CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Terdapat penambahan zon merah menjadi kepada 29 mengikut statistik terbaru sehingga 12pm, 17 April

Daerah terbaharu zon merah ialah Kulai di Johor.

Terus patuhi PKP, duduk di rumah, penjarakan sosial termasuk di tempat kerja dan kerap basuh tangan.

#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
Amalkan langkah-langkah pencegahan ini untuk memastikan anda dan keluarga tersayang bebas daripada dijangkiti #COVID19.

#BreakTheChain
#StayAtHome
Ikuti perkembangan terkini COVID-19 yang akan bersiaran langsung kira-kira jam 5.00 petang.

-CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 18 APRIL 2020

Kes baharu dilaporkan: 54

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 5,305

Kes sembuh: 135

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 3,102

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 49 (Seramai 26 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 2

Jumlah keseluruhan kematian: 88

- CPRC KKM
Statistik terkini 31 kluster #COVID19 di Malaysia sehingga 12pm, 18 April

PKP/PKPD berupaya memutuskan rantaian #COVID19 dan jangkitan dalam kalangan kluster dapat dikawal sekaligus mempercepatkan proses pemulihan.

We are flattening the curve but still in an uphill battle.

- CPRC KKM
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
Photo
Muat turun aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan analisa kes-kes COVID19 yang terkini.

- CPRC KKM
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
Photo
Download MySejahtera to obtain latest COVID19 analytics.

- CPRC KKM
Salam sejahtera dan salam hormat!

Sudahkah anda memuat turun aplikasi mobil MySejahtera?

Antara fungsi MySejahtera adalah:

1. Mengetahui risiko anda terhadap jangkitan COVID19.
2. Melakukan pemeriksaan kendiri dari masa ke semasa.
3. Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang COVID19 di Malaysia dan dunia.
4. Mengetahui dan mencari hotspot COVID19 di sekitar anda.

Pengguna yang pernah berdaftar, anda perlu mengemas kini (update) aplikasi ini untuk menikmati ciri-ciri terbaru.

Pengguna-pengguna baru kini boleh muat turun dan mendaftar melalui aplikasi tersebut.

Ini adalah aplikasi rasmi untuk tujuan menghentikan penyebaran Covid-19 oleh Kerajaan Malaysia.

Marilah bersama kita membanteras penularan wabak COVID19 melalui teknologi!


IOS:

https://apps.apple.com/my/app/mysejahtera/id1504055630

Android:

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera

Huawei :

https://appgallery.cloud.huawei.com/marketshare/app/C101930603?locale=en_GB&source=appshare&subsource=C101930603