Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 29th. May 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 29 Mei 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kenyataan Akhbar KPK 29 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 5,527 kes (479,666 kes kumulatif, 85.9%);
• Kes baharu : 9,020 kes (558,534 kes kumulatif);
• Kes import : 5 kes (4 warganegara, 1 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 9,015 kes [8,346 warganegara (92.6%); 669 bukan warganegara (7.4%)];
• Kes aktif : 76,218 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 844 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 430 kes;
• Kes kematian : 98 kes (2,650 kes kumulatif, 0.47%; 98 warganegara);
• Jumlah kluster : 2,146 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 23 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,516 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 630 kluster.

Sebanyak 98 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 27 kes di Selangor, masing-masing 14 kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing lapan (8) kes di Kedah dan Negeri Sembilan, masing-masing lima (5) kes di Pulau Pinang dan Sarawak, masing-masing empat (4) kes di Sabah dan Terengganu, tiga (3) kes di Pahang, masing-masing dua (2) kes di Kelantan dan Melaka, serta masing-masing satu (1) kes di Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/05/29/kenyataan-akhbar-kpk-29-mei-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
98 kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia; 2650.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
SITUASI TERKINI KLUSTER RENTAS NEGERI DAN KLUSTER KOMUNITI BERKAITAN PERAYAAN: KENAIKAN JUMLAH KES DAN KLUSTER ADALAH TERUS MEMBIMBANGKAN

Bermula 7 Disember 2020, sebanyak 51 buah kluster rentas negeri yang terdiri daripada 6,468 kes telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC)Kebangsaan, KKM. Ini berikutan kebenaran pergerakan rentas daerah dan negeri di seluruh negara pada ketika itu. Walau bagaimanapun, larangan ini mula dikuatkuasakan semula sejak 10 Mei 2021 berikutan keadaan pandemik yang semakin meruncing.

Kluster-kluster rentas negeri adalah termasuk yang berpunca dari kes indeks yang pulang untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri, pulang menziarahi keluarga, menghadiri majlis perkahwinan, majlis hari jadi, majlis pengebumian atau kursus di negeri lain serta menjalankan aktiviti ceramah bebas merentas negeri.

Sejak 1 April 2021 sehingga 28 Mei 2021 sahaja, sebanyak 20 kluster rentas negeri yang terdiri daripada 1,420 kes telah dilaporkan. Daripada jumlah itu, negeri-negeri yang melaporkan
jumlah kluster tertinggi adalah Melaka dengan lapan ( 8 kluster (40 peratus), Terengganu dengan tiga (3) kluster (15 peratus) serta Kelantan, Perak dan Pahang dengan masing-masing dua (2) kluster (10 peratus).

Dalam pada masa yang sama, negara juga menghadapi cabaran kluster komuniti terutamanya sub-kluster perayaan. Sejak 13 hingga 28 Mei 2021, sebanyak 26 kluster yang berpunca dari sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri telah dilaporkan oleh CPRC Kebangsaan KKM. Untuk makluman, seramai 4,047 individu telah disaring yang mana sebanyak 1,019 kes telah dikenalpasti positif dalam kluster-kluster ini, iaitu kadar positiviti 25.1 peratus. Daripada jumlah 1,019 kes tersebut, dua (2) kematian telah dilaporkan sehingga kini dan satu (1) kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Negeri-negeri yang mencatatkan bilangan sub-kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri tertinggi adalah Sabah dengan tujuh (7) kluster (26.9 peratus), Kelantan dengan lima (5) kluster (19.2 peratus) serta Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan masing- masing dengan dua kluster (7.7 peratus).

Adalah dijangkakan jumlah kes dan bilangan kluster-kluster ini akan bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri serta daerah. Meskipun Kerajaan telah menetapkan bahawa ziarah raya dan penganjuran majlis perayaan tidak dibenarkan, namun masih ramai yang tidak endah larangan ini yang mengakibatkan tercetusnya kluster-kluster baru COVID-19 sehingga ada yang mengakibatkan kes maut.

Melihat situasi seperti di atas, KKM ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru masyarakat mengambil iktibar dan tidak mengulanginya bagi Perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang akan disambut tidak lama lagi. Begitu juga bagi sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang kebiasaannya berpanjangan sehingga satu (1) bulan. Masyarakat diingatkan bahawa larangan merentas daerah dan negeri masih lagi berkuat kuasa. Begitu juga larangan kunjung mengunjung bagi menyambut perayaan. Peningkatan sub-kluster perayaan hari raya perlu dijadikan sebagai pengajaran agar ianya tidak terus bertambah.

Aktiviti merentas daerah, negeri, kunjung-mengunjung atau perhimpunan sewaktu perayaan tidak sepatutnya berlaku sama sekali dengan pelaksanaan total lockdown bermula pada 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Sekarang adalah waktu untuk kita semua bertindak bersama-sama menurunkan jumlah kes dan kematian harian.

Sayangilah diri dan keluarga kita, serta lindungilah warga tua di kampung atau rumah panjang dengan tidak membawa balik virus yang menyebabkan COVID-19, demi perayaan yang lebih bermakna pada tahun-tahun mendatang.
Ini MUNGKIN bukan ibu kita, ayah kita, suami kita, isteri kita, anak-anak kita, adik beradik kita atau sahabat kita.

Jika kita alpa…

Ia MUNGKIN ibu kita, ayah kita, suami kita, isteri kita, anak-anak kita, adik beradik kita, sahabat kita, atau diri kita sendiri.

#SelfLockdown

Sumber: BERNAMA
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃 𝐈𝐓𝐔 𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑 (𝐂𝐈𝐁) 𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝 𝟐

"Saya menggigil, air mata saya mengalir..."

Ikuti rakaman tinjauan eksklusif situasi terkini pandemik COVID-19 seluruh negara oleh wartawan RTM dalam CIB yang disiarkan di saluran TV1 RTM pada 29 Mei 2021, pukul 9.00 malam.

Sumber: RTM - Radio Televisyen Malaysia
Hari ini merupakan satu detik hitam apabila negara mencatatkan kes kematian harian COVID-19 yang tertinggi sejak pandemik ini bermula.

Dengan pertambahan 98 kes kematian pada hari ini, ia membawa jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 ke angka 2650. Daripada jumlah ini, 471 kematian berlaku pada tahun 2020, manakala 2179 kematian dicatatkan dalam tempoh lima bulan pertama 2021. Dalam tempoh 1-29 Mei 2021 sahaja, sebanyak 1144 kematian disebabkan COVID-19 telah direkodkan. Ini merupakan jumlah kes kematian bulanan yang paling tinggi setakat ini.

Bilik simpanan mayat di hospital-hospital KKM kini mula penuh dan semakin sukar untuk menampung penambahan mendadak jumlah jenazah/mayat susulan peningkatan kematian akibat COVID-19.

Sehubungan itu, pihak perkhidmatan perubatan forensik telah menyediakan kontena khas khusus sama ada untuk jenazah / mayat pesakit COVID-19 atau bukan COVID-19 di lima buah hospital iaitu Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sultanah Aminah JB, Hospital Queen Elizabeth I dan Hospital Sungai Buloh serta satu “fleximort” khusus untuk jenazah/mayat pesakit COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Setiap kontena khas ini boleh menampung maksimum 20 jenazah/mayat manakala bagi “fleximort” maksimum sebanyak 12 jenazah/mayat.

Dalam mengimbangi nyawa dan kehidupan (life and livelihood), adalah penting untuk semua pihak sentiasa meneliti semula keutamaan mereka mengikut keadaan semasa. Setiap pihak yang berkepentingan, pastinya mempunyai keutamaan masing-masing. Namun bagi KKM dan petugas kesihatan di seluruh negara, keutamaan kami adalah kesihatan awam dan menyelamatkan nyawa.

Apabila kes aktif COVID-19 melebihi kemampuan dan kapasiti kami untuk merawat, maka para doktor akan terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil ICU bagi pesakit yang mempunyai potensi sembuh yang lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya adalah lebih rendah (poor prognosis). Ini adalah implikasi yang tidak diingini oleh setiap petugas kesihatan, namun pilihan sukar ini akan terpaksa dilakukan apabila sistem kesihatan mencapai kapasiti maksima.

Bantulah kami agar sistem kesihatan negara tidak lumpuh sama sekali. Semua pihak dari peringkat tertinggi hinggalah ke rakyat jelata perlu membantu memutuskan rantaian jangkitan virus COVID-19. Buatlah keputusan dan pilihan terbaik demi rakyat dan negara.

Marilah kita kekal duduk di rumah. Jika anda mempunyai urusan penting di luar, pastikan anda mematuhi SOP agar diri dan ahli keluarga dilindungi. Kita jaga kita. Pastikan tiada pergerakan dan tiada perhimpunan.

#LockdownKendiri
#BantuSistemKesihatanNegara

- KPK KKM -