CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan satu (1) kematian pada 22 Mac 2020, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 10 kes.

Kes kematian kesepuluh seorang lelaki berumur 74 tahun dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pd 13 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meningga dunia pd jam 4.05pm.

- KPK KKM
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 22.3.2020:

Kes dilaporkan: 123

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 1307

Kes sembuh: 25

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 139

Jumlah kes di ICU: 22

Jumlah kematian: 2

Jumlah keseluruhan kematian: 10

Kes yang masih di hospital menerima rawatan:

- CPRC KKM
LAPORAN MAKLUM BALAS
PENULARAN BERITA BERKENAAN PENINGKATAN BILANGAN KES POSITIF COVID-19 DI KALANGAN DOKTOR DAN GANGGUAN OPERASI HARIAN DI HOSPITAL TELUK INTAN

Hospital Teluk Intan sedia maklum mengenai penularan berita baru-baru ini menerusi media sosial seperti Facebook dan Whatsapp yang menyatakan terdapat peningkatan bilangan kes positif Covid-19 di kalangan doktor sehingga menyebabkan operasi harian di Hospital Teluk Intan terganggu.

Dimaklumkan bahawa beberapa kakitangan perubatan telah disahkan positif Covid -19. Walaubagaimanapun, langkah-langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil dengan segera serta pemantauan rapi dilaksanakan secara berterusan.

Pihak Pengurusan Hospital Teluk Intan telah mengambil tindakan pengawalan yang rapi dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak serta tindakan pencegahan untuk meminimumkan exposure terhadap kakitangan hospital telah menjadi aktiviti utama sejak kes pertama jangkitan positif Covid-19 dikenalpasti.

Orang ramai digesa agar tidak menularkan sebarang berita yang tiada kesahihan kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai.

Sebarang maklumat berkenaan Covid-19 hendaklah merujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel [email protected].
Sekian, terima kasih.

- KPK KKM
Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak sebelas (11) orang setakat ini.

Kes kematian kesebelas ini (kes ke-1070) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan Februari 2020. KKM juga dimaklumkan bahawa beliau merupakan Pengerusi surau kawasan setempat beliau.

Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada 18 Mac 2020. Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kesihatannya merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020 jam 9.05 malam.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

KP KKM
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 23.3.2020:

Kes dilaporkan: 212

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 1518

Kes sembuh: 20

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 159

Jumlah kes di ICU: 57

Jumlah kematian: 14

Kes yang masih di hospital menerima rawatan: 1345

- CPRC KKM
#COVID-19

DEMI RAKYAT DAN NEGARA, SELURUH JIWA RAGA MEREKA PERTARUHKAN

Inilah wajah-wajah mereka yang sedang berjuang di barisan hadapan.

Seperti kalian, mereka juga mempunyai anak, ibu, bapa, suami atau isteri yang setia menunggu kepulangan di rumah.

Namun dalam keadaan genting ini, rakyat dan negara menjadi keutamaan. Meskipun paling berisiko dijangkiti virus, tidak sedikitpun mereka mengeluh, apatah lagi mempersoalkan tanggungjawab yang terpikul di bahu.

Langkah pencegahan telah diambil dan selebihnya diserahkan kepada Sang Pencipta untuk berlindung. Misi mereka hanya satu - pecahkan rantaian dan hapuskan COVID-19 agar masyarakat dan negara dapat kembali aman dan sejahtera seperti biasa.

Apa pula yang kalian perlu lakukan?

Duduklah di dalam rumah dan amalkan kebersihan diri serta ahli keluarga. Itu sahaja pengorbanan anda yang mereka harapkan. Hanya itu sahaja!

Bantu dan berikanlah sepenuh kerjasama kepada para petugas barisan hadapan demi kesejahteraan kita semua. Bantulah mereka wahai rakyat...

- Sumber MKN
Untuk makluman, ujian makmal yang dijalankan di makmal fasiliti kesihatan kerajaan bagi mengesan jangkitan COVID-19 adalah dengan menggunakan teknik Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR). Ujian rRT-PCR yang dijalankan akan mengesan kehadiran virus COVID-19 yang terdapat di dalam badan pesakit.

Manakala ujian melalui teknik rapid test kit (RTK) yang kini terdapat di pasaran adalah bagi mengesan antibodi yang terhasil di dalam badan akibat jangkitan yang dialami. Antibodi muncul di dalam badan sekitar 5-8 hari selepas jangkitan. Ujian RTK yang mengesan antibodi tidak dapat mengesan virus dan membuat pengesahan pantas jangkitan. Ini menyebabkan ia tidak dapat membantu dalam pengesanan awal kes COVID-19. Justeru, ujian RTK yang mengesan antibodi tidak disarankan untuk tujuan diagnosa COVID-19.

KKM menggesa orang ramai untuk tidak menjalani ujian RTK dengan sewenang-wenangnya tanpa mendapat khidmat nasihat dari Pengamal Perubatan, kerana ia berpotensi untuk menimbulkan salah tafsir dan keresahan terhadap keputusan ujian yang diperolehi. - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah