CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.
Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.
🎇🌇Seseorang yang melakukan aktiviti fizikal berpotensi untuk mengalami kehilangan cecair badan melalui proses perpeluhan.
Selain itu, melakukan aktiviti fizikal di luar bangunan akan mendedahkan seseorang kepada pancaran matahari dan meningkatkan risiko strok haba.
Oleh itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak-anak semasa musim panas. Jangan biarkan anak-anak bermain di bawah panas terik untuk mengurangkan risiko kehilangan air bagi mengelakkan dehidrasi.
Obor-obor merupakan haiwan yang tidak bertulang dan beberapa spesies boleh menyebabkan sengatan bisa yang mungkin mengakibatkan alahan teruk serta kematian.

Sengatan bisa boleh terjadi melalui sentuhan daripada sesungut yang mempunyai pundi bisa mengandungi racun dipanggil sebagai ‘nematosit’.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah pencegahan agar tidak mandi atau bermain air di kawasan yang terdapat spesies obor-obor berbahaya.

#ANMS #sihatmilikku
🩸Orang ramai diminta untuk tampil menderma darah di Pusat Darah Negara dan Tabung Darah seluruh negara.
Layari Facebook Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Tabung Darah Negeri untuk maklumat lanjut.
Bantu kami dengan menderma darah.👌🇲🇾
#darahtakpernahcuti
SAKSIKAN "Perspektif Pakar" terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia yang membincangkan isu- isu semasa kesihatan dengan mengetengahkan topik arus perdana yang menjadi perhatian umum.

Ikuti kami 1:00 petang ini, 7 Mac 2024
Episod 1 : "CUACA PANAS: APA YANG HARUS KITA LAKUKAN"

Jom kita saksikan.
Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37°c untuk 3 hari berturut-turut.
Gelombang haba boleh menyebabkan kemarau dan kebakaran hutan. Elakkan pembakaran terbuka dan simpan bekalan air secukupnya.
Jaga kesihatan dengan minum air secukupnya, hadkan aktiviti luar, pakai pakaian yang selesa, sesuai dan mudah menyerap peluh.
#ANMS #sihatmilikku
🌙🌙Bersempena dengan bulan Ramadan, penjualan juadah makanan di bazar ramadan dan pelbagai premis makanan sememangnya menjadi aktiviti yang sangat dinanti-nanti oleh semua peringkat masyarakat di negara ini.
👨👨👧👧 Ramai yang akan berkunjung ke bazar ramadan dan premis-premis makanan di seluruh negara untuk membeli pelbagai jenis juadah makanan
.🍭🍮🍰
Sebarang aduan keselamatan makanan, hubungi Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau KKM melalui sila layari laman web http://moh.spab.gov.my
Ramadan Kareem merupakan bulan yang membawa berkah dan membawa erti seribu nikmat yang istimewa oleh Allah SWT kepada hambaNya dalam usaha memperteguhkan iman dan amal sebagai kewajipan sebagai muslim.

Jalani ibadah ini dengan penuh ketenangan dan taqwa disamping meningkatkan kualiti kesihatan dengan amalan berpuasa.

Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam di Malaysia.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia
Nasihat Keselamatan Makanan Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak
🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain (nyamuk infektif). Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.
Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan denggi dengan menghapuskan tempat pembiakan demi menghapuskan demam denggi . Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi. Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa
Rakyat Malaysia sering menjadikan bazar ramadan sebagai tempat untuk membeli makanan juadah pilihan kesukaan keluarga untuk berbuka puasa.
Namun , pengguna harus mempertimbangkan beberapa ciri keselamatan pemilihan makanan sepanjang ramadan ini ketika mengunjungi bazar ramadan dengan mengamalkan konsep “Perhati” dan “Pilih” serta “Lihat, Hidu dan Rasa” sebagai langkah untuk mengelakkan keracunan makanan yang boleh mengundang bahaya.
“KESELAMATAN MAKANAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
Lindungi anak anda daripada cuaca panas.

Awas! Jika anak anda menunjukkan gejala seperti demam, lesu, pernafasan tidak normal dan sawan, dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama