CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Jemputlah beraya ke rumah bersama anak-anak.

Pastikan anak anda tidak demam, ulser pada tekak, mulut dan lidah serta ruam dengan lepuh pada tangan dan kaki.

Terus waspada, Cegah HFMD.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sekarang ni musim panas, dah bersedia nak keluar beraya?

➡️ Gunakan payung atau topi
➡️ Pakai pakaian yang longgar dan berwana cerah
➡️ Elak berada di bawah panas terik
➡️ Pakai cermin mata gelap anti-UV
➡️ Sentiasa minum air kosong secukupnya

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kerap cuci permainan dan peralatan anak anda dengan sabun dan air.

Larang anak anda daripada memasukkan mainan atau objek ke dalam mulut.

Terus waspada, Cegah HFMD.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Musim Panas!

Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama. Anda berisiko mengalami kelesuan haba dan strok haba.

Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Nitrogen Dioksida boleh meningkatkan kerentanan jangkitan salur pernafasan dan penyempitan saluran pernafasan bagi pesakit bronkitis.

Pakai pelitup muka dan hadkan pergerakan keluar rumah.

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
⚠️ AWAS
"LUBUK KUMAN" YANG SELALU KITA TERLEPAS PANDANG

JANGAN KONGSI papan pemotong

ASINGKAN papan pemotong bahan mentah & makanan yang telah dimasak

Ingat, betulkan yang biasa, biasakan yang betul ‼️

Sumber: BKKM
Kenyataan Media Menteri Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 Di Malaysia
Seronok beraya, jangan sampai terleka.

Asingkan anak dengan segera sekiranya anak demam, hilang selera makan dan ada ruam pada tangan dan kaki.

Terus waspada, Cegah HFMD.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sulfur Dioksida boleh meningkatkan risiko kesihatan pesakit dan pernafasan kronik seperti asma dan bronkitis.

Pakai pelitup muka dan hadkan pergerakan keluar rumah.

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Pelantikan Ketua Pengarah Kesihatan
🦟Hari Malaria Sedunia disambut pada 25 April 2023 untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit malaria. Malaria merupakan penyakit yang disebabkan oleh parasit plasmodium yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Anopheles.

📌Tema sambutan malaria pada tahun ini adalah 'Kekalkan Sifar Malaria : Pendanaan, Inovasi, Implementasi'. Tema ini adalah untuk memastikan semua perancangan dan strategi dalam mencegah dan mengawal malaria dalam kalangan golongan berisiko tinggi dari dijangkiti malaria dilakukan dengan berkesan.
🤮🤮Keracunan makanan juga boleh terjadi semasa musim lebaran. Terdapat 3 sumber utama pencemaran makanan yang terdiri daripada pencemaran mikrobiologi, pencemaran kimia dan pencemaran fizikal.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati terhadap tanda-tanda keracunan makanan sekiranya mereka telah menjamah makanan yang tercemar dengan sumber pencemaran tersebut.

🩺Anda disarankan untuk segera berjumpa doktor jika menunjukkan gejala-gejala keracunan makanan.👨🏻‍⚕️👨🏻‍⚕️
Kenyataan Media
Kementerian Kesihatan Malaysia
26 April 2023

ISU PRODUK MI SEGERA MENGANDUNGI ETHYLENE OXIDE
🍜🍲Semasa perayaan Aidilfitri, terdapat pelbagai jenis makanan dihidangkan kepada para tetamu yang hadir ke rumah terbuka.
Keselamatan makanan sangat penting ketika menjelang Aidilfitri untuk mengelakkan keracunan makanan.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti tip keselamatan makanan yang dikongsikan agar makanan yang disediakan bersih dan selamat.🍲🍜
Tip Musim Panas.

Lindungi diri daripada cuaca panas terik dengan menggunakan payung atau pakai topi semasa berada di luar.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Raya ni mesti banyak rumah terbuka kan…dalam sibuk sediakan juadah tu jangan lupa buang bekas-bekas yang berpotensi menjadi pembiakan Aedes ke dalam tong sampah.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama