CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kota Bahru, Isnin, 13/4/2020 - Timbalan Menteri Kesihatan I (TMK I), YB Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali telah mengadakan lawatan kerja di Bilik Gerakan CPRC, Jabatan Kesihatan Negeri, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Hospital Tumpat (HT), Makmal Kesihatan Awam (MKA) Kota Bahru dan Klinik Kesihatan Kota Jembal (KKKJ) di sini hari ini.

Berita lanjut di laman Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10156930010061237
Adapting to the “new normal”.

Pada petang tadi, Mesyuarat Khas Ketua Pengarah Kesihatan telah buat julung kalinya telah dijalankan secara atas talian bersama Pengarah-pengarah Bahagian, Institusi dan Kesihatan Negeri dari seluruh negara. Berbeza dengan siri Mesyuarat Khas KPK yang lalu, agenda pada hari ini telah tertumpu sepenuhnya untuk menambahbaik penyelarasan tindakan pengawalan wabak COVID-19 di semua peringkat dan negeri.

Berita lanjut di laman Facebook Rasmi Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

https://www.facebook.com/DGHisham/posts/3204034472953752
#COVID19 Pecahan kes mengikut daerah yang terkini sehingga 12pm, 13 April.

Daerah zon merah kekal 26 dan zon hijau 29.

Hari terakhir PKP fasa kedua dan esok bermula PKP fasa ketiga sehingga 28 April.

Terus duduk di rumah, penjarakan sosial dan kerap cuci tangan.

- CPRC KKM
Ikuti perkembangan terkini #COVID19 di Malaysia jam 5PM ini.

Pautan FB KKM seperti di bawah.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/

- CPRC KKM
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 14 APRIL 2020:

Kes dilaporkan: 170

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 4,987

Kes sembuh: 202

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 2,478

Jumlah keseluruhan kes di ICU : 60 (Seramai 33 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 5

Jumlah keseluruhan kematian: 82

- CPRC KKM
Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia.

Jumlah keseluruhan kes di dunia hampir menghampiri 2 juta kes.

- CPRC KKM