Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kes positif mengikut negeri (setakat 25/05/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 25/05/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 25th. May 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kenyataan Akhbar KPK 25 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 3,789 kes (460,062 kes kumulatif, 87.5%);
• Kes baharu : 7,289 kes (525,889 kes kumulatif);
• Kes import : 4 kes (1 warganegara, 3 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 7,285 kes [6,813 warganegara (93.5%); 472 bukan warganegara (6.5%)];
• Kes aktif : 63,458 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 726 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 373 kes;
• Kes kematian : 60 kes (2,369 kes kumulatif, 0.45%; 59 warganegara, 1 bukan warganegara);
• Jumlah kluster : 2,060 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,483 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 577 kluster.

Sebanyak 60 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 15 kes di Selangor, 10 kes di Johor, masing-masing enam (6) kes di Sarawak dan Kedah, lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing tiga (3) kes di Sabah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, masing-masing dua (2) kes di Negeri Sembilan dan Melaka serta masing-masing satu (1) kes di Pahang dan Terengganu.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/05/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-mei-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Kesihatan Mental Ketika PKP

Dengarkan di gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Sivarajan Ramasamy, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 25 Mei 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 : Pelitup Muka Berganda

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 10.20 pagi di TV1.

Panel :
Dr. Vickneshwaran Muthu
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Hasil survelan genomik yang dijalankan secara berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas sampel COVID-19 dari 17 Mei 2021 sehingga 23 Mei 2021 telah mengenalpasti dan mengesahkan kewujudan 13 lagi kes Variant of Concern (VOC):

• 12 kes baharu yang dijangkiti varian South African B.1.351 telah dikesan di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, dan Johor; dan
• Satu (1) kes baharu warganegara yang dijangkiti varian Indian B.1.617 (sublineage B.1.617.2) telah dikesan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti oleh varian South African B.1.351 adalah sebanyak 78 kes dan varian Indian B.1.671 (termasuk sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2) adalah sebanyak enam (6) kes.

MAKLUMAT LEBIH LANJUT

i. Varian South African B.1.351:
Sila rujuk rumusan di dalam Jadual 1.

ii. Varian Indian B.1.617.2:
Satu (1) kes melibatkan warganegara Malaysia telah dikesan positif COVID-19 dengan varian Indian B.1.617.2. Kes merupakan kontak rapat kepada warganegara India yang sama-sama menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 23 April 2021. Warganegara India tersebut telah dikesan positif COVID-19 sewaktu dalam tempoh kuarantin. Kes warga tempatan ini mempunyai gejala pada 3 Mei 2021 dan menjalani ujian RTK-Ag pada hari yang sama, seterusnya dikesan positif RT-PCR pada 4 Mei 2021.

NASIHAT KEPADA UMUM

Sebagai makluman, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula dari 25 Mei 2021 sehingga 7 Jun 2021 setelah mengambil kira status perkembangan pandemik COVID-19 di negara yang semakin membimbangkan dan kemunculan varian-varian baharu dalam komuniti. Seperti yang telah diketahui, varian baharu ini mempunyai kadar kebolehjangkitan COVID-19 dan kematian yang lebih tinggi.

Sehubungan itu, KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik, meningkatkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk terus mengamalkan Kawalan Pergerakan Kendiri di rumah atau “PKP Kendiri” dengan penuh tanggungjawab. Bagi tempoh dua (2) minggu ini duduklah di rumah jika tiada keperluan yang mendesak untuk keluar. Sekiranya perlu keluar, patuhilah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan dan lindungi diri seperti yang sering dinasihatkan oleh KKM. Kita memerlukan tempoh masa ini bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia.

- KPK KKM -
Jangan Undang Hipertensi

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Rosnah Ramly dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#sihatmilikku
2 vaccination administration centres (PPVs) will have their locations moved for appointments scheduled from May 31 to June 6, 2021. This is done to increase the comfort and safety of the vaccine recipients.

PPVs below will be changed to Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC):

1. Dewan Komuniti Manjalara
2. Titiwangsa Stadium

Please check your PPV location to see if you are affected by the changes as the MySejahtera app will be updated accordingly.

#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV
60 kes kematian termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes kematian; 2,369.

4 negeri merekodkan kes kematian tertinggi hari ini iaitu Selangor (15), Johor (10), Sarawak (6) dan Kedah (6) manakala 4 kes 'brought in dead' dilaporkan. Kes kematian termuda hari ini berusia 3 tahun manakala 2 kes kematian warganegara berusia 90 tahun.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan Hari Tanpa Tunai pada setiap hari Isnin di fasiliti KKM mulai Jun 2021. Semasa pelaksanaan, hanya kaedah e-pembayaran sama ada secara bayaran atas talian atau JomPay serta bayaran menggunakan kad debit (kad ATM) / kad kredit boleh dibuat di kaunter bayaran manakala bayaran secara tunai tidak digalakkan.

Pelaksanaan secara berfasa ini akan dimulakan di 8 fasiliti KKM (Hospital Kuala Lumpur, KK Kuala Lumpur, KK Cheras, PKD Putrajaya, KK Presint 9, KK Presint 11, KK Presint 14 dan KK Presint 18) dan akan diperluaskan pelaksanaan kepada 115 fasiliti KKM yang lain sepanjang tahun 2021.

Usaha ini adalah selaras dengan saranan Kerajaan untuk menggalakkan contactless payment semasa pandemik virus COVID-19 selain memudah dan mempercepatkan transaksi di kaunter bayaran.

Kementerian ini berharap agar orang ramai yang hadir ke fasiliti KKM ini dapat menyokong dan memberi kerjasama kepada semua petugas kaunter sepanjang pelaksanaan Kempen Hari Tanpa Tunai ini.