CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Today is World Hand Hygiene Day

Practice proper hand hygiene to protect yourself and your family against #COVID19.

Here are the hand washing techniques you must always keep in mind.

#WorldHandHygieneDay

- CPRC KKM
Salam sejahtera!

Jom kemaskini aplikasi MySejahtera versi 1.0.15 untuk menikmati fungsi-fungsi terbaru seperti di bawah:-

1. QR Code di Profile
2. MySejahtera QR Code Scanner
3. SOP for Economic Restart CMCO dari 26 kementerian dan agensi

IOS:

https://apps.apple.com/my/app/mysejahtera/id1504055630

Android:

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera

Huawei:

https://appgallery.cloud.huawei.com/marketshare/app/C101930603?locale=en_GB&source=appshare&subsource=C101930603


*Sehingga kini, seramai 560 ribu pengguna telah mula menggunakan MySejahtera. Tahniah kerana menjadi wira negara untuk membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID19 di Malaysia.
NEWS FLASH

Pengumuman Waktu Operasi Terbaharu Bagi CPRC Kebangsaan bermula 4 Mei 2020 yang akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Talian bagi whatsapp telah ditambah menjadi empat talian pada masa ini.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan #COVID19Malaysia , anda boleh terus berhubung dengan Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) Kebangsaan sama ada melalui talian telefon, emel atau whatsapp seperti yang tertera.

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Shah Alam, 5 Mei 2020 - YB Dato' Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia telah mengadakan Tinjauan Lapangan ke Makmal Covid-19 & Sesi Taklimat Covid di Blok C3 Institut Kesihatan Negara (NIH) Setia Alam pada hari Selasa.

Berita lanjut boleh didapati di pautan di bawah.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157013729311237

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai perkembangan terkini #covid19malaysia akan diadakan pada jam 4.30 petang ini.

Dalam pada itu, KKM ingin mengingatkan kepada anda supaya terus mengamalkan nasihat yang diberikan oleh KKM terutama dari segi penjarakan sosial dan juga penjagaan kebersihan yang tinggi. Elakkan daripada mengunjungi tempat-tempat yang padat dengan orang. Jika tiada kepentingan atau urusan untuk keluar, tolong duduk di rumah sahaja.

Kita masih belum menang, dan semestinya kita tidak mahu tewas di tengah jalan. Jadi tolong patuh kepada nasihat yang diberikan.

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Zon merah kekal 10 mengikut statistik terkini CPRC kebangsaan, 5 Mei.

Negeri zon hijau Perlis, Kedah, Kelantan, Perak dan Pulau Pinang.

Bagi anda yg tidak terlibat sektor dibenarkan beroperasi, teruskan duduk di rumah. Tempat paling selamat.

#COVID19
#StayAtHome
#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
Picture paints a thousand words... frontliners 👏👏👏

- CPRC KKM
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Tahukah anda warga emas merupakan golongan berisiko untuk dijangkiti Covid-19?

Sekiranya anda tergolong dalam kalangan warga emas atau penjaga, ikuti saranan didalam video di atas untuk memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak selamat.

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 6 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 45 (Termasuk 1 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,428

Kes sembuh: 135

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,702

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 22 (Seramai 9 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 107


Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)
- Mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.

- CPRC KKM