CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Ikuti perkembangan terkini #Covid19Malaysia yang akan bersiaran kira-kira jam 4.30 petang.

Sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan juga menjaga tahap kebersihan diri yang tinggi.

#kitamestimenang

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 4 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 55 (Termasuk kes import seramai 7 orang)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,353

Kes sembuh: 71

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,484

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 28 (Seramai 13 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 105


Nasihat berkaitan COVID-19
- Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
- Amalkan penjarakan sosial (sosial distancing)
- Digalakkan penggunaan alat penutup hidung dan mulut (face mask)
- Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan
- Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan.

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Sebanyak 55 kes baru dilapor iaitu:
1. 7 kes import

2. 48 penularan tempatan
-24 kes dari kluster dan lokaliti di bawah PKPD, bermaksud mrk telah disaring dan diasing.
-24 kes PUI/SURVELAN tetapi kebanyakan kes berkait dgn kes PKPD spt kluster pasar borong.

- CPRC KKM
Kadar kesembuhan kes COVID-19 di dunia pada hari ini adalah 32.16% atau 1,128,252 kes berbanding semalam 31.91% atau 1,097,945 kes.

Jumlah kes di dunia sudah mencapai 3.5 juta kes.

- CPRC KKM
Statistik ke baharu positif #COVIDー19 di Malaysia sehingga jam 12pm, 4 Mei.

Sebanyak 55 kes baharu termasuk 7 kes import.

Hanya Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan WP Kuala Lumpur merekodkan kes baharu.

#PKP berkuatkuasa sehingga 12 Mei.

- CPRC KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
**Tips daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menjalani normal baharu untuk memutuskan rantaian COVID-19**

Ramadan Datang Lagi.
Pesan Makanan Secara Dalam Talian.

• Memesan makanan dari peniaga yang dipercayai
• Bayar secara dalam talian
• Jarakkan diri 1 meter dari penghantar makanan
• Sentiasa memakai penutup mulut dah hidung
• Asingkan makanan yang hendak dimakan ketika bersahur ke dalam bekas bertutup
• Simpan makanan yang diasingkan ke dalam peti sejuk
• Panaskan makanan di dalam peti sejuk dengan sempurna
• Pastikan lebihan makanan tidak disimpan di dalam peti sejuk melebihi 3 hari

Sebelum makan, amalkan Lihat, Hidu dan Rasa makanan tersebut.
Mudah bukan? Makanan Selamat, Keluarga Sihat.

**- CPRC KKM**
NEWS FLASH

Kuala Lumpur, Isnin, 4 Mei 2020 - Timbalan Menteri Kesihatan I, YB Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali telah menyantuni petugas-petugas perubatan dan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) hari ini.

Berita lanjut boleh didapati dengan klik pautan di bawah.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157012230916237
NEWS FLASH

Lima negara bilangan kes positif COVID-19 harian yang tinggi ialah negara India (3,767 kes) negara United Kingdom (3,990 kes), negara Brazil (6,018 kes), negara Rusia (10,581 kes) dan negara Amerika Syarikat (20,865 kes).

Negara Belgium pula masih tertinggi kadar kematiannya iaitu 15.76%.

- CPRC KKM
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Amalkan dan budayakan kelaziman/ norma baharu dalam kehidupan seperti:

1. Penjarakan sosial
2. Elakkan Perhimpunan
3. Sentiasa basuh tangan dengan air dan sabun
4. Sangat digalakkan memakai topeng muka dan hidung (Pelitup Muka) di tempat awam

Kepatuhan sosial dan disiplin sosial adalah penting untuk kita memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam komuniti.
Ia adalah tanggungjawab sosial.- KP Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
Siaran langsung perkembangan terkini #covid19malaysia pada hari ini akan bersiaran kira-kira jam 4.30 petang.

Sudahkah anda mendaftar dengan aplikasi MySejahtera?

Aplikasi MySejahtera membolehkan rakyat Malaysia:

1. Mengetahui risiko mereka terhadap COVID-19.
2. Mendapatkan panduan mengenai tindakan yang perlu dilaksanakan sekiranya diklasifikasikan sebagai individu berisiko jangkitan COVID-19.
3. Melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan isi rumah dari semasa ke semasa.
4. Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang COVID-19 di Malaysia dan seluruh dunia.
5. Mengetahui dan mencari 'Hot Spot' COVID-19 di sekitar mereka.

Anda boleh muat turun aplikasi ini di Google Play, App Store, dan AppGallery.

- CPRC KKM