CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Mengambil iktibar daripada penyebaran jangkitan #COVID19 dalam Kluster Pengerang dan Sub-kluster Rembau, masyarakat diminta untuk kekal patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan elak daripada melakukan sebarang aktiviti kunjung mengunjung ke rumah rakan dan sanak saudara.

Ini termasuk perjalanan merentas negeri, daerah dan mukim atau menghadiri perhimpunan besar-
besaran (termasuk majlis keagamaan dan majlis keraian).

KKM khuatir aktiviti seperti ini yang sememangnya telah menjadi kelaziman rakyat Malaysia, akan mengakibatkan penularan jangkitan #COVID19 di kalangan ahli keluarga terutama golongan warga emas dan kanak-kanak.

Umat Islam di negara ini diseru
menggunakan peluang
#Ramadan yang bakal menjelma menjalankan aktiviti dan amalan keagamaan di rumah.

- CPRC KKM