CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Memandangkan kekebalan sistem imun susulan pengambilan vaksin mahupun jangkitan yang lepas, berkurangan dari masa ke masa, ditambah dengan keupayaan varian Omicron untuk mengelak dari tindak balas imun, kumpulan-kumpulan tertentu masih berisiko kepada jangkitan serius COVID-19.

Oleh yang demikian, susulan perbincangan cadangan atau syor terkini berkaitan dos primer, dos penggalak dan dos penggalak kedua vaksin COVID-19, Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) KKM, pada 3 September 2022, telah membuat beberapa keputusan atau syor bagi kumpulan-kumpulan yang berikut.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan enterovirus.

Semua peringkat umur boleh mendapat jangkitan HFMD terutama umur di bawah lima tahun.

Individu yang dijangkiti akan mula bergejala dan menunjukkan tanda-tanda HFMD dalam tempoh 3-5 hari.

Jika bergejala, pastikan terus kekal berada di rumah.

Jom tonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara jangkitan dan bagaimana mencegah dari dijangkiti HFMD.

#ANMS
#KekalSihat
#HFMD
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan media berkaitan Semakan Semula Keperluan Pemakaian Pelitup Muka Di Premis Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

#SekolahkuSEJAHTERA
#KPMKomited
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama
Anda kini boleh menempah janji temu saringan kesihatan di MySejahtera!

Kemas kini aplikasi MySejahtera anda untuk menggunakan ciri terbaharu ini.

________________________

Now you can book health screening appointment on MySejahtera!

Update MySejahtera to use this latest feature.

#MySejahtera2.0
#JomSaring

Sumber: MySejahtera
Tahun lepas, program PeKa B40, program KKM ini berjaya menyaring 101,673 orang daripada kumpulan B40.

Tahun ini sasaran yang ditetapkan adalah seramai 200,000. Insha Allah kita akan capai saringan lebih daripada 250,000.
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 10 September 2022 (ME 36/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,803,624;
Kumulatif kes sembuh: 4,740,414 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,277 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,073 kluster (kluster aktif: 24 kluster).

Perbandingan antara ME 35/2022 dan ME 36/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 36/2022 menurun sebanyak 12.8 peratus (19,813 kes kepada 17,286 kes);
Bilangan kes baharu pada ME 36/2022 menurun sebanyak9.5 peratus (15,549 kes kepada 14,072 kes);
Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 9.5 peratus (15,530 kes kepada 14,052 kes); dan
Bilangan kes import meningkatsebanyak 5.3 peratus (19 kes kepada 20 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 36/2022 menurun sebanyak 27.7 peratus (47 kes kepada 34 kes).

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 36/2022 adalah 27,503 iaitu terdapat penurunan sebanyak 12.2 peratus berbanding minggu sebelumnya

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/09/12/kenyataan-media-kpk-12-september-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-36-4-10-september-2022/
ISU PENARIKAN SEMULA PRODUK KICAP SOYA MANIS DAN SAMBAL SOS AYAM GORENG BERJENAMA ABC DARI PASARAN SINGAPURA YANG MENGANDUNGI BAHAN ALERGEN YANG TIDAK DIISYTIHARKAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai isu penarikan balik produk Kicap Soya Manis dan Sambal Sos Ayam Goreng berjenama ABC dari pasaran oleh Pihak Berkuasa Makanan Singapura (SFA) kerana mengandungi bahan alergen iaitu sulfur dioksida yang tidak diisytiharkan atau dilabel pada pembungkusan.

Sulfur dioksida diklasifikasikan sebagai bahan pengawet yang dibenarkan dalam makanan tertentu dan pada paras tertentu di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Sulfur dioksida tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan dalam kepekatan yang dibenarkan tetapi ianya boleh menyebabkan kesan alergik kepada sesetengah individu yang mengidap Lelah atau Asma apabila terhidu atau tertelan. Kandungan sulfur dioksida melebihi 10mg/kg hendaklah diisytiharkan atau dilabelkan.

Melalui semakan KKM ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mengesahkan produk Kicap Soya Manis dan Sambal Ayam Goreng jenama ABC tersebut turut diimport ke negara ini. Walau bagaimanapun, sejak Jun 2021 arahan Tahan Uji Lepas (TUL) telah dikenakan ke atas produk Kicap Soya Manis berjenama ABC di semua pintu masuk negara. Arahan pelabelan semula atau arahan untuk dihantar semula ke negara asal turut dikeluarkan sekiranya tidak mematuhi keperluan pelabelan termasuk pelabelan sulfur dioksida. Manakala pemantauan yang dijalankan di semua pintu masuk negara dan di pasaran tempatan dari Jun 2021 sehingga kini, tiada sampel produk kicap soya termasuk kicap soya ABC dikesan mengandungi sulfur dioksida.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini dan isu-isu keselamatan makanan yang lain, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman rasmi facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq .

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
12 SEPTEMBER 2022

https://kpkesihatan.com/2022/09/12/kenyataan-media-kpk-12-september-2022-isu-penarikan-semula-produk-kicap-soya-manis-dan-sambal-sos-ayam-goreng-berjenama-abc-dari-pasaran-singapura-yang-mengandungi-bahan-alergen-yang-tidak-diisytiha/
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kita sebagai orang dewasa bertanggungjawab untuk menyayangi diri kita dengan melakukan saringan kesihatan.

JOM SARING adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh KKM untuk membuat saringan kesihatan bagi rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas.
Layari laman sesawang www.myhealth.gov.my & ikuti media sosial MyHealthKKM untuk maklumat lanjut .

#kekalsihat
#SihatSepanjangHayat
#ANMS

Sumber : Instagram @amsyarjohari (https://www.instagram.com/reel/Ch1xM8ADzmu/?igshid=YmMyMTA2M2Y=)
Bermula 7 September 2022, pemakaian pelitup muka dalam kawasan tertutup (indoor) adalah pilihan namun pemakaian pelitup muka masih wajib bagi

Kes positif COVID-19
Apabila menggunakan pengangkutan awam
Semasa berada di fasiliti kesihatan

Kes positif COVID-19 masih perlu mematuhi protokol isolasi semasa. Wajib memakai pelitup muka apabila pergi ke CAC untuk penilaian kesihatan.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
1. Night Cream ForU By D Ains Beauty Empire

Susulan daripada itu, notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Baca kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/09/14/kenyataan-media-kpk-14-september-2022-makluman-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/
Pemakaian pelitup muka kini merupakan pilihan kecuali dalam situasi tertentu yang mewajibkan pemakaian pelitup muka.

Virus COVID-19 masih berada di sekeliling kita.

Anda amat digalakkan untuk memakai pelitup muka sekiranya

➡️ Berada di kawasan sesak
➡️ Individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selesema
➡️ Individu yang berisiko tinggi
➡️ Melakukan aktiviti bersama individu berisiko tinggi

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pengumuman terkini berkenaan nombor servis SMS MySejahtera yang baru

Sila rujuk infografik ini.
________________________

The latest announcement regarding the new MySejahtera SMS Service Number.

Please refer to this infographic.

#MySejahtera2.0