CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Penyakit Berbahaya Bawaan Air Banjir

Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Diana Mahat dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Trend kes harian bagi kemasukan ke hospital, Unit Rawatan Rapi dan penggunaan alat bantuan pernafasan menunjukkan peningkatan dan penurunan yang tidak stabil mutakhir ini.

Lindungi diri dan orang tersayang dengan mengambil dos penggalak COVID-19.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Disember 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid0hueme1k1jaiBCqGXEKYKevMZYsVQDzUTZjj4UJKSftUGjMrC26EFpP1jtujoJgmwl? untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #COVID19
#LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ikuti temubual YB Menteri Kesihatan bersama Bernama Radio.

https://www.youtube.com/watch?v=rtN64QTEQUs
Musim perayaan akan tiba tidak lama lagi. Kebanyakan daripada kita telah mengambil dos penggalak pada suku pertama tahun 2022. Perlindungan yang dihasilkan oleh vaksin COVID-19 akan menurun selepas tempoh tertentu. Ini menyebabkan risiko jangkitan semula COVID-19 meningkat pada hujung tahun ini. Pengambilan dos penggalak amat penting untuk memantapkan kembali perlindungan tubuh terhadap COVID-19.

Oleh itu, sekiranya anda belum menerima dos penggalak, segera tempah janji temu melalui pautan MySejahtera.

Lindung diri, lindung semua termasuk orang yang tersayang.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
⛈️ 𝐌𝐮𝐬𝐢𝐦 𝐛𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢

Siri 1

🔊 Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan arahan semasa dari pihak berkuasa.

Sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri seperti yang dikongsikan 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐫𝐢 bagi mencegah penyakit-penyakit yang sering terjadi semasa musim banjir.

‼️“Jaga Keselamatan, Cegah Sebelum Terlewat”‼️
⛈️ 𝐌𝐮𝐬𝐢𝐦 𝐛𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢

Siri 2

🔊 Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan arahan semasa dari pihak berkuasa.

Sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri seperti yang dikongsikan 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐫𝐢 bagi mencegah penyakit-penyakit yang sering terjadi semasa musim banjir.

‼️“Jaga Keselamatan, Cegah Sebelum Terlewat”‼️
Adakah imunisasi bayi dan kanak-kanak masih perlu dan selamat?

Klik pautan untuk tonton video penjelasan para pakar perubatan berkenaan perkara ini.

𝐕𝐚𝐤𝐬𝐢𝐧 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐤𝐞 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐲𝐚?
https://www.facebook.com/Immunise4Life/videos/546905833645665

𝐕𝐚𝐤𝐬𝐢𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐤𝐞?
https://www.facebook.com/Immunise4Life/videos/557301846059545/

𝐓𝐞𝐫𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐉𝐚𝐝𝐮𝐚𝐥 𝐈𝐦𝐮𝐧𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 𝐀𝐧𝐚𝐤?
https://www.facebook.com/Immunise4Life/videos/1711007045926943/

𝐀𝐫𝐞 𝐕𝐚𝐜𝐜𝐢𝐧𝐞𝐬 𝐬𝐚𝐟𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐜𝐡𝐢𝐥𝐝𝐫𝐞𝐧 & 𝐮𝐧𝐛𝐨𝐫𝐧 𝐛𝐚𝐛𝐢𝐞𝐬?
https://www.facebook.com/Immunise4Life/videos/448585093798075/

𝐀𝐫𝐞 𝐕𝐚𝐜𝐜𝐢𝐧𝐞𝐬 𝐄𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 & 𝐍𝐞𝐜𝐞𝐬𝐬𝐚𝐫𝐲?
https://www.facebook.com/Immunise4Life/videos/1179351822610182/

𝐌𝐢𝐬𝐬𝐞𝐝 𝐘𝐨𝐮𝐫 𝐂𝐡𝐢𝐥𝐝'𝐬 𝐈𝐦𝐦𝐮𝐧𝐢𝐬𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐒𝐜𝐡𝐞𝐝𝐮𝐥𝐞?
https://www.facebook.com/Immunise4Life/videos/3205561916323905/

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Disember 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid0hueme1k1jaiBCqGXEKYKevMZYsVQDzUTZjj4UJKSftUGjMrC26EFpP1jtujoJgmwl untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sindrom COVID berpanjangan (Long COVID) ialah tanda dan gejala yang dialami oleh pesakit selepas jangkitan COVID-19, berlanjutan sehingga 12 minggu atau lebih yang tidak boleh dijelaskan oleh sebab-sebab lain. Antara gejala yang dialami termasuklah kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, sukar tidur malam, batuk, kegelisahan dan kelupaan. Gejala-gejala ini boleh mengganggu fungsi seharian individu terbabit.

Golongan yang menerima vaksin COVID-19 mengikut jadual adalah berisiko rendah untuk mendapat sindrom ‘long COVID”.

Rujukan: Effect of COVID-19 Vaccines on Reducing the Risk of Long COVID in the Real World: A Systematic Review and Meta-Analysis

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 10 Disember 2022 (ME 49/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 5,009,767;
Kumulatif kes sembuh: 4,954,204 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,753 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,161 kluster (kluster aktif: 41 kluster).
Perbandingan antara ME 48/2022 dan ME 49/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 49/2022 menurun sebanyak19.5 peratus (18,405 kes kepada 14,816 kes);
Bilangan kes baharu pada ME 49/2022 menurun sebanyak 24.9 peratus (14,558 kes kepada 10,937 kes);
Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 24.9 peratus (14,543 kes kepada 10,923 kes); dan
Bilangan kes import menurun sebanyak 6.7 peratus (15 kes kepada 14 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 49/2022 menurun sebanyak30.6 peratus (62 kes kepada 43 kes); dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 49/2022 menurun sebanyak 16.4 peratus (25,062 kes kepada 20,945 kes)

Sehingga jam 9.00 pagi, 12 Disember 2022, terdapat lima (5) buah negeri dilanda banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, dan Johor ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Kelantan (5), Terengganu (11), Pahang (11), Perak (1), dan Johor (1). Jumlah mangsa banjir keseluruhan mencatatkan peningkatan dari 659 orang hari sebelumnya kepada 2,553 orang.

Terdapat 14 kes COVID-19 yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir semasa tempoh 11 November 2022 hingga 18 November 2022. Semua kes telah tamat menjalani isolasi dan telah pulang ke rumah masing-masing. Dari 19 November 2022 sehingga kini, tiada kes COVID-19 dikesan di kalangan mangsa banjir.

Baca kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/12/12/kenyataan-media-kpk-12-disember-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-49-4-10-disember-2022-dan-situasi-bencana-banjir-ser/ .
Anda merancang untuk membeli atau menukar kepada nombor telefon/alamat emel baru? Pastikan anda mengemas kini maklumat MySJ ID anda sebelum berbuat demikian.

Ikuti langkah-langkah ini untuk memastikan segala maklumat anda sentiasa berada di hujung jari anda.

___________________________

Are you planning to buy or change to a new phone number/email address? Make sure you update your MySJ ID information before doing so.

Follow these steps to ensure all your information is always at your fingertips.

#MySejahtera
#TukarMySJID
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-379 telah bersidang pada hari ini, 13 Disember 2022.

Mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana kepada produk vaksin COVID-19 bagi dua (2) produk vaksin COVID-19 iaitu:

1. Comirnaty Original/Omicron BA.4-5 (15mcg/15mcg) Solution for Injection daripada pemegang pendaftaran produk Pfizer (M) Sdn. Bhd. dan pengilang BioNTech Manufacturing GmbH, Germany. Produk ini adalah vaksin COVID-19 bivalent yang mengandungi dua (2) komponen iaitu komponen dari strain virus yang asal dan komponen varian omicron BA.4-5. Ianya adalah untuk penggunaan dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas yang telah menerima vaksinasi primer dengan vaksin COVID-19 mRNA atau vaksin COVID-19 adenoviral vektor lain yang diluluskan, sekurang-kurangnya selepas tiga (3) bulan daripada penerimaan dos primer yang telah lengkap atau dos penggalak yang terakhir.

2. Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) Solution for Injection daripada pengilang kedua iaitu Solution Biologics Sdn. Bhd., Malaysia. Sebelum ini, PBKD telah meluluskan pendaftaran bersyarat bagi pengilang CanSino Biologics Inc, China pada 15 Jun 2021. Pemegang pendaftaran produk bagi produk ini ialah Solution Biologics Sdn. Bhd.
KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk tersebut kekal positif.

KKM akan terus komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat–ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
13 DISEMBER 2022

https://kpkesihatan.com/2022/12/13/kenyataan-media-kpk-13-disember-2022-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-pbkd-kali-ke-379-berkenaan-pendaftaran-vaksin-covid-19/
Antara amalan kesihatan dan keselamatan diri semasa banjir

👉 Minum air yang telah dimasak atau air minuman berbotol
👉 Jaga kebersihan dan keselamatan makanan
👉 Larang kanak-kanak bermain air banjir
👉 Jangan merokok di pusat pemindahan
👉 Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Awas

📢Jangan ambil mudah dengan penggunaan telur dalam masakan.

🥚 Telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala
*demam, kejang perut dan cirit- birit*

📌Oleh itu, perhatikan dan buat penilaian sebaiknya seperti dikongsikan sebelum membuat pembelian.

Anda juga dinasihatkan untuk:
1. Membeli mengikut keperluan
2. Simpan telur di tempat yang sesuai
3. Basuh telur sebelum guna

"Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama"
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir seperti Disentri, Taun, Hepatitis A dan Leptospirosis.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

Terus waspada!

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jaga diri anda dan keluarga di musim banjir.

➡️ Elak bermain atau meredah air banjir
➡️ Pakai perlindungan diri
➡️ Segera bersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih
➡️ Cuci tangan dengan betul
➡️ Minum air bersih atau air botol
➡️ Dapatkan rawatan segera sekiranya demam dalam tempoh 30 hari selepas kerja pembersihan kawasan banjir

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Disember 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid0hueme1k1jaiBCqGXEKYKevMZYsVQDzUTZjj4UJKSftUGjMrC26EFpP1jtujoJgmwl untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama