CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Cuti sekolah dah mula esok.

Seronoknya!! Tapi sebelum bercuti, pastikan tiada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan luar bangunan sekolah.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#denggi
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Program Kesihatan Pergigian KKM ingin memaklumkan bahawa Sistem Janji Temu Klinik Kementerian Kesihatan Malaysia di klinik-klinik pergigian terpilih di seluruh Malaysia akan 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 buat sementara waktu 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝟯 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟮 untuk kerja-kerja penambahbaikan sistem bagi usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan tersebut kepada pelanggan KKM.

Sehubungan itu, kerjasama anda berkenaan perkara berikut amatlah dihargai dalam tempoh penambahbaikan sistem tersebut:

• Anda boleh terus hadir ke klinik pergigian KKM yang berhampiran tanpa sebarang janji temu untuk mendapatkan rawatan kecemasan pergigian.

• Jika anda telah pun mempunyai janji temu yang telah ditempah menerusi Sistem Janji Temu Klinik KKM, anda masih boleh hadir ke klinik pergigian berkenaan mengikut tarikh janji temu tersebut.

• Jika anda ingin mendapatkan rawatan pergigian tetapi tidak mempunyai janji temu, anda disarankan menghubungi klinik pergigian KKM tersebut terlebih dahulu atau boleh hadir ke klinik pergigian KKM tersebut untuk mendapatkan pemeriksaan atau tarikh janji temu bagi rawatan yang diperlukan.

Pihak Program Kesihatan Pergigian KKM prihatin akan kekangan yang timbul dan segala kesulitan yang anda alami amatlah dikesali.

Sila rujuk post sebelum ini di pautan di bawah untuk senarai klinik yang terlibat:
👇👇👇👇
https://www.facebook.com/274376222695360/posts/2552974491502177/?d=n

Sekian harap maklum.
Kes HFMD semakin meningkat kebelakangan ini.

Didik anak-anak anda untuk mengamalkan langkah mencuci tangan dengan betul dan sentiasa jaga kebersihan diri.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tempoh inkubasi Monkeypox adalah 5-21 hari.

Tempoh kebolehjangkitan adalah sepanjang tempoh bergejala. Virus Monkeypox dikesan melalui PCR.

Monkeypox biasanya sembuh dengan sendiri selepas 2 hingga 4 minggu.

Komplikasi penyakit ini adalah seperti radang paru-paru, keradangan pada otak dan lesi pada kornea mata.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berikut adalah pencapaian MySejahtera sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Tahniah dan ribuan terima kasih atas tenaga dan kerjasama semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Sila rujuk infografik ini untuk maklumat lanjut.

______________________

Here are the achievements of MySejahtera throughout the National COVID-19 Immunization Program.

Congratulations and many thanks for the efforts and cooperation of all parties who worked hard to make this programme a success.

Please refer to this infographic for more information.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely
Hidup bersama virus COVID-19
Ketahui dan amalkan pencegahan COVID-19
Perhatikan tanda dan gejala Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut pada anak anda.

Jika bergejala, pastikan anak terus kekal berada di rumah.

Amalkan mencuci tangan dengan betul dan tingkatkan penjagaan kebersihan diri.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Antara tanda dan gejala jangkitan Monkeypox

➡️ Ruam timbul berisi cecair di seluruh badan
➡️ Demam
➡️ Sakit Kepala
➡️ Pembengkakan kelenjar limfa

Gejala biasanya bermula dengan demam kemudian muncul ruam di muka, kemudian di tangan dan kaki, diikuti bahagian-bahagian tubuh yang lain dalam tempoh 24 jam.

Ruam lebih banyak tertumpu pada muka, tapak tangan dan tapak kaki .

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sambutan Hari Denggi Asean | Gotong Royong Mega 1.0 Peringkat Kebangsaan 2022

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/551832996448771/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes purata mingguan epid minggu ke 22 pada 5 hb Jun 2022 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Sejak 13 Mei 2022, cacar monyet (monkeypox) telah dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari 23 Negara Anggota yang tidak endemik untuk virus cacar monyet.

Setakat ini, tiada kes cacar monyet dilaporkan di negara kita 🇲🇾. Dikongsikan soalan lazim (FAQ) berkenaan cacar monyet (monkeypox). ⬇️⬇️⬇️
Antara gejala cacar monyet (monkeypox) adalah:

🔴 Ruam/lesi kulit - di muka, tangan, kaki, mulut, alat kelamin
🔴 Demam
🔴 Rasa tidak selesa atau lemah tubuh badan
🔴 Sakit kepala
🔴 Keletihan
🔴 Bengkak pada kelenjar limfa