CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kuantan, 6 April 2020 -Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, telah meneruskan siri lawatan beliau ke Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (HTAA) dan Hospital Pekan, Pahang di sini hari ini.

Sila klik pautan di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut dari Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10156906140721237?__tn__=K-R0.g
#COVID19Malaysia Dua kluster yg berkait rapat dengan perhimpunan besar-besaran.
1. Persidangan keagamaan di Kuching selama 3 hari. 83 org positif (2 kematian, 5 ICU, 50 sedang dirawat, 25 di pusat kuarantin dan 1 sembuh).
2. Majlis perkahwinan di BB Bangi. 88 kes positif.

- CPRC KKM
HARI INI DALAM SEJARAH
6 APRIL 2020

Bilangan pesakit discaj paling tinggi direkodkan setakat ini iaitu 236 kes.

Ini menjadikan 1,241 pesakit telah sembuh dan discaj atau 33% daripada jumlah keseluruhan kes.

Ayuh Malaysia, sama-sama kita bantu memutuskan rantaian wabak COVID-19 kerana #KitaMestiMenang !

#KitaJagaKita
#DudukRumah

- CPRC KKM
Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia, 6 April 2020.

Negara Amerika Syarikat terus menjadi negara yang mempunyai bilangan kes yang tertinggi di dunia dengan kadar peratus 26.5% daripada jumlah kes seluruh dunia.

Peratus kadar kematian yang tertinggi di dunia ialah 12.32% dari negara Itali.

- CPRC KKM
Terdapat pertambahan zon merah menjadi 21, berdasarkan statistik terkini sehingga 12pm, 6 April.

Daerah baru zon merah ialah Putrajaya, Jasin dan Rembau.

Duduk di rumah, penjarakan sosial dan tingkatkan penjagaan kesihatan diri.

#COVID19

- CPRC KKM
7 April 2020 - Ucapan YB Menteri Kesihatan sempena Hari Kesihatan Sedunia.

Stronger together. Kita Mesti Menang!
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 7.4.2020:

Kes dilaporkan: 170

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 3,963

Kes sembuh: 80

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 1,321

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 92

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 63

- CPRC KKM