CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 Di Malaysia Bagi Minggu Epidemiologi Ke - 17 / 2023 (23 April 2023 – 29 April 2023)
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan situasi semasa kes pertusis (batuk kokol ) di Malaysia.

Bilangan kes pertusis di Malaysia telah menurun dengan mendadak pada tahun 2020 hingga 2021 semasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Sehingga 28 April 2023 pada tahun ini, sebanyak 132 kes pertusis dengan dua kematian dilaporkan di seluruh Malaysia.

Jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun lepas, sebanyak 495 kes dicatatkan (penurunan sebanyak 73.3%).

Orang awam disarankan untuk berwaspada terhadap jangkitan batuk kokol dengan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.
Awasi anak anda semasa cuaca panas.
Pastikan mereka 👦👧

👉 Tidak bermain di luar semasa panas terik ☀️.
👉 Kerap minum air kosong 🥤.
👉 Gunakan payung ☂️ / topi 🧢 ketika berada di luar.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🦟Sempena cuti panjang dan cuti hujung minggu, semua pihak perlu memastikan kawasan rumah bebas dari bekas-bekas yang boleh menakung air dan menjadi tempat nyamuk Aedes membiak.

🩺Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat jika mengalami gejala denggi yang berupa demam tinggi, sakit otot/ sendi, sakit kepala, pening serta sakit pada belakang mata.
Strok haba berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal suhu secara normal mengakibatkan kenaikan suhu badan mendadak dan kegagalan berpeluh.

Kunjungi pusat rawatan kesihatan untuk pemeriksaan sekiranya anda mengalami simptom yang berkenaan. Jaga diri, jaga keluarga dan masyarakat.

#MalaysiaMadani #DRZ #KKM
Ketika terdedah kepada cuaca panas, seseorang individu berisiko mengalami kehilangan cecair tubuh seterusnya mengakibatkan dehidrasi.

Kehilangan cecair tubuh boleh mengakibatkan keletihan, sakit kepala, sembelit dan kulit kering.

Dehidrasi yang melampau boleh mengakibatkan tekanan darah rendah, sawan, pengsan dan kerosakan buah pinggang.

Orang ramai dinasihatkan untuk memastikan pengambilan air kosong yang cukup untuk menghindari daripada penyahhidratan yang memberi kesan terhadap kesihatan khasnya ketika menghadapi keadaan cuaca panas.
Kenyataan Media Menteri Kesihatan Malaysia

Status Public Health Emergency Of International Concern (PHEIC) Bagi COVID-19 Oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
KKM sedang membuat semakan semula dan mengemaskini garis panduan COVID-19 dengan merujuk kepada kenyataan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan transisi pengurusan jangka masa panjang pandemik COVID-19.

#DrZ #KKM #MalaysiaMadani 🇲🇾

Sumber: FB Dr Zaliha Mustafa
Thalassaemia ialah penyakit genetik sel darah merah di mana pesakit tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi.

🩸Hari Thalassaemia Sedunia disambut pada 8 Mei setiap tahun dengan memberi peluang kepada kita semua untuk menghargai para pesakit Thalassaemia sebagai tanda sokongan berterusan kepada mereka demi menjalani rutin harian yang lebih indah pada hari mendatang.

🩸Setiap daripada kita berupaya untuk menyumbang dengan memberikan inspirasi kepada pesakit ini walaupun secara peribadi untuk memerangi Thalassaemia kerana setiap orang mempunyai peranan yang besar untuk dimainkan dan tanggungjawab untuk bertindak.

•Thalassaemia boleh dicegah, dikawal dan dirawat dengan baik. Ayuh, ukirkan senyuman. Ubah persepsi diri, bukalah hati untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.

•Tindakan anda pada hari ini, dapat mengubah masa depan ke arah yang lebih baik.
Apakah itu Thalassaemia?

🩸Thalassaemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas.

Dikongsikan perbezaan di antara pembawa dan pesakit Thalassaemia.

Lakukan ujian saringan penyakit Thalassaemia di fasiliti kesihatan berhampiran anda.

🌷 Perkahwinan antara pembawa dengan pembawa atau pembawa dengan pesakit akan meninggikan risiko memperoleh zuriat dengan penyakit Thalassaemia.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Antara tanda awal strok haba adalah pening atau sakit kepala, loya atau muntah dan sawan.

Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama.

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Awasi Serangan Strok Haba

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Mohd Shahrol Abd Wahil dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Status Produk Mi Segera Dikesan Mengandungi Ethylene Oxide
Lindungi anak anda daripada cuaca panas.

Jangan biarkan anak anda bermain di bawah panas terik.

Mereka berisiko mengalami strok haba.

Dapatkan rawatan segera jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Awasi Serangan Strok Haba

Jangan lupa sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Mohd Shahrol Abd Wahil dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama