CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Jemaah Haji dinasihat untuk terus menjaga kesihatan dan bersedia sepenuhnya untuk mengharungi cabaran melaksanakan haji bermula wukuf di Arafah, mabit di Muzdalifah, melontar di Mina dan kembali ke baitullahilharam untuk tawaf dan sa’i.

Selain kekuatan mental dan fizikal, jemaah juga dinasihat sentiasa menjaga segala SOP dan berdoa agar segala urusan dipermudahkan.

-Ketua Pengarah Kesihatan-
Virus COVID-19

➡️ Boleh menyebabkan kerosakan pelbagai organ terutamanya paru-paru
➡️ Mudah merebak
➡️ Tahap jangkitan yang berbeza
➡️ Kumpulan berisiko boleh mengalami gejala teruk

#ANMS
#kekalsihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kebanyakan simptom selesema, Influenza-Like-Illness (ILI) dan COVID-19 adalah sama.

ILI - demam secara tiba-tiba dan suhu tinggi melebihi 38 darjah celsius.

Selesema - jarang menyebabkan demam namun jika demam, suhu tidak tinggi.

COVID-19 - boleh menyebabkan kehilangan deria rasa dan bau.

Warga emas, individu yang mempunyai komorbid, ibu mengandung dan kanak-kanak merupakan golongan berisiko jika dijangkiti COVID-19 namun ibu mengandung dan kanak-kanak mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk sekiranya dijangkiti Influenza.

Cara penularan ketiga-tiga penyakit ini adalah sama iaitu melalui titisan pernafasan semasa batuk atau bersin dan sentuhan tangan dengan barang yang dicemari oleh cecair dari hidung dan tekak.

Amalkan langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, cuci tangan dan jaga kebersihan diri dan persekitaran bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit-penyakit ini.

#ANMS
#kekalsihat
#COVID19
#ILI
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
Bahaya Influenza Terhadap Kanak-kanak

https://facebook.com/story.php?story_fbid=725650345392033&id=133986386611435&m_entstream_source=timeline

Nama panel: Dr. Rafaa' Mohamed
Jawatan: Pakar Pediatrik, Hosp Tg Ampuan Rahimah
Awas, Kenaikan Kes Denggi.

Saksikan menerusi TikTok Live @MyHealthKKM esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Nor Nazlinda Abu Jazid Javis, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#kekalsihat
#denggi
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berdasarkan situasi semasa di mana terdapat peningkatan kes termasuk kategori 3, 4 dan 5 serta sub-varian Omicron B.5 telah pun dikesan di Malaysia, dan sempena perayaan Hari Raya Haji yang bakal menjelang, KKM menasihati agar anda tidak lupa membuat membuat penilaian risiko kendiri dan membuat pilihan serta mengambil tindakan yang memastikan anda dan mereka di sekeliling selamat dari COVID-19.

🔵 Patuhi #TRIIS

🔵 Lakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala

🔵 Isolasi diri sekiranya anda positif COVID-19
Dalam fasa peralihan ke endemik, anda perlu

☑️ Ketahui perkembangan semasa berkaitan COVID-19
☑️ Pantau kesihatan diri dan tahu bila perlu dapatkan rawatan.
☑️ Kekal berhubung dengan keluarga dan sahabat handai

#ANMS
#kekalsihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Peningkatan Kes Denggi

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Ahmad Rashidi Abdul Aziz, Pegawai Perubatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

#ANMS
#kekalsihat
#sihatmilikku
Sekiranya tergolong dalam kumpulan berisiko, sila ke CAC atau fasiliti kesihatan berdekatan walaupun bergejala ringan agar dapat dibuat penilaian kesihatan dan kesesuaian pengambilan rawatan anti-viral.

#ANMS
#kekalsihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Awas, Kenaikan Kes Denggi

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pada 7 Julai 2022, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah bersidang untuk kali ke-374 dan bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat kepada produk kombinasi (fixed-dose combination) baharu bagi rawatan Human Immunodeficiency Virus Type 1 (HIV-1) iaitu TELDY Film-Coated Tablets yang mengandungi kombinasi tiga (3) bahan aktif melibatkan Dolutegravir 50mg, Lamivudine 300mg dan Tenofovir Disoproxil Fumarate 300mg. Produk tersebut dikilangkan oleh Hetero Labs Limited, India dan pemegang pendaftaran produk di Malaysia ialah Camber Laboratories Sdn. Bhd.

Penilaian oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) ke atas data kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk TELDY didapati memuaskan untuk digunakan secara tunggal sebagai regimen lengkap bagi merawat jangkitan HIV-1 dalam kalangan orang dewasa dan remaja berumur 12 tahun ke atas yang mempunyai berat badan 40 kg atau lebih.

TELDY adalah produk kombinasi pertama berasaskan dolutegravir yang didaftarkan di negara ini dan merupakan manfaat daripada perjanjian Voluntary Licensing (VL) di antara Medicines Patent Pool (MPP) dan pemilik paten dolutegravir iaitu ViiV Healthcare. Usaha ke arah perjanjian VL ini telah dimulakan bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak tahun 2014. Pihak MPP telah memberikan VL kepada tiga pengilang termasuk Hetero Labs Limited, India untuk mengilangkan produk ini bagi pasaran Malaysia. PBKD juga telah memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat produk dengan bahan aktif tunggal Dolutegravir 50mg, iaitu TEGRAD (Dolutegravir Film-Coated Tablets 50mg), di bawah pemegang pendaftaran dan pengilang yang sama, pada 10 Februari 2022.

Pada tahun 2020, dianggarkan seramai 92,063 pesakit HIV dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak di Malaysia. Oleh itu, perjanjian VL ini membolehkan akses pesakit HIV kepada produk berasaskan dolutegravir dipertingkatkan, selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan penggunaan dolutegravir sebagai rawatan utama bagi pesakit HIV.

KKM melalui NPRA akan terus memantau dan menilai data-data terkini dari semasa ke semasa berkenaan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk TELDY ini, bagi memastikan perbandingan manfaat-risikonya (benefit-risk balance) kekal positif. KKM juga akan terus komited dengan usaha-usaha untuk mempertingkatkan akses kepada ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada rakyat Malaysia.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
7 JULAI 2022

https://kpkesihatan.com/2022/07/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-julai-2022-kelulusan-pendaftaran-bersyarat-produk-kombinasi-bahan-aktif-dolutegravir-50mg-lamivudine-300mg-dan-tenofovir-disoproxil-fumarate-300mg/
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-374 yang telah bersidang pada 7 Julai 2022, bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat produk berikut untuk kegunaan semasa bencana bagi rawatan COVID-19:

VEKLURY lyophilized powder for injection (Remdesivir 100mg/vial)

- Pemegang pendaftaran produk: Gilead Sciences Malaysia Sdn. Bhd.
-Pengilang: Patheon Manufacturing Services LLC, United States.

Indikasi:
VEKLURY is indicated for the treatment of coronavirus disease 2019 (COVID-19) in adults and pediatric patients (12 years of age and older and weighing at least 40 kg) with positive results of direct severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS-CoV-2) viral testing, who are:

- Hospitalized, or
- Not hospitalized and have mild-to-moderate COVID-19, and are at high risk for progression to severe COVID-19, including hospitalization or death.

Produk VEKLURY ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti bagi vaksinasi COVID-19 dan tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan SOP. KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk antivirus dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk tersebut kekal positif.

KKM akan terus komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat–ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
7 JULAI 2022

https://kpkesihatan.com/2022/07/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-julai-2022-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-kali-ke-374-berkenaan-pendaftaran-produk-bagi-rawatan-covid-19/
Antihistamin dan kanak-kanak

Sumber: Sahabat Farmasi