CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Apa itu Paxlovid? Siapa akan diberikan Paxlovid? Keraguan anda kami jawab di sini.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Cara mengelak jangkitan COVID-19

Tingkatkan aktiviti pencegahan dan kepatuhan kepada tindakan kesihatan awam
Dapatkan dos penggalak COVID-19
Elakkan 3S, amalkan 3W serta lakukan TRIIS
Budayakan cara hidup sihat

Bersama-sama kita putuskan rangkaian COVID-19

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Shield Ourselves with Booster Dose

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15 am with Dr. Tan Seok Hong from Disease Control Division, MOH.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Kenyataan Media KPK 9 Januari 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 1 (1-7 Januari 2023)

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 7 Januari 2023 (ME 1/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 5,029,908;
- Kumulatif kes sembuh: 4,981,975 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,874 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,167 kluster (kluster aktif: 9 kluster).

Perbandingan antara ME 52/2022 dan ME 1/2023:
- Bilangan kes sembuh pada ME 1/2023 menurun sebanyak35.6 peratus (5,869 kes kepada 3,781 kes);
- Bilangan kes baharu pada ME 1/2023 menurun sebanyak 14.2 peratus (3,767 kes kepada 3,231 kes);
- Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 14.0 peratus (3,735 kes kepada 3,213 kes); dan
- Bilangan kes import menurun sebanyak 43.8 peratus (32 kes kepada 18 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 1/2023 menurun sebanyak4.5 peratus (22 kes kepada 21 kes); dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 1/2023 menurun sebanyak 10.8 peratus (12,647 kes kepada 11,278 kes)

Kenyataan penuh di : https://kpkesihatan.com/2023/01/09/kenyataan-media-kpk-9-januari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-1-1-7-januari-2023/
Tempah janji temu dos penggalak COVID-19 sekarang juga!

Pastikan profil COVID-19 anda mempunyai tanda verifikasi “SAH” sebelum anda dapat menempah janji temu. Kemas kini versi terbaharu aplikasi MySejahtera di gedung aplikasi telefon anda.

___________________

Book your second COVID-19 booster dose appointment now!

Make sure your COVID-19 profile has been verified before you can book an appointment. Update the latest version of MySejahtera app in your phone’s app store.

#mysejahtera
#gerbangkesejahteraandigitalanda
🩺 Pemberian vaksin COVID-19 secara jumpa terus (walk-in) dan tanpa perlu janji temu boleh mula dilakukan di Klinik Kesihatan dan hospital kerajaan bermula 9 Januari 2023.

Keutamaan adalah kepada mereka yang berisiko tinggi, mempunyai komorbiditi dan warga emas. Vaksin terbukti mampu melindungi kita daripada komplikasi serius jangkitan COVID-19.

📌Layari https://covid-19.moh.gov.my/makluman/senarai-pusat-pemberian-vaksin-ppv-di-malaysia?fbclid=IwAR1qcxKH2k-afOvmVUH6sl4Wy7wiJzJviyVHFGO-8p6FSA_I25ljGtZ4zrs untuk mendapatkan senarai penuh Klinik Kesihatan dan Hospital yang menyediakan perkhidmatan ini.
Kriteria kumpulan berisiko tinggi adalah seperti berikut:

- Warga emas berumur 60 tahun ke atas
- Mereka yang mempunyai komorbiditi dan penyakit kronik
- Individu lain yang berisiko mendapat gejala teruk dan komplikasi jangkitan COVID-19

Mereka yang menepati kriteria berikut boleh walk-in ke Klinik Kesihatan atau Hospital tanpa perlu membuat janji temu, bermula 9 Januari 2023.

Layari https://covid-19.moh.gov.my/makluman/senarai-pusat-pemberian-vaksin-ppv-di-malaysia untuk mendapatkan senarai penuh Klinik Kesihatan dan Hospital yang menyediakan perkhidmatan ini.
Walk-in saja!

Anda boleh mendapatkan vaksinasi COVID-19 secara walk in di fasiliti kesihatan* berdekatan dengan anda.

Imbas kod QR ini untuk senarai fasiliti kesihatan yang membenarkan walk-in.

_______

Just walk in!

You can get COVID-19 vaccination by walk-in to the nearest health facility*.

Scan this QR code for the list of health facilities that allow walk-ins !

#mysejahtera
#gerbangkesejahteraandigitalanda

Sumber: MySejahtera
Peningkatan Kes COVID-19 : Perlukah Saya Merasa Bimbang?

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Tan Seok Hong dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dikongsikan syor terkini oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) berkenaan pemberian dos penggalak.

Individu yang telah lengkap menerima dos primer vaksin COVID-19 dan diikuti dengan dos penggalak telah terbukti mendapat perlindungan optima daripada jangkitan COVID-19 yang teruk dan kematian.

Namun disebabkan berlaku penurunan imuniti selepas tempoh yang tertentu (waning imunity), risiko kumpulan rentan untuk mendapat jangkitan yang teruk dan komplikasi penyakit COVID-19 adalah tinggi.

Oleh itu, pengambilan vaksin dos penggalak kedua adalah amat digalakkan, terutamanya bagi kumpulan ini.