CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Picture paints a thousand words... frontliners 👏👏👏

- CPRC KKM
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Tahukah anda warga emas merupakan golongan berisiko untuk dijangkiti Covid-19?

Sekiranya anda tergolong dalam kalangan warga emas atau penjaga, ikuti saranan didalam video di atas untuk memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak selamat.

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 6 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 45 (Termasuk 1 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,428

Kes sembuh: 135

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,702

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 22 (Seramai 9 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 107


Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)
- Mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.

- CPRC KKM
Pecahan kes secara terperinci termasuk 45 kes iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Bukan warganegara kini menjadi kumpulan sasar KKM terutama dari zon merah di Selangor dan Kuala Lumpur.

- CPRC KKM
ANDA SEMUA WIRA NEGARA

KKM menghargai komen serta respon yang diberikan oleh orang ramai menerusi ‘Tinjauan Soal Rakyat: Cadangan Untuk Rakyat Malaysia Kekal Selepas PKP’ di Facebook dan Google Form.

Anda telah membantu KKM untuk membantu anda!
Terima kasih rakyat Malaysia!

- CPRC KKM
Ikuti perkembangan terkini #covid19malaysia yang dijangka akan bersiaran kira-kira jam 4.30 petang ini.

Sudahkah anda memuat turun aplikasi MySejahtera? Aplikasi MySejahtera membolehkan rakyat Malaysia:

1. Mengetahui risiko mereka terhadap COVID-19.

2. Mendapatkan panduan mengenai tindakan yang perlu dilaksanakan sekiranya diklasifikasikan sebagai individu berisiko jangkitan COVID-19.

3. Melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan isi rumah dari semasa ke semasa.

4. Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang COVID-19 di Malaysia dan seluruh dunia.

5. Mengetahui dan mencari 'Hot Spot' COVID-19 di sekitar mereka.

Anda boleh muat turun aplikasi ini di Google Play, App Store, dan AppGallery.

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Kadar kesembuhan kes COVID-19 bagi seluruh dunia pada hari ini adalah 33.03% (1,238,453 kes) meningkat 1.11% berbanding semalam 31.92% (1,168,438 kes).

Bagi negara Amerika Syarikat masih mempunyai bilangan kes yang tertinggi iaitu 32.74% (1,227,430 kes) namun bilangan kes negara tersebut menunjukkan penurunan kes berbanding semalam iaitu sebanyak 0.15% atau 32.89%.

- CPRC KKM
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

LINDUNGI GOLONGAN BERISIKO TINGGI, TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA 😁

- CPRC KKM