CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jika anda golongan ibubapa, pastikan anak anda mendapat imunasi yang sepatutnya.

Bagaimana? Rujuk dan ketahui jadual Imunisasi Kebangsaan terkini untuk anak-anak anda.

Layari laman sesawang www.myhealth.gov.my
& ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Qayyumjawi

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Perbuatan membersihkan microwave menggunakan mop yang sama untuk lantai boleh menyebabkan pencemaran silang.

Tindakan mengabaikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan ini boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dan air seperti kolera, tifoid, Disentri, Hepatitis A dan keracunan makanan.

Tindakan di bawah Akta Makanan 1983 boleh diambil ke atas premis kerana pengendalian makanan yang tidak selamat dan berisiko.

Sekiranya anda melihat amalan pengendalian makanan yang tidak selamat dan berisiko, salurkan aduan anda melalui Sistem Pengurusan Maklumbalas Awam, SisPAA di https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do
Untuk bakal pengantin yang belum membuat saringan pra perkahwinan,

Tempah janji temu saringan pra perkahwinan di fasiliti kesihatan berdekatan anda, melalui aplikasi Mysejahtera. Dengan hanya klik di hujung jari, slot janji temu anda dapat ditempah.

Mudah kan?

#mysejahtera
#gerbangkesejahteraandigitalanda
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
Denggi : Gigitan Berbisa Aedes

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Nazlinda Abu Jazid Javis dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dalam sekelip mata 3 tahun telah berlalu negara kita berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Kes pertama COVID-19 dikesan pada 25 Januari 2020, negara merekodkan kes COVID-19 pertama, ketika itu masih dikenali 2019-nCoV.

Malaysia setakat 24 Januari 2023 melaporkan sejumlah 5,035,073 kes keseluruhan, 36,932 kes kematian & seramai 4,988,143 orang telah sembuh daripada virus ini.

Kita masih berada di fasa peralihan ke endemik, patuhilah kepada saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; elakkan 3S, amalkan 3W, amalkan TRIIS & dapatkan vaksin COVID-19 dos primer/dos penggalak.

Sekalung penghargaan kepada semua staf barisan hadapan. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam membendung penularan Covid-19.

Salam takziah juga kepada individu yang telah kehilangan ahli keluarga atau pun kenalan akibat COVID-19 ini.
Marilah kita terus berdoa agar pandemik ini segera berakhir dan tidak lagi memudaratkan masyarakat di seluruh dunia.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
‎مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.”

‎Semoga Allah SWT selamatkan kita semua daripada COVID19. Insya Allah

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 21 Januari 2023, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan permohonan variasi bagi pelanjutan tempoh jangka hayat vaksin COVID-19 Comirnaty, CoronaVac dan Convidecia.

Maklumat senarai nombor kelompok yang terlibat dalam pelanjutan jangka hayat boleh diperolehi melalui laman sesawang NPRA, www.npra.gov.my.
Pendaftaran bersyarat telah diberikan kepada produk vaksin berdaftar ini, dan pengilang telah dibenarkan untuk mengemukakan data ujian stabiliti dari semasa ke semasa (rolling submission).

Oleh itu, tempoh jangka hayat produk vaksin COVID-19 akan berubah (dilanjutkan) sekiranya data yang dinilai didapati memenuhi keperluan regulatori. Tarikh luput pada label vaksin mungkin menunjukkan bahawa produk sudah luput tetapi pengguna boleh menyemak tarikh luput yang sebenar (selepas pelanjutan) melalui laman sesawang NPRA (https://npra.gov.my/.../info.../vaccine-covid-19-update.html)

KKM sentiasa komited untuk memastikan semua produk farmaseutikal termasuk vaksin COVID-19 yang dibekalkan di Malaysia telah dinilai dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
Waspada Banjir.

Bahaya bermain dengan air banjir !

Pantau dan nasihat anak-anak agar terlindung daripada penyakit bawaan air.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Sambutan Hari Penyakit Tropika Terabai Dunia 2023
Bagi tahun 2023 dan seterusnya, pemantauan pesakit COVID-19 yang tidak bergejala dan bergejala ringan akan diteruskan melalui kaedah pelaporan Home Assessment Tool (HAT) melalui aplikasi MySejahtera.

Sijil digital Home Surveillance Order (HSO) dan Release Order (RO) adalah SAH DAN TERPAKAI di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Majikan adalah diseru untuk menerima sijil berkenaan sebagai perakuan sah pesakit COVID-19 tidak bergejala dan bergejala.

⚠️ Pekerja perlu melaporkan status COVID-19 dengan jujur dan boleh melaporkan aduan sekiranya berlaku kes majikan enggan menerima sijil digital HSO dan RO di [email protected] untuk tindakan lanjut.

📌 Pemantauan pesakit COVID-19 secara maya diteruskan oleh pasukan petugas di CAC dan Fever Centre Klinik Kesihatan.

📌 Manakala, CPRC di peringkat Negeri akan terus bertanggungjawab untuk memantau situasi COVID-19 di negeri masing-masing.
Hari Penyakit Tropikal Terabai (Neglected Tropical Diseases, NTD) Sedunia disambut pada 30 Januari setiap tahun.

Penyakit-penyakit tropikal terabai (NTD) ialah kumpulan 20 jangkitan tropika yang disebabkan oleh pelbagai patogen termasuk virus, bakteria, parasit, kulat dan toksin.

Penyakit Denggi, Chikungunya, Kusta (Leprosy) dan leptospirosis adalah antara penyakit tropikal yang dilaporkan di Malaysia.

Bersama-sama memainkan tanggungjawab dan memberi komitmen dalam membanteras penyakit yang boleh dicegah ini.

#WorldNTDDay
🔊 𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐫𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐨𝐫𝐠𝐚𝐧?

Jika belum...jom daftar sekarang dengan mudah dan cepat menerusi aplikasi MySejahtera.

Hanya 1 MINIT sahaja masa diperlukan untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan.

Anda akan terus menerima kad ikrar digital di ruangan profil MySejahtera.

Tiada sebarang bayaran dan pemeriksaan kesihatan diperlukan untuk pendaftaran.

🔹CEPAT
🔹MUDAH
🔹SELAMAT

Satu Ikrar, Sejuta Harapan

#dermaorgan
#dermaorganmalaysia
#sayanakikrar
#sihatmilikku
Jangan tinggalkan PPV selagi sijil vaksinasi COVID-19 digital anda belum dikemas kini!

Ini untuk memudahkan anda mendapatkan terus bantuan petugas PPV bagi menyelesaikan masalah maklumat vaksinasi yang tidak dikemas kini secara serta merta.

#MySejahtera
#GerbangKesejahteraanDigitalAnda
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sekiranya anda telah disahkan positif COVID-19,

Sentiasa kekal berada di rumah
Kemaskini status kesihatan secara harian di MySejahtera
Jika bergejala atau gejala bertambah teruk, terus pergi ke CAC atau hospital atau hubungi 999

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 28 Januari 2023 (ME 4/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 5,035,871;
Kumulatif kes sembuh: 4,989,819 kes;
Purata kes aktif : 9,478 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,940 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,170 kluster (kluster aktif: 5 kluster).

Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 3/2023 dan ME 4/2023:

Bilangan kes baharu  menurun sebanyak 35.3 peratus (2,088 kes kepada 1,350 kes);
Bilangan kes sembuh menurun sebanyak8.5 peratus (2,379 kes kepada 2,177 kes); dan
Bilangan kes kematian menurun sebanyak66.7 peratus (24 kes kepada 8 kes).

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/02/01/kenyataan-media-kpk-1-februari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-4-22-28-januari-2023/
If you are in or close to a flooded area, be cautious against:

#drowning
electrocution
diseases borne by water, food and vectors 🦟
snakebites

Source: WHO