CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kebanyakan simptom selesema, Influenza-Like-Illness (ILI) dan COVID-19 adalah sama.

ILI - demam secara tiba-tiba dan suhu tinggi melebihi 38 darjah celsius.

Selesema - jarang menyebabkan demam namun jika demam, suhu tidak tinggi.

COVID-19 - boleh menyebabkan kehilangan deria rasa dan bau.

Warga emas, individu yang mempunyai komorbid, ibu mengandung dan kanak-kanak merupakan golongan berisiko jika dijangkiti COVID-19 namun ibu mengandung dan kanak-kanak mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk sekiranya dijangkiti Influenza.

Cara penularan ketiga-tiga penyakit ini adalah sama iaitu melalui titisan pernafasan semasa batuk atau bersin dan sentuhan tangan dengan barang yang dicemari oleh cecair dari hidung dan tekak.

Amalkan langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, cuci tangan dan jaga kebersihan diri dan persekitaran bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit-penyakit ini.

#ANMS
#kekalsihat
#COVID19
#ILI
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
Apa itu ILI?

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Aznida Mohamad Zaki dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#ILI
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama