CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Asing dan elak anak anda bergaul dengan anak yang lain jika mempunyai gejala seperti demam, ruam atau ulser.

Bawa anak anda ke klinik untuk rawatan dengan segera.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kerajaan telah menetapkan harga borong dan harga runcit maksimum bagi vaksin COVID-19 melibatkan dua vaksin yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) iaitu CoronaVac dan Covilo.

Sebagai pengguna, anda boleh menyalurkan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KKM di pautan https://moh.spab.gov.my sekiranya mendapati individu atau syarikat yang menjual vaksin ini melebihi harga maksimum yang ditetapkan.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
💊 Penggunaan ubat antiviral COVID-19 Paxlovid telah dimulakan di fasiliti kesihatan KKM sejak 15 April 2022.

Rawatan Paxlovid terbukti:
✔️ selamat dan berkesan
✔️ dapat mengurangkan kesan teruk jangkitan dan kadar kematian pesakit COVID-19.

Oleh itu, bagi memastikan akses yang lebih baik kepada pesakit, rawatan menggunakan ubat Paxlovid ini akan diperluaskan ke fasiliti kesihatan swasta terpilih dalam waktu yang terdekat.

Pemberian ubat Paxlovid kepada pesakit di fasiliti kesihatan swasta adalah secara PERCUMA. Walaubagaimanapun, pesakit masih tertakluk kepada caj khidmat rundingan dan lain-lain caj berkaitan yang ditentukan oleh fasiliti kesihatan swasta tersebut.
KKM akan memulakan rawatan ubat antibodi monoclonal Tixagevimab plus Cilgavimab (EVUSHELD) dalam waktu yang terdekat bagi memastikan golongan berisiko tinggi terus mendapat perlindungan daripada jangkitan COVID-19.

🛡️ Kajian menunjukkan bahawa ubat antibodi EVUSHELD dapat melindungi penerima dari jangkitan COVID-19 untuk jangka masa 6 bulan selepas pemberian suntikan.

Kaedah pemberian ubat antibodi ini adalah melalui 2️⃣ suntikan intramuskular yang berasingan secara berturut-turut.

Bagi pesakit immunocompromised yang telah menerima vaksin COVID-19, EVUSHELD boleh diberikan 2 minggu selepas vaksinasi.
⚠️ Penyakit zoonosis adalah penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia yang disebabkan oleh pathogen sama ada bakteria, virus atau parasit.

Peka dengan kesihatan kita dan sentiasa amalkan kebersihan bagi mencegah penyakit berjangkit ini.

👉 Selain jangkitan melalui vektor, terdapat penyakit zoonosis yang boleh merebak sesama manusia melalui pesakit yang dijangkiti seperti penyakit monkeypox dan ebola.
Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 dan Pelancaran Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Langkawi yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan 1 di Dataran Telaga Walk, Pulau Langkawi, Kedah.

https://fb.watch/dzJp40v7Xq/
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI TIBI SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022 DAN PELANCARAN JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) DI LANGKAWI
Antara tempat pembiakan nyamuk Aedes yang menyumbang kepada penularan virus Denggi adalah kerana sampah sarap yang tidak dibuang dengan betul atau tidak diurus dengan baik.

Pastikan premis anda bersih dan bebas daripada sampah sarap yang boleh menakung air.

Lupuskan sampah sarap dengan sempurna.

Tiada Aedes, Tiada Denggi
Apakah perbezaan HFMD, chickenpox dan monkeypox

Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Ketahui perbezaannya menerusi info yang dikongsikan ini.

Pengetahuan mengenainya penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan.
⚠️ Ketiga-tiga penyakit ini boleh merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair tubuh pesakit yang dijangkiti.
Jadi pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.
Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 dan Jelajah ANMS Peringkat Pulau Langkawi telah berjaya dilaksanakan pada 11 Jun 2022. Sambutan ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr Haji Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1 di Telaga Walk, Pulau Langkawi.

Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan seperti Bicara Santai Bersama Pakar, aktiviti berteraskan 4 teras utama ANMS, pertandingan Explorace Kesejahteraan, Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan 'Jom Saring!', pertandingan mewarna, konti RTM Langkawi FM dan lain-lain.

Jelajah ANMS Peringkat Langkawi juga telah dirasmikan bersama dengan sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Kebangsaan yang melibatkan penyertaan rakan-rakan strategik ANMS termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan sukarelawan Malaysia Community Health Agent atau MyCHAMPION.

Jangan lupa untuk sertai kami di Siri Jelajah ANMS yang seterusnya.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#JelajahANMS
#sihatmilikku
#JelajahANMSKedah
#WoWLangkawi
Program Ramah Mesra YB Timbalan Menteri Kesihatan 1 Bersama COMBI Daerah Langkawi telah diadakan pada 11 Jun 2022 jam 3.00 petang di Lokaliti COMBI Kg Sg Itau Pulau Langkawi. Turut hadir Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dan Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi.

Program ini anjuran Cawangan Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dalam menampilkan peranan Malaysia Community Health Agent atau MyCHAMPION di peringkat akar umbi termasuk pasukan COMBI.

Sesi taklimat Pengenalan COMBI Kg Sg Itau telah disampaikan oleh Naib Pengerusi COMBI Kg Sg Itau Langkawi.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Demam denggi disebabkan jangkitan virus Denggi yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes.

🦟 Nyamuk Aedes aktif menggigit pada:
🌄 Awal pagi (5.00 pagi -7.00 pagi)
🌅 Lewat petang (5.00 petang -7.00 malam)

👉 Ikuti langkah ini sekiranya anda dan keluarga melakukan aktiviti di luar rumah pada waktu nyamuk Aedes aktif.

✔️ Tindakan terbaik melindungi diri dan keluarga daripada demam denggi adalah melalui langkah pencegahan.