CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Penyakit Jarang Jumpa: Apa yang Perlu Anda Tahu?

Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia disambut bagi meraikan orang yang hidup bersama penyakit jarang jumpa dan keluarga mereka.

Malaysia mendefinasikan penyakit jarang jumpa di mana mengancam nyawa dan/atau menyebabkan ketidakupayaan yang kronik.

Kami kongsikan 5️⃣ fakta mengenai penyakit jarang jumpa ini.

Bersama kita meningkatkan kesedaran mengenai penyakit jarang jumpa ini.

#RareDiseaseDay
𝑷𝒆𝒏𝒚𝒂𝒌𝒊𝒕 𝑱𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈 𝑱𝒖𝒎𝒑𝒂: 𝑨𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑷𝒆𝒓𝒍𝒖 𝑨𝒏𝒅𝒂 𝑻𝒂𝒉𝒖?

Kementerian Kesihatan Malaysia mentakrifkan penyakit ini sebagai yang dihidapi oleh kurang daripada 1 dalam 4,000 individu di dalam sesebuah komuniti yang mempunyai kekerapan berlaku yang rendah, serta boleh mengancam nyawa dan/ atau menyebabkan ketidakupayaan kronik.

Contoh Penyakit Jarang Jumpa termasuk:
1. Penyakit metabolik yang diwarisi seperti penyakit simpanan lisosom,
2. Penyakit neuromuscular seperti distrofi otot Duchenne dan distrofi spinal muscular,
3. Penyakit darah seperti hemofilia,
4. Penyakit tulang seperti penyakit tulang rapuh dan akondroplasia,
5. Penyakit orang dewasa seperti penyakit Huntington dan penyakit neuron motor.

Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia disambut bagi meraikan pesakit serta orang yang hidup bersama Penyakit Jarang Jumpa dan keluarga mereka.

Bersama kita meningkatkan kesedaran mengenai Penyakit Jarang Jumpa ini.

#RareDiseaseDay