CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 17 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.97. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Sesiapa sahaja boleh menghidap hipertensi. Ia boleh berlaku pada semua TANPA MENGIRA peringkat usia.

🩺 Jadi, lakukan saringan kesihatan dan periksa tekanan darah secara berkala kerana penyakit hipertensi biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala.

Hanya 45% penghidap hipertensi mempunyai tekanan darah terkawal. Hipertensi yang tidak dikawal dan dirawat boleh membawa kepada serangan jantung, strok dan penyakit kardiovaskular lain.

Cegah dan kawal hipertensi dengan menjalani gaya hidup sihat:
✔️ Hadkan garam
✔️ Elakkan alkohol
✔️ Tidak merokok
✔️ Kekalkan berat badan ideal
✔️ Sentiasa aktif
✔️ Tangani stress
Amalkan perkara-perkara ini untuk mengelakkan diri daripada tempoh pengasingan

1️⃣ saat untuk menjaga jarak fizikal
5️⃣ saat untukk pakai pelitup muka
1️⃣0️⃣ saat untuk membuka pintu dan tingkap
2️⃣0️⃣ saat untuk membasuh tangan dengan sabun

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
HFMD bukan tiket untuk ibu bapa bawa anak-anak yang dijangkiti pergi bercuti yer...jika anak-anak dijangkiti HFMD segera bawa ke klinik dan kuarantin mereka agar tidak merebak kepada kanak-kanak yang lain...

Janganlah kerana sikap kita yang acuh tak acuh mengenai penyakit ini hingga membahayakan kesihatan anak-anak...ikuti perkongsian ini yer...

https://youtu.be/A1bmbonZHGM

#CegahHFMD
Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih kurang separuh pesakit tidak mengetahui mereka menghidap penyakit hipertensi. Lebih menggusarkan lagi, hanya seorang daripada lima orang pesakit hipertensi berjaya mengawal penyakit tersebut. Ini menjadikan 80% daripada pesakit hipertensi terdedah kepada risiko komplikasi yang parah, termasuk serangan jantung, strok, degupan jantung tidak teratur dan kerosakan buah pinggang. Sehubungan dengan itu, Hari Hipertensi Sedunia 2022 ini disambut bertemakan Tekanan Darah Terkawal, Hidup Lebih Sejahtera (Measure Your Blood Pressure Accurately, Control It, Live Longer) bagi meningkatkan kesedaran dan kepentingan mengawal tekanan darah di kalangan masyarakat.

Sempena Hari Hipertensi Sedunia tahun ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menyeru masyarakat agar mengambil langkah-langkah C.E.R.D.I.K. seperti berikut;

CERGASKAN Diri Anda
Lakukan aktiviti fizikal atau senaman pada intensiti sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, lima (5) hari seminggu.

ELAKKAN Pengambilan Alkohol
Pengambilan alkohol secara berlebihan dikaitkan dengan penyakit hipertensi.

ROKOK, Berhenti & Jangan Mulakan!
Jika anda seorang perokok, berhenti merokok. Jangan mula merokok, jika anda tidak merokok.

DIET Seimbang
Amalkan diet seimbang mengikut konsep Pinggan Sihat Malaysia dan hadkan pengambilan garam tidak melebihi satu (1) paras sudu teh sehari bagi mengurangkan risiko hipertensi, sakit jantung dan strok.

Berat Badan IDEAL
Capai dan kekalkan berat badan yang ideal. Berat badan berlebihan boleh meningkatkan risiko hipertensi.

KENDALI Stres
Mengurus dan menangani tekanan dengan baik secara tidak langsung mengurangkan tekanan darah tinggi seterusnya mencegah komplikasi.

Justeru, dalam usaha untuk mengukuhkan aktiviti saringan kesihatan di kalangan rakyat Malaysia, KKM dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi akan menganjurkan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan bermula pada bulan Julai 2022. Melalui program ini, KKM berharap agar orang ramai tampil untuk melakukan saringan kesihatan agar pencegahan dan kawalan penyakit dapat dilakukan lebih awal.

KKM berharap agar Sambutan Hari Hipertensi 2022 ini akan meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap kepentingan pemeriksaan tekanan darah dan bahaya penyakit hipertensi kepada kesihatan dan seterusnya mengubah tingkah laku untuk mencegah dan mengawal penyakit hipertensi. Cakna status kesihatan kendiri dan amalkan langkah-langkah C.E.R.D.I.K. kerana kesihatan adalah milik kita semua. Kawal tekanan darah agar hidup lebih sejahtera.

TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
18 Mei 2022

https://kpkesihatan.com/2022/05/18/kenyataan-akhbar-kpk-18-mei-2022-sambutan-hari-hipertensi-sedunia-2022/
Tingkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan terhadap kepentingan pemeriksaan tekanan darah dan bahaya penyakit hipertensi kepada kesihatan.

Ubah tingkah laku untuk mencegah dan mengawal penyakit hipertensi.

Cakna status kesihatan kendiri dan amalkan langkah-langkah C.E.R.D.I.K.

➡️ CERGASKAN Diri Anda
➡️ ELAKKAN Pengambilan Alkohol
➡️ ROKOK, Berhenti & Jangan Mulakan!
➡️ DIET Seimbang
➡️ Berat Badan IDEAL
➡️ KENDALI Stres

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan pautan janji temu dos penggalak kedua, yang hanya diberikan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas. Pautan janji temu ini boleh didapati pada garis masa vaksinasi di aplikasi MySejahtera.

Buat masa ini, hanya vaksin Pfizer yang diberikan bagi dos penggalak kedua.

Sila rujuk infografik berikut.
_______________________________________

Here are the steps to book the second booster dose appointment using the link provided, which is only given to individuals 60 years of age and above. This link can be found in the vaccination timeline on the MySejahtera app.

For now, only the Pfizer vaccine is given for second booster dose.

Kindly refer to these infographics.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#PICKids

Sumber: MySejahtera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“Doktor terpaksa tidurkan Darrien”.

Dengarkan perkongsian Encik Hazrul tentang pengalaman anak lelakinya yang dijangkiti COVID-19 dengan komplikasi serius.

Jika anak anda berusia 5 hingga ke 11 tahun pada 31 Mei 2022, bawa mereka untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 secara percuma dibawah PICKids sebelum 31 Mei 2022.

Tekan pautan berikut untuk maklumat lanjut: https://bit.ly/3wjV27z
Sesiapa sahaja boleh menghidap hipertensi. Dianggarkan 1 daripada 3 penduduk dewasa Malaysia menghidap hipertensi, iaitu bersamaan kira-kira 6.4juta orang.

Daripada jumlah ini, separuh daripada mereka tidak mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit hipertensi. Hipertensi juga dikenali sebagai “pembunuh senyap“ (silent killer) kerana ia sering tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala, dan ramai yang tidak menyedari mereka menghidapi hipertensi sehinggalah munculnya komplikasi penyakit.


Saksikan Webinar dan Pelancaran Hari Hipertensi Sedunia 2022 melalui FBLive KKM yang akan diadakan pada 19hb Mei 2022 (Khamis) bermula pada jam 10 pagi, dengan barisan panel jemputan yang berkredibiliti untuk mengupas isu mengenai hipertensi.

Untuk penyertaan dan pendaftaran tuan/ puan adalah dijemput untuk klik pada link ini
https://us02web.zoom.us/webinar/register/WN_-1UMzY6AR7iPAizQ_DDStA

#harihipertensisedunia2022
#TekananDarahTerkawalHidupLebihSejahtera
#MeasureYourBloodPressureAccuratelyControlItLiveLonger
Pengambilan ubat dengan cara yang betul adalah amat penting bagi memastikan pesakit mendapat rawatan yang selamat dan berkesan.

𝐉𝐚𝐝𝐢, 𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐚𝐜𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐥𝐚𝐛𝐞𝐥 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐮𝐛𝐚𝐭! 😊

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 18 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
“Tahniah rakyat Malaysia 🇲🇾. Kita melihat dari segi tingkah laku rakyat Malaysia sangat baik dalam fasa peralihan endemik. Di kawasan terbuka luar pun masih lagi pakai pelitup muka.” - Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/379532640875412
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 19 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.87. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -