CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Statistik COVID-19 seluruh negara di dunia.

Jumlah kes COVID-19 bagi negara Amerika Syarikat adalah 29.8 % dari jumlah kes keseluruhan di dunia.

Kadar peratusan kematian yang tertinggi adalah 12.8% bagi negara Itali.

Kes COVID-19 di dunia telah mula menghampiri ke angka 2 juta.

- CPRC KKM
#COVID19 Stay healthy at home!

Avoid or reduce alcohol consumption.

Alcohol can weaken your immune system and should be avoided, particularly during self quarantine.

World Health Organization (WHO)

- CPRC KKM
Kenapa kita perlu terus duduk di rumah?

Ini bagi mengelak kita dijangkiti korona virus 19 dan menjangkiti orang lain dan seterusnya memutuskan rantaian.

Bila rantaian jangkitan terputus, lebih mudah untuk KKM mengawal dan meminimakan jangkitan dan akhirnya negara kita bebas daripada #COVID19.

Betul tak Upin dan Ipin?

Terima kasih Les' Copaque Production Sdn. Bhd.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/559452308023235/?t=0
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 13.4.2020:

Kes dilaporkan: 134

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 4,817

Kes sembuh: 168

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 2,276

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 66

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 77

- CPRC KKM
PEMAKLUMAN RALAT

Merujuk kepada sidang akhbar Ketua Pengarah Kesihatan pada 5:30 petang 13 April 2020, adalah dimaklumkan bahawa telah berlaku sedikit ralat. Kes kematian ke-77 (kes ke-2797) adalah merupakan kontak rapat kepada kes indeks (iaitu kes ke-703). Ini bermakna kes ke-2797 tersebut bukan merupakan kes indeks dan tidak menyertai perhimpunan di Seri Petaling.

KKM mengucapkan takziah dan memohon maaf kepada ahli keluarga arwah.

‎اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْن َ
Statistik COVID-19 seluruh negara di dunia.

Kadar peratusan jumlah kes tertinggi adalah 30.07% dari negara Amerika Syarikat.

Manakala kadar peratusan kematian tertinggi adalah 12.73% dari negara Itali.

- CPRC KKM
Kota Bahru, Isnin, 13/4/2020 - Timbalan Menteri Kesihatan I (TMK I), YB Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali telah mengadakan lawatan kerja di Bilik Gerakan CPRC, Jabatan Kesihatan Negeri, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Hospital Tumpat (HT), Makmal Kesihatan Awam (MKA) Kota Bahru dan Klinik Kesihatan Kota Jembal (KKKJ) di sini hari ini.

Berita lanjut di laman Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10156930010061237
Adapting to the “new normal”.

Pada petang tadi, Mesyuarat Khas Ketua Pengarah Kesihatan telah buat julung kalinya telah dijalankan secara atas talian bersama Pengarah-pengarah Bahagian, Institusi dan Kesihatan Negeri dari seluruh negara. Berbeza dengan siri Mesyuarat Khas KPK yang lalu, agenda pada hari ini telah tertumpu sepenuhnya untuk menambahbaik penyelarasan tindakan pengawalan wabak COVID-19 di semua peringkat dan negeri.

Berita lanjut di laman Facebook Rasmi Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

https://www.facebook.com/DGHisham/posts/3204034472953752
#COVID19 Pecahan kes mengikut daerah yang terkini sehingga 12pm, 13 April.

Daerah zon merah kekal 26 dan zon hijau 29.

Hari terakhir PKP fasa kedua dan esok bermula PKP fasa ketiga sehingga 28 April.

Terus duduk di rumah, penjarakan sosial dan kerap cuci tangan.

- CPRC KKM
Ikuti perkembangan terkini #COVID19 di Malaysia jam 5PM ini.

Pautan FB KKM seperti di bawah.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/

- CPRC KKM