Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 24 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 3,452 kes (456,273 kes kumulatif, 88.0%);
Kes baharu : 6,509 kes (518,600 kes kumulatif);
Kes import : 20 kes (17 warganegara, 3 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,489 kes [5,931 warganegara (91.4%); 558 bukan warganegara (8.6%)];
Kes aktif : 60,018 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :711 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 369 kes;
Kes kematian : 61 kes (2,309 kes kumulatif, 0.45%; 61 warganegara);
Jumlah kluster : 2,045 kluster;
Jumlah kluster baharu : 20 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat :1,475 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 570 kluster.

Sebanyak 61 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 16 kes di Selangor, 11 kes di Johor, masing-masing enam (6) kes di Melaka dan Pulau Pinang, lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, empat (4) kes di Kedah, masing-masing tiga (3) kes di Sarawak, Negeri Sembilan, dan Pahang, dua (2) kes di Terengganu, serta masing-masing satu (1) kes di Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

https://kpkesihatan.com/2021/05/24/kenyataan-akhbar-kpk-24-mei-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
This is the latest advisory on COVID-19 vaccines suitability for pregnant and lactating mothers.

The procedure to book for Pfizer vaccine for pregnant mothers will be announced soon.

You can find the guideline in detail here: https://www.vaksincovid.gov.my/upload/media/COVID-19-Vaccination-Pregnancy&Lactation-ENG.pdf

Register for vaccination: https://vaksincovid.gov.my/en/guide

#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV
KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA - DAKWAAN PEMBERIAN DOS YANG KURANG BAGI VAKSIN ASTRAZENECA UNTUK COVID-19 DI WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR (WTCKL)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 24 Mei 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
61 kes kematian melibatkan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan, sekaligus kematian harian tertinggi setakat ini. Ini menjadikan jumlah kes kematian; 2,309.

4 negeri merekodkan kes kematian tertinggi hari ini iaitu Selangor (16), Johor (11), Melaka (6) dan Pulau Pinang (6). Malah, terdapat 6 kes ‘brought in dead’ (BID). 47 daripada kes kematian hari ini adalah dalam kalangan warga emas dengan kematian tertua berusia 98 tahun tanpa mempunyai komorbiditi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
Pelitup muka medikal perlu dipakai bersama pelitup muka fabrik untuk pemakaian pelitup muka berganda.

Pelitup muka medikal, pelitup muka fabrik dan pelitup muka N95 tidak boleh dipakai sama sendiri untuk menjadikan pelitup muka berganda.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sejumlah 12 hospital swasta akan mula beroperasi hari ini sebagai Pusat Pemberian Vaksin Hospital Swasta (PPVHS).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Protecthealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) Dr Anas Alam Faizli, sebanyak 2,250 dos sehari akan disediakan sebagai permulaan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Sumber: Astro Awani
Sekiranya anda telah menerima keputusan RTK Antigen Positif, status anda berisiko tinggi!

Anda dan kontak rapat anda perlu kuanrantin kendiri sehingga dihubungi oleh pihak kesihatan.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
The AstraZeneca vaccine appointment booking for ADULTS 18 YEARS & ABOVE will open this coming Wednesday (May 26, 2021) via https://vaksincovid.gov.my

Open for residents in Johor, KL, Penang, Sarawak & Selangor.

#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV
Pada 25 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,289 kes.

Pecahan setiap negeri:
Selangor : 2,642 kes
Sabah : 266 kes
Johor : 664 kes
WPKL : 604 kes
Sarawak : 513 kes
Pulau Pinang : 380 kes
Negeri Sembilan : 410 kes
Kelantan : 425 kes
Perak : 218 kes
Kedah : 336 kes
Melaka : 258 kes
Pahang : 211 kes
Terengganu : 268 kes
WP Labuan : 63 kes
WP Putrajaya : 23 kes
Perlis : 8 kes

- KPK KKM -
Bolehkah COVID-19 merebak melalui udara?

Apa yang kita tahu setakat ini adalah virus SARS-CoV-2 merebak melalui titisan cecair dari hidung dan mulut individu yang dijangkiti apabila individu tersebut batuk, bersin, bercakap, menyanyi atau menghembuskan nafas. Titisan cecair ini boleh jadi partikel yang besar (droplet) atau partikel yang kecil (aerosol). Seseorang boleh dijangkiti apabila menyedut droplet atau aerosol yang mengandungi virus.

Droplet adalah lebih berat dan biasanya akan jatuh dalam lingkungan jarak 1-2 meter. Manakala aerosol boleh kekal di udara untuk tempoh yang lebih lama dan bergerak lebih jauh dari 1-2 meter. Kebolehan partikel-partikel ini kekal di udara juga bergantung kepada faktor-faktor persekitaran seperti aliran udara dan kelembapan.

Apabila kepadatan virus dalam udara tinggi, jangkitan boleh berlaku kepada individu yang berada pada jarak lebih daripada 2 meter, dan kepada individu yang hanya merentas ruang tersebut.

Keadaan di mana virus lebih mudah merebak:
•​Berinteraksi secara bersemuka pada jarak yang dekat
•​Tempat tertutup yang sesak tanpa pengudaraan yang baik
•​Aktiviti yang menambahkan hembusan titisan cecair dari seseorang yang dijangkiti seperti
sembang kuat, menjerit, menyanyi, bernafas kuat semasa bersenam
•​Pendedahan kepada keadaan-keadaan di atas untuk tempoh masa yang lama (>15 minit)

Seseorang juga boleh dijangkiti apabila menyentuh permukaan yang telah dicemari oleh titisan cecair yang mengandungi virus dan kemudian menyentuh mata, hidung atau mulut tanpa membersihkan tangan mereka, terlebih dahulu.

Oleh itu, pastikan amalan langkah-langkah pencegahan sedia ada kerana ia masih berkesan iaitu:
•​Elakkan 3S – kawasan Sempit (tertutup), kawasan Sesak dan Sembang dekat
• Pemakaian pelitup muka, samada di dalam atau luar bangunan
•​Sentiasa menjaga penjarakan fizikal
•​Sentiasa cuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer
•​Lakukan disinfeksi permukaan-permukaan yang mungkin dicemari
• Pastikan pengudaraan bilik yang baik dengan membuka tingkap atau menggunakan penapis
Udara
• Amalkan etika batuk dan bersin
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengambil maklum pandangan yang diutarakan oleh beberapa pihak yang menyatakan peningkatan kes harian COVID-19 adalah berpunca daripada kelewatan kelulusan produk vaksin COVID-19 di Malaysia. Adalah dinyatakan bahawa perkara ini tidak benar kerana bagi membantu situasi kecemasan semasa bencana akibat COVID-19, NPRA melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah melaksanakan laluan pendaftaran fast-track bersyarat untuk vaksin COVID-19 sejak 14 Disember 2020 lagi, iaitu melalui mekanisma pendaftaran priority review. Ini bertujuan untuk mempercepatkan kelulusan dan seterusnya memberikan akses segera kepada penggunaan vaksin COVID-19 di negara ini, tanpa mengabaikan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan menggunakan risk-based approach.

Susulan itu tempoh penilaian permohonan lengkap bagi pendaftaran telah dipendekkan kepada 120 hari bekerja iaitu bermula dari permohonan priority review diluluskan dan status pendaftaran bersyarat diberikan. Tempoh kebiasaan adalah 245 hari bekerja.Rujukan dan standard NPRA bagi membuat penilaian ke atas dossier vaksin COVID-19 adalah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Regulatori Kebangsaan (National Regulatory Authority (NRA) negara-negara lain termasuk World Health Organization (WHO), European Medicines Agency (EMA), US Food and Drug Administration (FDA), International Council for Harmonization of Technical Requirements for Pharmaceuticals for Human Use (ICH) dan sebagainya. Permohonan dan dossier vaksin COVID-19 yang lengkap dan telah selesai dinilai akan segera dibentangkan kepada PBKD untuk mendapatkan kelulusan pendaftaran bersyarat.

https://kpkesihatan.com/2021/05/25/kenyataan-akhbar-npra-25-mei-2021-tempoh-penilaian-dan-pendaftaran-produk-vaksin-covid-19-di-malaysia-semasa-pandemik/