CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 20 Ogos 2022 (ME 33/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,755,288;
Kumulatif kes sembuh: 4,678,278 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,136 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,065 kluster (kluster aktif: 36 kluster).

Perbandingan antara ME 32/2022 dan ME 33/2022:
- Bilangan kes sembuh pada ME 32/2022 menurun sebanyak 8.5 peratus (28,905 kes kepada 26,458 kes);
- Bilangan kes baharu pada ME 33/2022 menurun sebanyak 14.5 peratus (26,678 kes kepada 22,822 kes);
- Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 0.7 peratus (26,656 kes kepada 26,458 kes); dan
- Bilangan kes import meningkatsebanyak 36.4 peratus (22 kes kepada 30 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 33/2022 menurun sebanyak 8.3 peratus (60 kes kepada 55 kes).

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 33/2022 adalah 42,010 iaitu terdapat penurunan sebanyak 6.0 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/08/22/kenyataan-media-kpk-22-ogos-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-32-7-julai-13-ogos-2022/
Somebody at home has COVID-19, and you don't know what to do? 😞 Here are some tips to care for those you love most who have the virus ☹️❤️ Share with us the other things you have done for your loved ones.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Adakah anda atau ahli keluarga anda berusia 40 tahun dan ke atas?

Saringan kesihatan membolehkan anda mengetahui status kesihatan anda agar pencegahan/ rawatan awal diambil untuk elakkan komplikasi.

JOM SARING SEKARANG!

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Do we actually NEED that booster shot? The answer is 🌟YES🌟 because the booster shot..

👉🏼 Provides protection
👉🏼 Increases immunity
👉🏼 Prevents severe illnesses due to COVID-19

So let’s get that booster shot to stay protected for ourselves AND our loved ones ❣️

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
79 % dari kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia 🇲🇾 , mempunyai sekurang-kurangnya 1 komorbid, di mana Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) merupakan komorbid utama.

Individu yang mempunyai NCD adalah sangat berisiko mendapat gejala teruk dan kematian akibat COVID-19.  Hipertensi, Diabetes, Dislipidema merupakan penyumbang utama NCD yang tidak terkawal akan mengakibatkan komplikasi kerosakan organ-organ penting dalam tubuh. Ia juga mampu mengganggu kestabilan sistem imun & mengurangkan daya tahan jangkitan.

🩺JOM LAKUKAN SARINGAN KESIHATAN. KESAN NCD AWAL, RAWAT AWAL, CEGAH KOMPLIKASI.

🛡️ DAPATKAN VAKSIN DAN DOS PENGGALAK BAGI MEREKA YANG LAYAK
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

Momila Beauty Whitening Cream

Susulan daripada itu, notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Baca kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/08/23/kenyataan-media-kpk-23-ogos-2022-makluman-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/
Anda positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah? 😪

Tempoh kuarantin ini mungkin berasa bosan, terutamanya jika kita asyik berbaring je 🤭

Jom kongsikan bersama kami aktiviti yang boleh dilakukan semasa menjalani kuarantin kendiri di ruang komen! 😌

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#strongertogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Wabak COVID-19 belum berakhir. Kita masih boleh mendapat COVID-19 samada jangkitan baru atau jangkitan semula oleh subvarian berlainan. Orang ramai dinasihati untuk melakukan ujian pengesanan COVID-19 sekiranya mengalami gejala COVID-19. Ujian pengesanan yang boleh dilakukan adalah ujian RTK-Antigen (kendiri, yang diselia oleh pengamal perubatan berdaftar atau professional), atau ujian PCR COVID-19.
________________________________________
The COVID-19 outbreak is not over. We can still get COVID-19, whether from a new infection or a re-infection with a different subvariant. You are advised to do a COVID-19 test if you experience symptoms of COVID-19. The test can be an RTK-Antigen test (self-test, supervised by a registered medical practitioner or professionally done), or a COVID-19 PCR test.
Pemansuhan protokol COVID-19 bagi pengembara yang memasuki Malaysia mulai 1 Ogos 2022 telah memudahkan pengembara, termasuk pelancong. Namun, protokol pengurusan kes COVID-19 di Malaysia masih berkuatkuasa.

Pengembara dinasihati untuk menjaga kesihatan kendiri sepanjang masa berada di Malaysia dan mematuhi protokol pengurusan kes COVID-19 semasa sekiranya dikesan positif.
______________________________________________
The abolishment of the COVID-19 protocol for travellers entering Malaysia since 1 August 2022 has made it more convenient for travellers, including tourists. However, the protocol for management of COVID-19 cases in Malaysia is still in force.

Travellers are advised to take care of your personal health throughout the duration of your stay in Malaysia and to follow the current protocol on the management of COVID-19 cases if you are detected positive.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Mari kenali mereka yang berisiko tinggi! 👀

Anda kenali kawan atau ahli keluarga yang tergolong dalam kumpulan ini? 🤔 Jika ya, kena berhati-hati!

Apabila keluar, pakai pelitup muka, jaga jarak fizikal dan gunakan sabun untuk mencuci tangan, jangan lupa untuk mendapat vaksin! 👏🧼

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#strongertogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Diuji positif COVID-19 semasa melancong di Malaysia

👉 Patuhi protokol semasa untuk kes positif COVID-19 seperti dikongsikan.

-------------

Tested positive for COVID-19 while travelling in Malaysia

👉 Follow the current protocol for positive cases of COVID-19 as shared.