CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kenyataan Akhbar KPK 28 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 75 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,032 kes (­­68.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 28 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 31 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,851 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,719 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 17 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 100 kes (1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/…/kenyataan-akhbar-kpk-28-april-20…/
Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia

Terdapat 7 negara yang mempunyai jumlah kes melebihi 100,000 kes iaitu Turki, United Kingdom, Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol dan Amerika Syarikat dengan jumlah kadar peratusan untuk ketujuh-tujuh negara tersebut adalah 65.98% daripada jumlah keseluruhan kes di dunia.

Negara Belgium masih lagi mencatat peratusan kematian yang tinggi iaitu 15.44% bagi negara yang mempunyai kes melebihi 250 kes.

- CPRC KKM
Daerah zon merah kekal sebanyak 12 mengikut statistik terbaru sehingga 12pm, 28 April.

Selepas Perlis, Kelantan negeri terbaharu zon hijau tetapi belum boleh diisytihar bebas #COVID19.

Zon hijau terus bertambah kpd 85.

Kita belum selamat, terus patuhi PKP.

- CPRC KKM
Ikuti laporan terkini perkembangan #COVID19 di Malaysia pada jam 4.30pm ini.

#StayAtHome
#KitaTeguhKitaMenang
#Malaysia

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 29 APRIL 2020

Kes baharu dilaporkan: 94

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 5,945

Kes sembuh: 55

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,087

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 40 (Seramai 18 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 100

- CPRC KKM
Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia.

Kadar peratusan kes tertinggi adalah 32.48%, dari negara Amerika Syarikat dimana jumlah kes di negara tersebut melebihi 1 juta hari ini.

Kadar kes kematian yang tertinggi masih lagi negara Belgium dengan 15.49%.
The government has given some leeway to the SOP of phase four of the #MovementControlOrder (MCO) by allowing two people to travel in one vehicle, beginning April 29.

They must be:
1. People from one family living in the same house and
2. The movement is to buy food and daily essential items OR
3. To seek healthcare or medical services outside a 10-kilometre radius if the items or services are not available within 10 km of the individual’s home.

This regulations has been gazetted and enforced from April 29, 2020 until May 12, 2020.

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Dr Adham Baba telah mengadakan lawatan ke Kg Sg Lui, Hulu Langat, pada petang Rabu

Beliau turut melawat sebuah rumah di Kg Paya Lebar, Sg Lui yang telah tamat PKPD dan menyerahkan sumbangan kepada ketua keluarga rumah berkenaan. Turut hadir, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Tuan Rabin Basir, Pengarah JKN Selangor, Datuk Indera Dr Sha'ari Ngadiman dan wakil PDRM, ATM serta APM.

Sebelum ini, Maahad Tahfiz An-Nabawiyah dan sebuah rumah dilapor telah dilanjutkan PKPD selama dua minggu yg berakhir pada 28 April 2020.

#kitamestimenang
#covid19malaysia

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Dengan kadar peratusan kes 32.55%, negara Amerika Syarikat masih mempunyai bilangan kes yang tertinggi. Negara Rusia pula pada bila-bila masa kes negara itu akan mencecah kepada 100,000 kes.

Dengan kadar peratusan kematian 15.72%, negara United Kingdom merupakan negara tertinggi bagi kadar kematian berbanding sebelum ini adalah negara Belgium.

- CPRC KKM