CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Aktiviti pencegahan dan kawalan kesihatan awam yang berterusan serta kesedaran orang ramai telah membantu menyumbang kepada penurunan kes COVID-19 serta menstabilkan sistem perkhidmatan kesihatan.

📌 Dikongsikan laporan terkini kesiapsiagaan fasiliti COVID-19 KKM.
Vaksin Influenza dan vaksin COVID-19 boleh didapatkan pada masa yang sama. Walau bagaimanapun, kebanyakan pengamal perubatan menasihati untuk mengambil vaksin COVID-19 dan Influenza pada hari yang berlainan.

Kesan sampingan pengambilan vaksin masih boleh berlaku.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
SOP terbaharu pemakaian pelitup muka telah diumumkan oleh YB Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam.

Walaupun pemakaian pelitup muka di dalam bangunan adalah pilihan, terdapat beberapa situasi di mana pemakaian pelitup muka adalah WAJIB dan AMAT DIGALAKKAN 😷
Memandangkan kekebalan sistem imun susulan pengambilan vaksin mahupun jangkitan yang lepas, berkurangan dari masa ke masa, ditambah dengan keupayaan varian Omicron untuk mengelak dari tindak balas imun, kumpulan-kumpulan tertentu masih berisiko kepada jangkitan serius COVID-19.

Oleh yang demikian, susulan perbincangan cadangan atau syor terkini berkaitan dos primer, dos penggalak dan dos penggalak kedua vaksin COVID-19, Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) KKM, pada 3 September 2022, telah membuat beberapa keputusan atau syor bagi kumpulan-kumpulan yang berikut.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan enterovirus.

Semua peringkat umur boleh mendapat jangkitan HFMD terutama umur di bawah lima tahun.

Individu yang dijangkiti akan mula bergejala dan menunjukkan tanda-tanda HFMD dalam tempoh 3-5 hari.

Jika bergejala, pastikan terus kekal berada di rumah.

Jom tonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara jangkitan dan bagaimana mencegah dari dijangkiti HFMD.

#ANMS
#KekalSihat
#HFMD
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan media berkaitan Semakan Semula Keperluan Pemakaian Pelitup Muka Di Premis Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

#SekolahkuSEJAHTERA
#KPMKomited
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama
Anda kini boleh menempah janji temu saringan kesihatan di MySejahtera!

Kemas kini aplikasi MySejahtera anda untuk menggunakan ciri terbaharu ini.

________________________

Now you can book health screening appointment on MySejahtera!

Update MySejahtera to use this latest feature.

#MySejahtera2.0
#JomSaring

Sumber: MySejahtera
Tahun lepas, program PeKa B40, program KKM ini berjaya menyaring 101,673 orang daripada kumpulan B40.

Tahun ini sasaran yang ditetapkan adalah seramai 200,000. Insha Allah kita akan capai saringan lebih daripada 250,000.
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 10 September 2022 (ME 36/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,803,624;
Kumulatif kes sembuh: 4,740,414 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,277 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,073 kluster (kluster aktif: 24 kluster).

Perbandingan antara ME 35/2022 dan ME 36/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 36/2022 menurun sebanyak 12.8 peratus (19,813 kes kepada 17,286 kes);
Bilangan kes baharu pada ME 36/2022 menurun sebanyak9.5 peratus (15,549 kes kepada 14,072 kes);
Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 9.5 peratus (15,530 kes kepada 14,052 kes); dan
Bilangan kes import meningkatsebanyak 5.3 peratus (19 kes kepada 20 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 36/2022 menurun sebanyak 27.7 peratus (47 kes kepada 34 kes).

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 36/2022 adalah 27,503 iaitu terdapat penurunan sebanyak 12.2 peratus berbanding minggu sebelumnya

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/09/12/kenyataan-media-kpk-12-september-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-36-4-10-september-2022/