CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Hari ini kes sembuh dunia melebihi 1 juta kes iaitu kira-kira 1/3 daripada jumlah keseluruhan kes dunia.

Negara dengan jangkitan COVID-19 yang tertinggi adalah Amerika Syarikat iaitu 32.83% daripada jumlah kes dunia atau 1,070,032 kes. Terdapat 8 negara dengan kes melebihi 100 ribu termasuk Rusia dan Turki.

Patuhi nasihat KKM dan kekalkan langkah pencegahan COVID-19.

#StrongerTogether
#StayAtHome
#KitaJagaKita
#KitaTeguhKitaMenang

- CPRC KKM
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membolehkan operasi beberapa sektor ekonomi dibuka semula bermula 4 Mei.

9 SOP ini perlu dipatuhi semua pihak terlibat termasuk kita sebagai pengguna.

1. Amalan jarak sosial yg selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter;

2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau
menggunakan hand sanitiser;

3. Penggunaan topeng muka dan hidung (facemask);

4. Saringan kesihatan di pintu masuk premis;

5. Keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU;

6. Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;

7. Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial;

8. Menggalakkan transaksi secara atas talian (online), dan

9. Melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19.

- CPRC KKM
Setakat 1 Mei 2020, kes sembuh dunia melebihi 1 juta kes iaitu kira-kira 1/3 daripada jumlah keseluruhan kes dunia

Negara dengan jangkitan COVID-19 yang tertinggi adalah Amerika Syarikat iaitu 32.83% daripada jumlah kes dunia atau 1,070,032 kes. Terdapat 8 negara dengan kes melebihi 100 ribu termasuk Rusia dan Turki.

Patuhi nasihat KKM dan kekalkan langkah pencegahan COVID-19.

#StrongerTogether
#StayAtHome
#KitaJagaKita
#KitaTeguhKitaMenang

- CPRC KKM
Lapan daerah masih kategori zon merah dan zon hijau terus bertambah kpd 91, mengikut statistik terkini CPRC KKM.

Lembah Pantai dgn kes tertinggi melibatkan kes baru di kawasan-kawasan yg dikenakan PKPD.

Jangan kita alpa. Jika tiada urusan penting Down pointing backhand index
#StayAtHomeSaveLives

- CPRC KKM
Statistik #COVID19 seluruh dunia oleh
@WHO
menunjukkan kes sembuh melebihi 1 juta orang atau 31.5% drpd lebih 3.3 juta pesakit.

Turki dan Rusia kini termasuk antara 10 negara catat kes positif melebihi 100,000.

Virus ini menjangkiti seluruh pelusuk benua kecuali Antartika.

- CPRC KKM
Salah satu sebab kerajaan melaksanakan PKPB bermula Isnin, 4 Mei ini kerana mahu menyelamatkan ekonomi negara dan kehidupan rakyat yang telah kehilangan sumber pendapatan.

Dianggarkan RM2.4 bilion kerugian sehari di Malaysia sejak PKP pertama dikuatkuasakan (18 Mac) dan kerugian sehingga kini dianggarkan sekitar RM63 bilion.

Jika PKP diteruskan dalam tempoh sebulan lagi, Malaysia dijangka kerugian RM35 bilion dan menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion.

Ini sudah tentu memberi kesan sangat besar kepada kesejahteraan rakyat kerana pemulihan ekonomi mengambil masa yang lama.

Dalam mencari jalan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara dan kepentingan membendung wabak COVID-19, maka kerajaan perlu bersetuju untuk melaksanakan PKPB tetapi secara berhati-hati dan terkawal.

Sektor yang dibenarkan beroperasi telah diperhalusi dab mereka perlu bertanggungjawab untuk mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan KKM.

Kejayaan proses pemulihan ini banyak bergantung kepada diri kita sendiri. Tanggung jawab kita sendiri untuk mematuhi semua langkah-langkah pencegahan dan telah membiasakan diri dengan norma-norma baharu dan menjadikannnya sebagai gaya hidup seharian.

Adalah menjadi tanggung jawab kerajaan untuk membebaskan negara daripada virus ini dan masa yang sama memastikan ekonomi terus kukuh.

Tugas kita sebagai rakyat pula ialah mematuhi semua SOP bagi anda yang akan mula bekerja Isnin ini dan jika tidak terlibat, duduklah saja di rumah. Jangan ke sana ke sini. Memutuskan rantaian COVID-19 kini ditangan kita. Laksanakan tanggungjawab kita. Patuhi PKP, jangan ingkar.

- CPRC KKM
Ikuti perkembangan terkini #covid19malaysia yang akan bersiaran kira-kira jam 4.30 petang

Sejak PKP 1 hinggalah ke hari ini, KKM sentiasa menekankan kepentingan menjaga kebersihan diri dan juga amalan penjarakan sosial.

Teruskan amalan ini rakan-rakan sekalian, kerana ini adalah norma baharu kita semua. Mungkin agak kekok di permulaan, tapi admin percaya rakyat Malaysia mampu menyesuaikan diri dengan norma baharu ini.

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 2 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 105

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,176

Kes sembuh: 116

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,326

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 31 (Seramai 12 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 103


Nasihat berkaitan COVID-19
- Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
- Amalkan penjarakan sosial (sosial distancing)

- CPRC KKM
Kenyataan Akhbar KPK 2 Mei 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
BY DG OF HEALTH ON MAY 2, 2020
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 116 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,326 kes (­­­­­70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 2 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 105 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,176 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,747 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan bahawa daripada 105 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 11 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 94 kes, di mana 60 kes telah dikesan dari lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sehingga kini, seramai 31 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 12 kes memerlukan bantuan pernafasan.


https://kpkesihatan.com/2020/05/02/kenyataan-akhbar-kpk-2-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/