CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kini, bilangan kes demam denggi dalam jarak 200 meter serta status wabak satu kawasan dapat diakses melalui aplikasi iDengue atau pautan laman sesawang iDengue di https://idengue.mysa.gov.my/

Pelbagai informasi termasuk bahan pendidikan kesihatan berkenaan denggi juga terdapat dalam aplikasi dan laman sesawang iDengue.

Oleh itu, Setiap lapisan masyarakat perlu bertanggungjawab dan bertindak proaktif dalam usaha membantu mengurangkan kejadian kes demam denggi yang sedang meningkat.

"𝑨𝒎𝒃𝒊𝒍 𝒑𝒆𝒅𝒖𝒍𝒊! 𝒏𝒚𝒂𝒎𝒖𝒌 𝑨𝒆𝒅𝒆𝒔 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒆𝒏𝒂𝒍 𝒎𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂"
𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐓

Antara tempat yang paling berbahaya ketika banjir adalah di kawasan talian elektrik telah jatuh.

Orang ramai yang berada di kawasan yang terjejas akibat banjir dinasihatkan agar tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau mana- mana pepasangan elektrik yang rosak.

Untuk sebarang isu berkaitan tiang elektrik sila hubungi TNB Careline 15454 untuk melapor.

𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐩𝐚 𝐣𝐮𝐚 𝐬𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢, 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐰𝐚.
Kes COVID-19 semakin meningkat kebelakangan ini. Sentiasa memakai pelitup muka terutamanya bagi yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak terutamanya kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, individu komorbid, individu imuniti rendah dan ibu hamil.

Ikut Tip pemakaian penutup mulut dan hidung ini supaya pemakaiannya betul-betul melindungi anda.

Ingat ya! Jangan buang merata-rata. Pastikan ia dilupuskan dengan cara yang betul.

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut bermula pada bulan November 2023 - Mac 2024.

Sehubungan itu, pelbagai jenis bekas yang terdiri daripada bahan buangan, sampah bekas makanan/minuman dan barang lusuh berpotensi menakung air.

Oleh itu, semua lapisan masyarakat perlu bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran bagi menghindari Demam Denggi.
Kes positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan atau isolasi selama lima (5) hari dari tarikh bermula gejala. Kes juga dinasihati untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah, elak berada di tempat yang sesak, dan elak melawat kumpulan berisiko tinggi sehingga hari ke-10.
Selain itu, kontak rapat kepada kes COVID-19 digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema, melakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK (Ag) kendiri serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan Sistem Amaran Awal (Heightened Alert System, HAS) bagi tujuan pengukuhan kesiapsiagaan menghadapi situasi COVID-19 dalam negara. Tiga indikator digunakan iaitu Transmisi COVID-19, Pengendalian Kes dan Kapasiti Hospital untuk Respon.
Indikator pertama melihat kepada bilangan kes bagi setiap 100,000 penduduk. Indikator kedua menilai tahap keterukan kes iaitu kadar kematian kes. Manakala indikator ketiga dikira daripada kadar kemasukan ke hospital bagi setiap 100,000 penduduk.
Dengan HAS ini, KKM dapat membuat perancangan sumber-sumber yang diperlukan, mengikut tahap amaran tinggi, sederhana dan rendah.
Sudahkan anda mengambil dos penggalak vaksin COVID19?
Tempah slot janji temu vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan berdekatan dengan anda untuk memastikan perlindungan terbaik melawan COVID-19.
Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk mendapatkan notifikasi dari MySejahtera
________
Have you taken the COVID-19 vaccine booster dose?
Book your slot for the COVID-19 vaccine at your nearest Klinik Kesihatan for better protection against COVID-19.
Please follow the steps below to turn on notifications from MySejahtera
#MySejahtera#AplikasiKesihatanAwam#BersamahentikanwabakCOVID19#perangiCOVID19
Kanser paru-paru adalah yang kedua tertinggi di Malaysia dan dalam kalangan lelaki. Segera berjumpa doktor dan jalani pemeriksaan sekiranya mengalami.
Pengesanan awal ini mampu mengurangkan keterukan penyakit dan kematian akibat kanser.
Basuh tangan dengan sempurna menggunakan air dan sabun.

Dikongsikan 7️⃣ langkah mencuci tangan dengan betul.

Biasakan yang betul, tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih.

✔️ Amalkan membasuh tangan dengan betul. Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit berjangkit termasuk penyakit Influenza, HFMD dan COVID-19.
Amalan pemakaian pelitup muka masih perlu diteruskan oleh setiap individu dalam fasa peralihan ke endemik. Ini adalah bagi memberi perlindungan kepada golongan berisiko tinggi 😷

Pemakaian pelitup muka yang betul adalah dengan pelitup muka menutup hidung dan mulut sepenuhnya. Namun masih terdapat dalam kalangan kita yang memakai pelitup muka dengan cara yang salah.

Oleh itu, KKM ingin menyeru orang ramai supaya tidak leka dan terus memakai pelitup muka dengan betul kerana virus SARS-CoV-2 ini mudah merebak melalui titisan cecair atau titisan saluran pernafasan.

Saling menegur secara berhemah sekiranya terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka apabila bergejala atau memakainya dengan tidak betul.

Lakukan amalan solidariti ini bagi kebaikan bersama.
⚠️Segera dapatkan rawatan daripada pasukan perubatan di Pusat Pemindahan Sementara Banjir sekiranya anda mengalami gejala seperti demam, batuk, cirit- birit dan sebagainya bagi mengelak penularan penyakit berjangkit bawaan air dan makanan di musim banjir.
“𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑”