Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kes positif mengikut negeri (setakat 26/05/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 26/05/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 26th. May 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 26 Mei 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kenyataan Akhbar KPK 26 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 4,665 kes (464,727 kes kumulatif, 87.1%);
• Kes baharu : 7,478 kes (533,367 kes kumulatif);
• Kes import : 5 kes (5 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 7,473 kes [6,913 warganegara (92.5%); 560 bukan warganegara (7.5%)];
• Kes aktif : 66,208 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 756 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 377 kes;
• Kes kematian : 63 kes (2,432 kes kumulatif, 0.46%; 57 warganegara, 6 bukan warganegara);
• Jumlah kluster : 2,082 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 22 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,489 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 593 kluster.

Sebanyak 63 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 24 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing lapan (8) kes di Johor dan Kedah, lima (5) kes di Perak, tiga (3) kes di Melaka, masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Negeri Sembilan, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Pahang.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/05/26/kenyataan-akhbar-kpk-26-mei-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
SARANAN AMALAN KAWALAN PERGERAKAN KENDIRI DAN KELUARGA BAGI MEMUTUSKAN JANGKITAN COVID-19

Jumlah kes harian akibat COVID-19 semakin meningkat. Begitu juga kes kematian, kes di ICU dan kes yang memerlukan bantuan pernafasan. Hospital dan PKRC semakin penuh..
Oleh itu, KKM ingin terus menyeru rakyat Malaysia untuk mengamalkan Kawalan Pergerakan Kendiri dan Keluarga sebagai langkah memutuskan rantaian penularan COVID-19. Ini mengambil kira situasi semasa yang semakin serius di mana COVID-19 menular di kebanyakan tempat, akibat daripada peningkatan kes-kes sporadik dalam komuniti. Secara tidak sedar, sesiapa sahaja boleh dijangkiti atau menjangkiti individu lain.

Hakikatnya virus tidak bergerak, yang bergerak adalah manusia dan yang berhimpun juga adalah manusia. Semakin banyak pergerakan masyarakat dan kontak dengan orang lain, semakin tinggi kebarangkalian untuk virus SARS-CoV-2 merebak dan menjangkiti. Lebih-lebih lagi jika masyarakat tidak memakai pelitup muka, saling bersentuhan, tidak menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 hingga 2 meter di antara satu sama lain, bersesak-sesak di tempat yang sempit, dan tiada pengudaraan yang baik. Tindakan-tindakan seperti inilah yang perlu dielakkan semua pihak agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk terus mempraktikkan Kawalan Pergerakan Kendiri dan Keluarga serta kurangkan berada di luar rumah. Antara amalan-amalan atau langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut;

1. Kekal duduk di rumah dan hanya keluar apabila perlu;
2. Sekiranya perlu keluar, hanya seorang wakil bagi setiap rumah untuk sebarang urusan di luar serta sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan;
3. Bekerja dari rumah bagi mereka yang dibenarkan. Majikan juga diminta akur dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara mengenai polisi Bekerja Dari Rumah;
4. Rancang pergerakan bagi mengelakkan kesesakan di tempat awam;
5. Penuhkan tangki minyak kenderaan supaya tidak perlu kerap mengisinya;
6. Elakkan daripada menyertai sebarang aktiviti berisiko yang melibatkan orang ramai;
7. Belilah barang keperluan secara atas talian atau secara pukal bagi kegunaan seisi rumah;
8. Buat temujanji sebelum berjumpa dengan doktor;
9. Masak makanan sendiri yang lebih berkhasiat;
10. Kekal sihat dengan mengamalkan pelbagai aktiviti senaman di dalam kawasan rumah sendiri;
11. Amalkan prinsip tidak menerima tetamu di rumah untuk tempoh ini. Sebaliknya, optimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan ahli keluarga dan rakan;
12. Beribadahlah di rumah bersama ahli keluarga atau isi rumah masing-masing;

Rutin di atas adalah sesuatu yang tidak asing bagi penduduk Malaysia. Kita pernah membuktikan bahawa Malaysia mampu mengawal pandemik COVID-19 dengan mencatatkan sifar kes harian pada gelombang kedua. Kita haruslah terus konsisten mematuhi SOP yang telah digariskan dan berusaha mengamalkan langkah-langkah Kawalan Pergerakan Kendiri dan Keluarga.

Kita mungkin belum menang, tetapi kita belum kalah. Tanggungjawab kini di atas bahu kita semua untuk menjaga diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.

- KPK KKM -
PENYERTAAN SUKARELAWAN KESIHATAN BAGI MENANGANI PANDEMIK COVID-19

KKM menyeru penglibatan SUKARELAWAN KESIHATAN untuk membantu KKM dalam menangani wabak COVID-19. Tenaga sukarelawan ini AMAT diperlukan bagi meringankan beban yang dipikul petugas-petugas kesihatan KAMI di seluruh negara.

Kepada mereka yang ingin berbakti sebagai sukarelawan, sila lengkapkan borang di pautan berikut:
https://forms.gle/ktiuH2mjRePBCZLm9

Sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel kepada: [email protected]

Sekian, terima kasih.
UNIT MOBILISASI, CPRC KEBANGSAAN
63 kes kematian termasuk 6 bukan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes kematian; 2,432.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 26 hb Mei 2021 untuk seluruh negara adalah 1.17. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
IMUNISASI COVID-19 | Gagal Hadir Janji Temu Diganti Individu Lain

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan memaklumkan hampir 10,000 penduduk yang gagal hadir janji temu suntikan vaksin COVID-19, digantikan dengan individu lain yang memenuhi kriteria.

Justeru, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, tidak berlaku pembaziran vaksin walaupun terdapat ketidakhadiran penerima seperti dilaporkan.

Sumber: Buletin TV3
COVID-19 : Kes Sporadik

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada pukul 8.20 pagi bersama Dr. Mohd Ihsani Mahmood dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
Sedarlah.. COVID itu benar.. kematian itu benar...

Kematian pesakit COVID-19 semakin meningkat.

Lindung Diri, Lindung Semua.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)