawatan di rumah. Secara amnya, satu daerah mempunyai satu CAC, dan ada kemungkinan wujudnya dua (2) atau lebih CAC bergantung kepada bilangan pesakit yang diuruskan.

CAC akan berperanan mengenal pasti pesakit yang sesuai untuk dipantau di rumah. Petugas CAC kemudian akan memantau dan menilai pesakit di rumah menggunakan Home Assessment Tool (HAT). Pasukan CAC juga akan bertindak mengenal pasti dan menilai pesakit yang berkemungkinan menjadi lebih teruk.

CAC juga akan mengenal pasti pesakit yang memerlukan rujukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) atau hospital iaitu pesakit Kategori 1 & 2 yang tidak sesuai untuk ditempatkan dan tidak sesuai dipantau dari rumah. CAC juga berfungsi untuk menyelaras rujukan dari klinik kesihatan ke PKRC atau ke hospital.

Setiap CAC di peringkat daerah diketuai oleh seorang koordinator. Orang ramai yang mempunyai keperluan boleh menghubungi CAC melalui nombor telefon yang akan dinyatakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing.

KKM menerusi pelbagai peringkat dan saluran akan memaklumkan langkah-langkah seterusnya yang mesti dipatuhi dan diamalkan oleh pesakit sepanjang tempoh rawatan di rumah.

Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran. Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di negeri anda untuk penilaian lanjut.

Untuk senarai terkini CAC (sehingga 1 Jun 2021) rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 1 hb Jun 2021 untuk seluruh negara adalah 1.07.. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Penghasut antivaksin akan didakwa!

Sumber: Jabatan Penerangan WP Labuan
Sekiranya anda merupakan kes positif yang kuarantin di rumah, pastikan anda tidak bergaul bebas dengan ahli keluarga.

Kuarantin diri amat penting untuk memutuskan rantaian COVID-19.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)