CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan mengenai situasi terkini penyakit tangan, kaki dan mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia.

Bagi tahun 2022, sehingga 18 Jun 2022, hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 24/2022, sejumlah 106,477 kes telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 39 kali ganda berbanding jumlah kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2021 (semasa pandemik COVID-19) iaitu 2,710 kes. Jika dibandingkan dengan 31,500 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19), ia menunjukkan peningkatan sebanyak 3.4 kali ganda. Manakala kes dilaporkan di seluruh negara bagi ME 24/2022 (12 hingga 18 Jun 2022) adalah 10,556; menurun sebanyak 19.3% berbanding ME 23/2022 (5 hingga 11 Jun 2022) iaitu 13,077 kes. Tren kes mingguan HFMD menunjukkan penurunan sejak ME22/2022 selepas bilangan kes mencapai kemuncak tertinggi pada ME21/2022.

Kanak-kanak merupakan golongan yang paling banyak mengalami HFMD; iaitu 95,175 (89%) adalah kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah, diikuti kumpulan umur 7 hingga 12 tahun seramai 9,183 kes (9%).

Berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) penyebab HFMD di Malaysia, tiga (3) virus utama yang menyebabkan penularan HFMD dalam komuniti pada tahun 2022, adalah Enterovirus 71 (EV71), Coxsackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16). Dua (2) kes HFMD yang disahkan dijangkiti EV71 masih di bawah pemantauan rapi di Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis).

Kenyataan Penuh : https://kpkesihatan.com/2022/06/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-jun-2022-situasi-semasa-kejadian-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia-me-24-2022/
Program Imunisasi Kebangsaan (NIP)

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3.

Tarikh : 22 Jun 2022
Masa : 9.30 pagi

Panel :

Dr. Diana Mahat
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Penyakit jarang jumpa adalah penyakit yang mempunyai kekerapan berlaku kurang 1 dalam 4,000 orang.

Dikongsikan definisi dan kriteria kemasukkan penyakit dalam senarai penyakit jarang jumpa di Malaysia.

https://t.co/JJnU9vwfUh
Orang dewasa turut berisiko dijangkiti HFMD.

Sekiranya bergejala, elakkan diri anda daripada kanak-kanak bagi mencegah penyebaran jangkitan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#malaysiasihatsejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Malaysia mendefinasikan penyakit jarang jumpa sebagai keadaan yang jarang berlaku di mana mengancam nyawa dan/atau menyebabkan ketidakupayaan kronik.

Sehingga kini, terdapat 474 jenis penyakit jarang jumpa disenaraikan di dalam Malaysian Rare Disease List yang boleh dimuat turun di https://www.pharmacy.gov.my/v2/en/documents/malaysian-orphan-medicines-guideline-2020.html
HFMD : APA PERLU ANDA TAHU

“Langkah pengawalan dan pencegahan bagi melindungi kanak-kanak dari dijangkiti HFMD ialah dengan menjaga kebersihan persekitaran, sentiasa mencuci tangan, mengurus lampin pakai buang dengan betul dan sekiranya kanak-kanak mempunyai gejala demam atau tanda-tanda HFMD, ibu bapa dinasihatkan agar tidak menghantar anak mereka ke taska, rumah pengasuh atau tadika bagi mengelak jangkitan dan berlakunya wabak,”

Jom kita lihat sedikit info berkenaan penyakit HFMD supaya kita lebih berjaga-jaga 👇🏽

http://www.myhealth.gov.my/penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd/

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
📢 Pemberian Dos 1 PICKids telah dibuka selama 5 hari bermula 20 Jun hingga 24 Jun 2022 sempena Sambutan Kempen Minggu Imunisasi Kebangsaan 2022.

🆓 PEMBERIAN INI ADALAH PERCUMA! Ibu bapa yang terlepas peluang semasa PICKids berlangsung digalakkan hadir terus ke klinik-klinik kesihatan KKM tanpa janji temu.

🛡️Dapatkan vaksin untuk anak-anak anda. Lindungi mereka.
KKM ingin memaklumkan bahawa, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan trend peningkatan.

Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 24/2022 dan ME 25/2022.
Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 22.0%;
Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 16.5%; dan
Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital meningkat sebanyak 18.9%.

Rajah 5:Trend kedatangan pesakit ke CAC fizikal, kes baharu COVID-19 menjalani pemantauan di rumah dan kes rujukan ke PKRC atau hospital dari ME 8/2022 hingga ME 25/2022
Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), terdapat peningkatan sebanyak 27.1% pada akhir ME 25/2022 berbanding pada akhir ME 24/2022 (dari 27,247 kes kepada 34,639 kes)

https://kpkesihatan.com/2022/06/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-jun-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-25-19-25-jun-2022
Tanda-tanda penyakit denggi adalah seperti
❗️ Demam kuat yang mengejut
❗️ Demam yang berlanjutan
❗️ Ruam merah di kulit
❗️ Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot sendi-sendi dan biji mata
❗️ Pendarahan di bawah kulit

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#denggi
#sihatmilikku
KENYATAAN MEDIA
Menteri Kesihatan Menyeru Golongan B40 Untuk Membuat Saringan Kesihatan Percuma di Bawah PeKa B40

------------------------------------------------

PRESS RELEASE
Minister of Health Calls on Those in B40 to Take Up PeKa B40 Health Screening Programme

Sumber: ProtectHealth Corporation
Nyamuk Aedes membiak di dalam air bersih di dalam atau di luar rumah.

Kita berisiko untuk mendapat Demam Denggi jika digigit nyamuk Aedes.

Perhatikan tanda dan gejala Demam Denggi -
➡️ Demam yang kuat dan berlarutan
➡️ Sakit teruk pada sendi-sendi dan biji mata
➡️ Muntah
➡️ Pendarahan di bawah kulit, hidung dan gusi

Demam Denggi boleh membawa maut !!

https://youtu.be/jQCV86mKQDg

#denggi
#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Perlukah saya risau dengan peningkatan kejadian Jangkitan Influenza di Malaysia

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti:
🧒🏻 kanak-kanak
👴🏻 warga tua
🤰🏻wanita mengandung
💊mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain.

Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.

Sehubungan itu, orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya adalah amat digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.