CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Peringatan, kepada pengembara yang ingin memasuki Malaysia, pastikan anda telah memuat turun aplikasi MySejahtera SEBELUM perjalanan anda bermula.

Maklumat lanjut, sila layari mysafetravel.gov.my

Reminder, for travellers who wish to enter Malaysia, make sure you have downloaded the MySejahtera application BEFORE you travel.

For more information, go to mysafetravel.gov.my

#ReopeningSafely
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 2 April 2022:

Kes sembuh: 20,383 kes [3,997,786 kes kumulatif (94.4%)];
Kes baharu: 14,692 kes (4,234,087 kes kumulatif);
Kes import: 218 kes [209 warganegara (95.9%); 9 bukan warganegara (4.1%)];
Kes tempatan: 14,474 kes [13,835 warganegara (95.6%); 639 bukan warganegara (4.4%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 261 kes (124 kes disahkan COVID-19; 137 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 153 kes (64 kes disahkan COVID-19; 89 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 14,692 kes harian yang dilaporkan pada 2 April 2022:

Kategori 1: 8,557 kes (58.24%);
Kategori 2: 6,056 kes (41.22%);
Kategori 3: 27 kes (0.18%);
Kategori 4: 19 kes (0.13%); dan
Kategori 5: 33 kes (0.23%).
Daripada 79 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 2 April 2022:

19 kes (24.06%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
42 kes (53.16%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
18 kes (22.78%) telah menerima dos penggalak (booster);
46 kes (58.23%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
42 kes (53.16%) mempunyai komorbid;

https://kpkesihatan.com/2022/04/03/kenyataan-akhbar-kpk-3-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Jika memilih untuk berbuka puasa di luar, pastikan

Sentiasa pakai pelitup muka kecuali ketika makan dan imbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki premis.

Lindungi diri dan orang lain daripada COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Ketika berada di bazar ramadan, pastikan

👍 Sentiasa guna hand sanitizer
👍 Elak berada lama di kawasan bazar
👍 Pakai pelitup muka dengan betul

Lindungi diri dan pengunjung bazar daripada COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Short-term foreign visitors are advised to check the vaccination requirement in Malaysia before travelling to Malaysia.

For more info on the definition of the vaccination status, please visit: https://mysafetravel.gov.my/vaccine/status

——————————

Pengembara jangka pendek dinasihatkan untuk menyemak keperluan vaksinasi di Malaysia sebelum mengembara ke Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai definisi status vaksinasi, sila layari: https://mysafetravel.gov.my/vaccine/status
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 2 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.85. Mana jala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Terdapat tiga komponen utama dalam fasa peralihan ini dan setiap komponen perlu berjalan seiring dan saling melengkapi antara satu sama lain. Komponen itu adalah :
1️⃣ Tanggungjawab individu/keluarga
2️⃣ Solidariti komuniti
3️⃣ Tanggungjawab Kerajaan

Dikongsikan tanggungjawab individu dan keluarga dalam tempoh fasa peralihan ke endemik ini.

😷 Setiap kita perlu memahami tentang COVID-19, tidak mengabaikan langkah pencegahan dan mengambil vaksin sebagai perlindungan.

💪 Bersama kita belajar untuk hidup selamat dan sehampir normal bersama virus COVID-19 atau “Living with COVID-19” dalam keadaan yang paling kurang mengganggu kehidupan kita dengan mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam ini bagi melindungi diri, keluarga, dan masyarakat.

#ReopeningSafely
Today.

From this month, you need to have at least completed the primary dose of the COVID-19 vaccine to participate in any activity. However this does not mean you don’t need the booster dose anymore. It is still highly encouraged especially for senior citizens.

--------------------------

Hari ini.

Mulai bulan ini, anda perlu sekurang-kurangnya melengkapkan dos utama vaksin COVID-19 untuk menyertai sebarang aktiviti. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna anda tidak memerlukan dos penggalak lagi. Ia masih sangat digalakkan terutamanya untuk warga emas.
Dah masuk Ramadhan, ramai yang teruja berpuasa dan berbuka.. Namun, jangan lupa tip keselamatan makanan ringkas ni ye.

1. Amalkan ‘Lihat, Hidu dan Rasa’ sebelum makan

2. Makanan yang dibeli untuk bersahur perlu dipanaskan dengan sempurna sebelum dimakan

3. Lebihan makanan atau makanan dibeli untuk bersahur disimpan segera dalam peti sejuk dan tidak dicampur dengan makanan baru

Belajar sesuatu hari ini? Jom kongsikan !

Sumber: BKKM
It is to informed that
📍PPV Subang Parade
has closed their operation 📢

Kindly head over to the nearest PPV which:

𝗣𝗣𝗩 𝗜𝗗𝗖𝗖 𝗦𝗛𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗔𝗠:
http://bit.ly/ppvidcc

𝗣𝗣𝗩 𝗗𝗔 𝗠𝗘𝗡 𝗠𝗮𝗹𝗹:
http://bit.ly/ppvdamen2

⚠️Pay heed if you haven't had your COVID-19 vaccination booster yet.⚠️

Please 𝗰𝗹𝗶𝗰𝗸 𝘁𝗵𝗲 𝗹𝗶𝗻𝗸 above or 𝘀𝗰𝗮𝗻 𝘁𝗵𝗲 𝗰𝗼𝗱𝗲 on the post above to make an appointment for a COVID-19 booster vaccination at 𝗣𝗣𝗩 𝗜𝗗𝗖𝗖 𝗦𝗛𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗔𝗠 or 𝗣𝗣𝗩 𝗗𝗔 𝗠𝗘𝗡 𝗠𝗮𝗹𝗹.

We also provide COVID-19 vaccines for kids👧🏻, if your kid has not been vaccinated, please make an appointment now!

Sumber: Protect Health
Pemantauan berterusan penularan Covid-19 menunjukkan perkembangan yang baik dan menyakinkan.

Dapatkan kita rumuskan pada Minggu Epid ke-13 2022;

1. Penurunan kemasukan ke hospital Awam dalam tempoh *ME 13* (pengurangan seramai *2275* pesakit berbanding minggu sebelumnya)

2. Jumlah kemasukan ke hospital menurun. Nisbah cat 1 & 2 turun kepada 10 dari 15 per 100,000 manakala cat 3, 4 & 5 menurun kepada 8 dari 11 per 100,000

3. Dari segi pecahan umur, terdapat penurunan di semua peringkat umur berbanding minggu Epid 12.

4. Kemasukan harian ke ward (cat 3, 4 & 5) turun ke nilai 1.1 per 100,000 berbanding 1.5 di Minggu Epid 12.

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 3 April 2022:

- Kes sembuh: 20,635 kes [4,018,421 kes kumulatif (94.6%)];
- Kes baharu: 12,380 kes (4,246,467 kes kumulatif);
- Kes import: 462 kes [326 warganegara (70.6%); 136 bukan warganegara (29.4%)];
- Kes tempatan: 11,918 kes [11,408 warganegara (95.7%); 510 bukan warganegara (4.3%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 253 kes (122 kes disahkan COVID-19; 131 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 157 kes (61 kes disahkan COVID-19; 96 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 12,380 kes harian yang dilaporkan pada 3 April 2022:

Kategori 1: 7,559 kes (61.05%);
Kategori 2: 4,736 kes (38.26%);
Kategori 3: 32 kes (0.26%);
Kategori 4: 20 kes (0.16%); dan
Kategori 5: 33 kes (0.27%).

Daripada 85 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 3 April 2022:

- 24 kes (28.24%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 33 kes (38.82%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 28 kes (32.94%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 57 kes (67.06%) berumur 60 tahun dan ke atas dan;
- 49 kes (57.65%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/04/04/kenyataan-akhbar-kpk-4-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Dah masuk Ramadhan, ramai yang teruja berbuka puasa dengan membeli makanan secara online.. Namun, jangan lupa tip keselamatan makanan ringkas ni ye.

1. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih

2. Amalkan ‘Lihat, Hidu dan Rasa’ sebelum makan. Jangan makan jika rasa pelik

3. Makan dengan segera. Jangan biarkan makanan lebih dari 4 jam pada suhu bilik

4. Sekiranya hendak makan kemudian, simpan segera ke dalam peti sejuk dalam bekas bertutup

5. Sekiranya anda rasa pening, loya, muntah, sakit perut atau cirit birit, segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan

Belajar sesuatu hari ini? Jom kongsikan !

Sumber: BKKM
👉 Kita telah pun masuk ke Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April 2022. Marilah kita sama-sama memastikan fasa ini sampai ke penghujungnya dengan selamat.

❤️ Selain dari peranan dan tanggungjawab individu serta keluarga mengamalkan langkah-langkah untuk hidup bersama virus COVID-19, solidariti komuniti merupakan strategi kedua yang perlu ada untuk kita semua melalui fasa ini dengan selamat.

Komuniti perlu menjaga sesama ahli komuniti, sama-sama memastikan langkah pencegahan dipatuhi dan tidak lagi terlalu bergantung kepada pihak penguatkuasa.

Amalkan #kita jaga kita serta memastikan setiap ahli dilindungi terutamanya golongan rentan, amalkan gaya hidup yang sihat dan pastikan tiada kluster berlaku di komuniti.