CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Ikuti perkembangan terkini #Covid19Malaysia yang akan bersiaran kira-kira jam 4.30 petang ini

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 30 APRIL 2020

Kes baharu dilaporkan: 57

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,002

Kes sembuh: 84

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,171

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 37 (Seramai 15 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 2

Jumlah keseluruhan kematian: 102

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Statistik terbaru dikeluarkan #WHO menunjukkan lebih 3.2 juta org dijangkiti #COVIDー19 (32% di AS) dan kematian global pula 228K.

Kadar kematian tertinggi ialah #UK dgn 15.72% atau lebih 26K kematian drpd 166K kes keseluruhan.

#Malaysia baru saja memasuki fasa pemulihan. Sama-sama kita berusaha membendung wabak COVID-19 dengan mengamalkan Penjarakan Sosial, amalkan tahap kebersihan yang tinggi dan #DudukRumah

- CPRC KKM
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 30 April 2020

- CPRC KKM
Teks Perutusan Khas YAB PM Sempena Hari Pekerja 2020
ELAKKAN 3CA, AMALKAN 3W

Perang Covid-19 belum tamat lagi. Kita semua dengan mudah boleh dijangkiti jika tidak berhati-hati.

Oleh itu, dalam mengawal penularan Covid-19 di tempat kerja, anda diminta untuk menjalani kehidupan mengikut norma baharu seperti yang disarankan oleh KKM.

ELAKKAN 3C iaitu Crowded places, Confined spaces dan Close conversation.

AMALKAN 3W iaitu Wash, Wear dan Warn.

Sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan juga tahap kebersihan diri yang tinggi.

#covid19malaysia
#kitamestimenang
#kitateguhkitamenang
#breakthechain

- CPRC KKM
Warga kerja KKM mengucapkan Selamat Menyambut #HariPekerja kepada seluruh pekerja di Malaysia

Tema tahun ini 'Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu' adalah berkait rapat pandemik #COVID19 yang melanda seluruh dunia.

Jadikan norma baharu amalan hidup seharian kita.

- CPRC KKM