CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
If you are in or close to a flooded area, be cautious against:

#drowning
electrocution
diseases borne by water, food and vectors 🦟
snakebites

Source: WHO
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tak perlu beratur lama di klinik untuk mendapatkan janji temu rawatan susulan. Tempah janji temu anda melalui aplikasi MySejahtera.

Anda juga boleh melihat rekod kesihatan serta janji temu susulan di dalam aplikasi MySejahtera.

Jom manfaatkan kemudahan yang telah disediakan.

MySejahtera.. gerbang kesejahteraan digital anda.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
HIV adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS.

Jangkitan HIV melalui transmisi seksual boleh dielakkan dengan

👉 Menggunakan kondom dengan cara yang betul
👉 Patuh kepada rawatan antiretroviral
👉 Rawatan Antiretroviral Profilaksis boleh diambil jika pasangan anda adalah yang hidup dengan HIV

Patuh kepada ubat antiretroviral jika anda hidup dengan HIV.

Jalani ujian saringan HIV dan mulakan rawatan dengan segera jika anda dijangkiti HIV.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🤧 Jangkitan Influenza disebabkan virus Influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius.

⚠️Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti terutama bagi golongan berisiko tinggi.Komplikasi jangkitan Influenza boleh dicegah dengan mendapatkan vaksin influenza secara tahunan. Ini kerana:

▪️ Struktur virus Influenza boleh berubah (antigenic drift)
▪️ Formulasi vaksin influenza dikemaskini oleh WHO setiap tahun
▪️ Formulasi mengikut kesepadanan vaksin dengan virus yang diunjurkan menular pada setiap musim.

Pada masa ini, vaksin Influenza ditawarkan di fasiliti kesihatan swasta.
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 4 Februari 2023 (ME 5/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

- Kumulatif kes baharu: 5,037,784;
- Kumulatif kes sembuh: 4,991,089 kes;
- Purata kes aktif : 9,476 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,943 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,170 kluster (kluster aktif: 4 kluster).

Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 4/2023 dan ME 5/2023:

- Bilangan kes baharu meningkat sebanyak 41.7 peratus (1,350 kes kepada 1,913 kes);
- Bilangan kes sembuh menurun sebanyak41.7 peratus (2,177 kes kepada 1,270 kes); dan
-Bilangan kes kematian menurun sebanyak62.5 peratus (8 kes kepada 3 kes).

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/02/07/kenyataan-media-kpk-7-februari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-5-29-januari-4-februari-2023/
Polymyxins (seperti Polymyxin E (Colistin) dan Polymyxin 😎 telah dikategorikan sebagai Critically Important Antimicrobials oleh pihak World Health Organization (WHO) berdasarkan Annex 1 Penerbitan WHO Critically Important Antimicrobials for Human Medicine. Seterusnya polymyxins telah dikategorikan sebagai highest priority berdasarkan Table 2: Prioritization of antimicrobials categorized as “Critically Important” in human medicine kerana telah menepati kesemua faktor keutamaan (prioritization factors). Kategori di atas adalah sebagai panduan bagi menentukan langkah pengurusan risiko bagi mengehadkan penggunaan antimikrobial dan seterusnya mengekang risiko kerintangan (resistance).

Polymyxin khususnya Polymyxin E (Colistin) mempunyai potensi untuk disalahguna dalam makanan haiwan sebagai agen growth promoter. Penggunaan Polymyxin E (Colistin) secara berleluasa boleh menyumbang kepada kerintangan antimikrobial (Antimicrobial Resistance, AMR).

Oleh itu, terdapat keperluan untuk menyenaraikan semua polymyxins (kecuali polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal) sebagai bahan terlarang dalam produk ubat veterinar sebagai langkah mengurangkan risiko kerintangan antimikrobial (AMR) terhadap polymyxins.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-381 yang bersidang pada 2 Februari 2023.

Keputusan mesyuarat adalah tidak terpakai untuk produk ubat veterinar yang mengandungi polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal. Oleh itu, pendaftaran produk ubat veterinar sedia ada yang mengandungi polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal adalah dikekalkan.

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/02/07/kenyataan-media-kpk-7-februari-2023-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-kali-ke-381-berkenaan-pendaftaran-produk-ubat-veterinar-yang-mengandungi-polymyxins/
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
8 FEBRUARI 2023

Maklum Balas Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Berhubung Artikel Berkaitan Rawatan Covid-19 Yang Diterbitkan Oleh Media Bloomberg Dan Science
Dos penggalak pertama bagi kanak-kanak yang sudah mencapai umur 5 hingga 11 tahun.

Ibu bapa dan penjaga boleh menempah janji temu suntikan dos penggalak pertama anak melalui aplikasi MySejahtera. Ikuti langkah-langkah seperti di infografik ini untuk menempah janji temu.

#MySejahtera
#AplikasiKesihatanAwam
#GerbangKesejahteraanDigitalAnda

Sumber: MySejahtera
Siri 3️⃣- Jangkitan HPV

📌Hasil ujian saringan HPV saya POSITIF, apakah maksudnya?

Kami kongsikan jawapannya kepada anda disini.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

1. Karisma Turmeric Booster Cream
2. Flashhskinzz Treatment Cream

Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Kenyataan Penuh di https://kpkesihatan.com/2023/02/13/kenyataan-media-kpk-13-februari-2023-makluman-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 11 Februari 2023 (ME 6/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 5,039,326;
Kumulatif kes sembuh: 4,993,160 kes;
Purata kes aktif : 9,490 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,951 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,171 kluster (kluster aktif: 5 kluster).

Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 5/2023 dan ME 6/2023 (Rajah 4):
Bilangan kes baharu menurun sebanyak 19.4 peratus (1,913 kes kepada 1,542 kes);
Bilangan kes sembuh meningkat sebanyak63.1 peratus (1,270 kes kepada 2,071 kes); dan
Bilangan kes kematian meningkat sebanyak 166.7 peratus (3 kes kepada 8 kes).

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/02/14/kenyataan-media-kpk-14-februari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-6-5-11-februari-2023/
7 langkah KKM dalam menangani permasalahan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD)