Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
COVID-19 : Apa Itu Pelitup Muka Berganda?

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 7.30 pagi bersama Dr. Vickneshwaran Muthu, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
Kesiapsiagaan HTAR dalam Menguruskan COVID-19

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 8.30 pagi di TV1.

Panel:
Dr. Hj. Zulkarnain Hj. Mohd. Rawi
Pengarah
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 29 hb Mei 2021 untuk seluruh negara adalah 1.16.. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Jom pujuk ibu bapa kita untuk dapatkan vaksin.

👍🏻 Terangkan kebaikan vaksin
👍🏻 Jelaskan berita palsu atau mitos berkenaan vaksin
👍🏻 Berikan contoh individu atau keluarga terdekat yang telah menerima vaksin
👍🏻 Terangkan mengapa perlu terus kekalkan amalan norma baharu selepas di vaksin

Bersama putuskan rantaian COVID-19

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Jumlah kes COVID-19 yang dimasukkan ke ICU termasuk yang disahkan (confirmed), dalam siasatan dan sedang menunggu keputusan (suspected and probable) telah mencecah hampir 1,200 kes, jumlah yang tertinggi sejak pandemik ini bermula tahun lepas.

KKM telah menambah kapasiti katil ICU untuk pesakit COVID-19 secara berfasa sejak gelombang kedua pandemik ini. Terkini, dalam tempoh tiga minggu bulan Mei 2021 sebanyak 439 katil tambahan telah dapat disediakan. Secara keseluruhannya, jumlah katil ICU yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 (confirmed / suspected / probable) buat masa ini telah mencapai 1,114 katil.

Kebanyakan katil ICU buat masa ini digunakan untuk pesakit COVID-19, lantas menyebabkan peluang pesakit bukan COVID-19 yang lain untuk menerima rawatan rapi lebih tipis. Keadaan ini sememangnya amat menggusarkan terutama buat petugas kesihatan dan pesakit-pesakit bukan COVID-19. Walaupun jumlah katil ICU untuk pesakit COVID-19 telah ditambah, kadar penggunaan katil ICU masih di tahap melebihi 100%. Ini menyebabkan ada pesakit yang terpaksa dirawat di wad-wad biasa. Dengan pertambahan kes baru harian yang telah mencecah lebih 9,000 kes, jumlah pesakit yang memerlukan rawatan rapi juga dijangka akan terus meningkat.

KKM akan terus mengenalpasti lebih banyak ruang di dalam hospital untuk ditukar fungsi (repurpose) sebagai katil ICU dan menyediakan peralatan perubatan dan kelengkapan lain yang diperlukan. Hospital Medan ICU di Hospital Kepala Batas serta cadangan pengambilmilikan sementara Hospital Pakar Kanak-kanak UKM juga adalah antara langkah meningkatkan kapasiti ICU seterusnya.

Namun, sumber tenaga manusia merupakan antara cabaran utama dan ramai anggota kita telah pun dimobilisasi untuk menjalankan lain-lain fungsi dalam pengurusan pandemik ini. Anggota KKM daripada pelbagai kategori termasuklah pakar bedah di beberapa hospital telah pun dikerahkan untuk perawatan pesakit COVID-19.

Marilah kita kekal duduk di rumah. Jika anda mempunyai urusan penting di luar, pastikan anda mematuhi SOP agar diri dan ahli keluarga dilindungi. Kita jaga kita.

#LockdownKendiri
#BantuSistemKesihatanNegara

- KPK KKM -
Sehingga 30 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,999 kes (565,533 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 2,477 (184,815)
Sabah - 190 (62,037)
WPKL - 616 (58,267)
Johor - 433 (57,894)
Sarawak - 513 (46,675)
Pulau Pinang - 248 (28,298)
Kelantan - 612 (27,093)
Negeri Sembilan - 468 (26,052)
Perak - 212 (20,379)
Kedah - 422 (18,445)
Melaka - 202 (11,734)
Pahang - 239 (9,358)
Terengganu - 214 (8,567)
WP Labuan - 133 (3,556)
WP Putrajaya - 13 (1,864)
Perlis - 7 (499)

#LockdownKendiri
#BantuSistemKesihatanNegara

- KPK KKM -
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
🚗 💉 Pelaksanaan vaksinasi pandu lalu pertama yang diadakan di Hospital USM Kubang Kerian baru-baru ini melibatkan 130 penerima vaskin COVID-19.

Usaha ini akan diperluas untuk meningkatkan lagi kadar vaksinasi dan pada masa yang sama memberikan kemudahan kepada penerima vaksin.

Sumber: JK JAV
Sidang Media oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob bersama Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah
(30 Mei 2021)

https://www.facebook.com/RadioTelevisyenMalaysia/videos/1978490795631497/
Kes positif mengikut negeri (setakat 30/05/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 30/05/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 30th. May 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)