CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Jun dan sehingga kini sudah 28 kematian akibat denggi. Kalau Disember nanti berapa pula kematian.

Ayuhlah kawan-kawan kita banteras Aedes agar kematian akibat denggi ini dapat kita kurangkan.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jika anda digigit, dicakar atau terkena air liur haiwan, cuci bahagian tubuh yang digigit dengan air mengalir dan sabun selama 15 minit.

Pastikan vaksin anti-rabies lengkap berdasarkan jadual janji temu yang diberi oleh doktor.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tip dan perkara yang boleh dilakukan untuk memberi keselesaan ketika musim panas

Rancang perjalanan, elak keluar pada waktu panas puncak
Pakai pakaian longgar dan berwarna cerah sekiranya perlu keluar
Banyakkan minum air kosong

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Penjagaan Kesihatan Bakal Haji

Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Azah binti Abdul Samad, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Cegah Rabies.

Walaupun satu luka, perlukan tindakan segera.

Dapatkan rawatan jika digigit atau dicakar haiwan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pihak sekolah digalakkan untuk melakukan saringan gejala (gatekeeping) di pintu masuk bagi mengawal jangkitan HFMD di kalangan kanak-kanak.

Pastikan anak-anak murid yang sihat sahaja dibenarkan hadir ke kelas. Perhatikan tanda dan gejala pada anak-anak.

Cegah HFMD, Terus Waspada.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media
Kementerian Kesihatan Malaysia
25 Mei 2023

MAKLUMAN PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL
Cegah HFMD.

Kerap cuci permainan dan peralatan anak anda dengan larutan campuran klorin.

Larang anak anda daripada memasukkan mainan atau objek ke dalam mulut.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tindakan Ibu Bapa bagi Mengelakkan Kanak-kanak Terkena Strok Haba.

Gejala seperti kelesuan, hilang tumpuan, marah dan tantrum adalah antara perubahan tingkah laku anak yang perlu diambil perhatian ketika cuaca panas.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cegah Rabies.

Elak menyentuh haiwan liar termasuk anjing dan kucing liar sama ada hidup atau mati.

Dapatkan rawatan jika digigit atau dicakar haiwan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cegah HFMD.

Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan.

Amalkan 7 langkah cuci tangan dengan betul.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Penjagaan Kesihatan Bakal Haji

Tahniah buat tetamu Allah yang dijemput menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Tapi jangan lupa membuat persediaan secukupnya bagi memastikan ibadah haji dapat ditunaikan dengan sempurna.

https://fb.watch/kLL6DjNkSV/?mibextid=Nif5oz
Hai adik-adik. Seronok kan cuti sekolah, tapi sebelum bercuti tu pastikan adik dan kawan-kawan melakukan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran sekolah. Barulah boleh bercuti dengan gembira.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#Cari Dan Musnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kini bakal Jemaah Haji boleh semak paparan sijil vaksinasi digital melalui Mysejahtera sekiranya telah selesai pemeriksaan di fasiliti kesihatan yang menggunakan sistem MyVas.

#AplikasiKesihatanAwam
#GerbangKesejahteraanDigitalAnda
#MySejahtera
❗️🇲🇾Pada tahun 2023, sehingga Minggu Epidemiologi (ME19) iaitu sehingga 13 Mei 2023, sebanyak 9,822 kes dilaporkan. Walaupun ia lebih rendah berbanding kes yang dilaporkan pada tahun 2022 bagi tempoh sama iaitu 31,622 tetapi terdapat peningkatan kes HFMD dikesan bermula pada ME 18/2023 (tempoh 30 April hingga 6 Mei 2023) melepasi paras purata kebangsaan iaitu 722 kes seminggu . Pada ME 19/2023 (tempoh 7 hingga 13 Mei 2023) pula, bilangan kes telah melebihi paras amaran (alert) kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu.

KKM akan terus menjalankan langkah pencegahan dan kawalan penyakit HFMD. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai HFMD di portal MyHealth.
Basuh tangan dengan sempurna menggunakan air dan sabun.

Dikongsikan 7️⃣ langkah mencuci tangan dengan betul.

Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih.

Amalkan membasuh tangan dengan betul.
Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit berjangkit termasuk penyakit Influenza, HFMD dan COVID-19.