CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Heading outside? Especially to public/crowded places? Don't forget to wear your face mask! Protect yourself and your loved ones from COVID-19 virus transmission.

Although the Government has stated that face masks are no longer mandatory to be worn in public, the virus is still out there and the war is not over. Let's wear the face mask!

#MaskUp
Walaupun Kerajaan telah menyatakan bahawa pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak lagi diwajibkan, ini tidak bermakna kita tidak patut praktikkan pemakaian pelitup muka pada kehidupan harian kita.

Amalan pemakaian pelitup mukamasih perlu diteruskan oleh setiap individu, ini adalah bagi memberi perlindungan yang berterusan kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, individu yang mempunyai sistem imuniti tubuh yang rendah, dan individu yang mempunyai komorbid.

Pemakaian pelitup muka adalah antara langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus SARS-CoV-2 terutamanya di dalam kawasan jangkitan berisiko tinggi seperti tempat tertutup dengan pengudaraan yang tidak baik, tempat sesak, dan tempat individu melakukan interaksi jarak dekat.

#JomPakaiPelitupMukap
Kestabilan Emosi dan Fizikal Hadapi Monsun Timur Laut

Dengarkan di nasionalfm pada pukul 10.30 pagi bersama Puan Norwani Md Hamran dari Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengurangkan risiko jangkitan semasa membawa pesakit COVID-19 menggunakan kenderaan sendiri.

Pemandu dinasihatkan mandi dan bersihkan diri apabila pulang.

Gunakan bahan disinfeksi yang sesuai untuk bahagian dalaman kenderaan.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku
Dapatkan dos penggalak COVID-19 terkini.

Virus COVID-19 mudah merebak serta cepat dan sering bermutasi. Pastikan anda dilindungi daripada gejala teruk jangkitan COVID-19.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Saksikan sidang media Menteri Kesihatan pada pukul 12.30 tengah hari nanti.

Antara maklumat yang akan dikongsikan adalah perkembangan dengan sub varian Omicron XBB COVID-19.
Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada terhadap penularan COVID-19 dalam fasa peralihan ke endemik ini.

😷 Pemakaian pelitup muka adalah antara langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus itu terutamanya di kawasan jangkitan berisiko tinggi.
Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

ISU VIRAL BUAH NANAS DIDAKWA MENGANDUNGI SIKLAMAT
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesedaran dan keprihatinan untuk melindungi bukan sahaja diri tetapi juga seluruh komuniti.

Justeru bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19, KKM ingin terus mengingatkan orang ramai agar mengikuti nasihat-nasihat seperti dikongsikan.
Sekiranya anda mempunyai gejala, atau kontak rapat dengan pesakit COVID-19, segera lakukan ujian saringan COVID-19 kendiri.

If you have symptoms, or have been in close contact with COVID-19 patient, do a COVID-19 self test immediately.

#MySejahtera2.0
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
KKM amat menghargai dan berterima kasih kepada orang ramai yang masih memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah demi menjaga kesihatan diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling.

KKM juga akan terus memantau tahap jangkitan semasa dan ancaman varian baharu di negara ini bagi menjamin keselamatan masyarakat Malaysia.
Antara faktor yang menyumbang atau membantu mengawal situasi jangkitan COVID-19 di dalam negara adalah kesedaran yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia tentang pentingnya tindakan kesihatan awam kendiri seperti pemakaian pelitup muka dan pengambilan vaksin COVID-19 ataupun dos penggalak.

Oleh itu, golongan yang memenuhi kriteria dikongsikan adalah digalakkan untuk mengambil dos penggalak samaada, pertama atau kedua.

Vaksinasi masih memberikan perlindungan yang baik terhadap penyakit COVID-19 yang serius.
Sekiranya anda diuji positif COVID-19, laporkan keputusan anda di aplikasi MySejahtera.

Lakukan pengasingan kendiri atau isolasi di rumah supaya tidak merebakkan jangkitan kepada orang lain.

Isi penilaian status kesihatan kendiri dalam MySejahtera setiap hari.

Perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) diberikan selama 7 hari. Namun sekiranya anda sudah sihat dan ujian COVID-19 yang diselia/dilakukan oleh Pengamal Perubatan adalah negatif pada hari keempat dan seterusnya, HSO boleh ditamatkan lebih awal.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial baru-baru ini berkaitan "COVID-19 OMICRON XBB" yang boleh mengundang kepada kekeliruan fakta tanpa pembuktian secara saintifik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak berkongsi maklumat tersebut supaya tidak menimbulkan suasana panik dan kekeliruan dalam kalangan komuniti. Di samping itu, KKM turut menyeru agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya.
Hepatitis A adalah penyakit bawaan makanan dan air.

Semasa banjir, jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul dan minum air yang telah dimasak.

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai gejala seperti demam, sakit perut dan mata/ kulit menjadi kuning.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama