Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 30th. May 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
LOCKDOWN!

Jangan cemas.. kita pernah laluinya dan kali ini kita mesti menang!

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 30 Mei 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kenyataan Akhbar KPK 30 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 30 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 5,121 kes (484,787 kes kumulatif, 85.7%);
• Kes baharu : 6,999 kes (565,533 kes kumulatif);
• Kes import : 4 kes (3 warganegara, 1 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 6,995 kes [6,385 warganegara (91.3%); 610 bukan warganegara (8.7%)];
• Kes aktif : 78,017 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 846 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 419 kes;
• Kes kematian : 79 kes (2,729 kes kumulatif, 0.48%; 78 warganegara, 1 bukan warganegara);
• Jumlah kluster : 2,163 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,528 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 635 kluster.

Sebanyak 79 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing 15 kes di Selangor dan Negeri Sembilan, 13 kes di Kedah, 12 kes di Johor, lima (5) kes di Pulau Pinang, masing-masing empat (4) kes di Terengganu dan Melaka, masing-masing tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak, dua (2) kes di Sabah, dan masing-masing satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, Perak, dan Pahang.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/05/30/kenyataan-akhbar-kpk-30-mei-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
SEMUA PIHAK PERLU SAMA-SAMA MEMAINKAN PERANAN DALAM MENDEPANI KRISIS COVID-19

Seperti yang KKM telah maklumkan kepada umum, penularan COVID-19 semakin meruncing. Nilai Rt negara terkini adalah 1.16 dan jumlah kes dilaporkan saban hari menunjukkan tren kenaikan yang mendadak secara exponential. Kenaikan satu ribu sehingga dua ribu kes sehari adalah tidak mustahil. Kita telah melihat jumlah kes kematian tertinggi harian iaitu sebanyak 98 kes pada 29 Mei 2021 akibat COVID-19. Situasi ini juga mungkin akan berterusan dan tidak mustahil boleh terus meningkat lagi.

Jumlah katil di Unit Rawatan Rapi, hospital-hospital COVID-19, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 semakin berkurangan dan berkemungkinan tidak mencukupi. KKM juga telah memberi amaran kemungkinan berlaku situasi di mana para doktor akan terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil ICU bagi pesakit yang mempunyai potensi sembuh yang lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya adalah lebih rendah (poor prognosis).

Ini adalah situasi sukar yang mendepani kita semua, dan KKM ingin menyeru semua pihak agar kita sama-sama berganding bahu bagi hadapi sekarang.

Semua pihak perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab, tidak kira Kerajaan, agensi-agensi berkaitan dan juga rakyat secara keseluruhannya.

1. Peranan Kerajaan:

a. KKM menyambut baik pengumuman keputusan Sidang Majlis Keselamatan Negara yang telah diperincikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan. Ini adalah antara tindakan yang diperlukan bagi membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19.

b. Kawalan sempadan dan pintu masuk antarabangsa yang ketat bagi memastikan negara terlindung daripada pelbagai varian virus SARS-CoV-2 yang baharu yang terus menular di pelbagai negara. Sekatan bagi negara-negara tertentu diteruskan, tempoh kuarantin bagi penumpang yang tiba dari luar negara juga telah dipanjangkan. Tempoh kuarantin ini akan dilanjutkan kepada 21 hari berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan. Misalnya tempoh kuarantin bagi lima (5) negara berisiko tinggi seperti India, Pakistan, Sri Lanka, Nepal, dan Bangladesh adalah selama 21 hari. Mereka yang tiba dari luar negara akan dikuarantin di stesen kuarantin yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan.

c. Meningkatkan aktiviti-aktiviti Program Immunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bersama agensi-agensi Kerajaan dan swasta untuk mencapai liputan imuniti kelompok (herd immunity) di Malaysia.

d. Terus meningkatkan tindakan kesihatan awam di lapangan dan pelbagai langkah kesiapsagaan bagi terus memerangi COVID-19 di negara ini.

2. Peranan Rakyat Malaysia:

a. Duduk di rumah setiap masa.

b. Sekiranya perlu keluar untuk sebarang urusan penting, lindungi diri dengan memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan sekurang-kurangnya dua (2) minit atau menggunakan hand sanitizer.

c. Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran. Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di negeri anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline

d. Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan segera.

e. Lindungilah ahli keluarga kita terutamanya warga emas dan mereka yang berisiko tinggi. Sekiranya mereka tidak sihat, dapatkan bantuan kecemasan.

- KPK KKM -
79 kematian termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia; 2,729 orang.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 30 hb Mei 2021 untuk seluruh negara adalah 1.12.. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
COVID-19 : Vaksin untuk Wanita Mengandung dan Menyusu.

Dengarkan di sinarfm pada pukul 7.50 pagi bersama Dr. Muniswaran Ganesham @ Ganeshan dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Kuala Lumpur.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
Kami masih bertahan demi anda!

Jangan sia-siakan pengorbanan kami.

Kita mesti jaga kita.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Selamat menyambut Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Stay home, stop smoking, keep COVID-19 away!

#CommitToQuit
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)